Ibu dedah perangai sebenar Neelofa yang buat hidupnya terus disenangi dan diberi kejayaan berulang kali.

Menjadi kewajipan sebagai anaknya untuk menyenangkan kehidupan orang tua. Apatah lagi dengan usia orang tua yang sudah lanjut, sudah tentu mereka mungkin memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa. Jalani kehidupan dengan baik mengikut ajaran agama agar nama baik dan maruah orang tua tetap terpelihara,

selain tidak menconteng arang ke muka mereka. Apabila memuliakan orang tua, pahala yang bakal perolehi sangat besar. Kemenangan selebriti terkenal, Neelofa baru-baru ini di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco ternyata membuatkan ramai kagum dengan pencapaian selebriti ini sejak dahulu lagi.

Terbaru, ibu kepada Neelofa Datin Noor Kartini Noor Mohamed turut mengambil kesempatan untuk mendedikasikan ucapan tahniah buat anaknya yang tercinta. Sebagai seorang ibu, Kartini berasa begitu bangga dan bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Neelofa yang sentiasa berbakti kepada ibubapa.

Neelofa Anak Yang Baik, dedah Kartini lagi, Neelofa yang disapa manja olehnya sebagai Love sentiasa menjaga dan membahagiakannya setiap masa. Menurut ibu selebriti itu, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terbatas buat mereka yang membahagiakan dan menghormati orang tuanya.

Sebagai info, dalam majlis anugerah antarabangsa tersebut, Neelofa telah berjaya memenangi kategori usahawan mengalahkan 8 lagi pesaing yang sememangnya mempunyai pencapaian mengagumkan tersendiri. Dalam pada itu, Kartini turut mendoakan agar anaknya itu dimakbulkan segala hajat selain mendoakan agar Neelofa selamat pulang ke tanah air selepas sebulan berada di luar negara atas komitmen kerja.

Teruskan memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada mereka. Percayalah apabila anda menyenangkan ibubapa, Allah akan menggandakan ganjaran bahagia buat anda sekeluarga. Malah kebahagiaan yang anda berikan kepada orang tua akan sama mengalir dalam diri anda juga.

Sumber: monyet hijau

Artikel lain: Neelofa terima anugerah di Monaco

PENGACARA popular Neelofa menerima anugerah Entrepreneur di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco semalam. Neelofa berkata, dia teruja dengan pengiktirafan itu kerana setiap pemenang dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini. Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya.

Menurut Neelofa, sejak bergiat aktif dalam bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan keutamaannya terhadap fesyen sederhana (modest fashion) membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia di persada dunia. “Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar,

pengiktirafan ini adalah titik tertinggi dalam kerjaya bisnes saya setakat ini. Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform saya memperkenalkan negara kita dan ‘modest fashion’ kepada orang luar,” katanya lagi. Influencer Awards 2019 Monaco adalah penganjuran kedua selepas diadakan pada tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan Pauline Ducruet, anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters. Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza,

Monte Carlo. Sebanyak 27 anugerah diserahkan pada majlis terbabit. Antara pemenang pada majlis itu termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

Sumber: harian metro

Author: pyka