Ibu Ainul Mardhiah kongsi perkembangan Ainul mardhiah di Ig buat warganet geram

Walaupun telah menjalani operasi akibat penyakit serius pada Mei lalu, ramai ternanti-nanti perkembangan terbaru mengenai Ainul Mardhiah.

Setiap posting yang dikongsi oleh bapa, Ahmad Safiuddin dan ibunya Nurul Erwani Zaidi di laman media sosial pasti menjadi perhatian warga siber.Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’.

“Ada hamba Allah SWT beri hadiah tudung kepada Ainul. Cuba pakaikan Ainul, terasa macam muka Walid (bapa) versi perempuan pulak,” katanya.Bagi Nurul Erwani pula, dia teruja menerima bungkusan hadiah tersebut malah itu juga merupakan cubaan pertama kali memakaikan tudung untuk anaknya.
“Waktu buka parcel tadi terkejut tengok ada tudung untuk Ainul. Terus teruja nak pakaikan pada Ainul. Pertama kali cuba pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai,” katanya.

Walid versi perempuan. Nangis mama macam ni sebab Ainul Mardhiah ikut rupa walid Tapi tak apa lah janji comel dan manis di mata mama.
.Terima kasih @fieitacollectionkids beri tudung, headband cantik cantik pada Ainul. Waktu buka parcel tadi terkejut tengok ada tudung untuk Ainul. Terus excited nak pakaikan pada Ainul🥰First time try pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai😊. Terima kasih @fieitacollectionkids@fieitacollectionkids

Rata-rata warganet memuji kecomelan Ainul dan mengucapkan syukur setelah bayi berkenaan nampak semakin membesar dengan sihat.

Semoga sentiasa sihat

Comelnya Ainul ni

Alhamdulillah! Sihat je dia

Sumber : Ahmad Safiuddin , Nurul Erwani

Author: pyka