Ibu restu hubungan Ismail Izzani dan Eliana mahu tamat bujang 25 tahun.

Ismail Izzani atau lebih mesra disapa Mael merupakan satu nama yang kini sedang mencanak naik sebaik sahaja lagu nyanyiannya yang berjudul ‘Luar Biasa’ itu mendapat tempat di hati peminat. Namun, sejurus sahaja menikmati kejayaan dalam bidang nyanyian,

Mael kini telah memberi bayangan mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah usia 25 tahun.“Kahwin tu nanti dululah, tapi taknak lah muda sangat, dalam 24, 25 tu okay rasanya. “Saya suka berkawan dengan ramai orang. Saya dan seseorang itu pun sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Nak membina rumah tangga ni bukan senang dan saya sendiri dan saya sendiri pun tidak terurus. Kita boleh merancang, tapi persiapan itu harus mula dengan diri sendiri dulu. ‘Tapi kalau tanggung lama-lama pun tak elok, kalau boleh bulan depan nak kahwin dah,”katanya.

Tambahnya pula, dia tidak menafikan bahawa hubungan bersama penyanyi, Shalma Eliana memang rapat dari sekolah lagi. “Bagi saya, dia ni baik dan sebab itu mama pun selesa nak suaikan diri dengannya. Jadi tidak salah jika membuat persediaan dari sekarang memandangkan mama pun okay je.

“Alhamdulillah mama pun restu”, kata Ismail.

Sumber : Era.Je

PENYANYI, Ismail Izzani, 19, sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang artis Budak Baru Nak Up (BBNU) perlu melunaskan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN). Menurut pelantun lagu Luar Biasa itu, sebelum dia terjun ke dunia glamor ini lagi

sudah dinasihatkan oleh ibunya yang juga merupakan penyanyi terkenal era 1980-an, Datin Suliza Salam. “Saya rasa perkara itu sangat penting dan saya sendiri banyak dapat nasihat daripada mama. “Sebelum saya masuk industri lagi, mama sudah banyak kali beri peringatan dan terangkan

tentang manfaat LHDN kerana ia melibatkan masa depan. “Oleh sebab itu, saya ambil sebagai tanggungjawab,” ujar penyanyi remaja itu yang ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro ‘Live’ 2019 di Mele TOP, Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Mengenai karier seni, Ismail baru sahaja tampil dengan single duet bersama pelakon, pengacara dan penyanyi, Zizan Razak berjudul, Berserah, lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap, Alif dan lirik oleh Ariz. “Pada saya lagu ini membawa mesej mengajak orang ramai mengajak membuat kebaikan dan ingatlah kalau nak buat jahat ALLAH sentiasa memerhatikan kita,” ujarnya.

Sumber : Sinarharian

Author: fafa