Ini 5 cara suami patut tahu untuk buat isteri sentiasa tersenyum sepanjang masa.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Kehidupan berumah tangga memerlukan pasangan suami isteri menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Suami perlu faham tanggungjawab isteri, begitu juga dengan isteri yang harus fahami suami. Sikap seseorang individu menjadi faktor utama kepada kebahagiaan rumah tangga. Baru lah rasa cinta itu terjalin setiap hari. Lima sikap suami ini pasti buat isteri tersenyum sepanjang masa.

Tidak Kedekut. Seorang isteri perlulah fahami suami. Jangan meminta-minta jika si suami tidak mampu. Cukuplah sekadar keperluan dan sedikit perhiasan diri sahaja.

Suka Memuji. Isteri pasti akan rasa seronok lebih-lebih lagi apabila suami memuji masakannya. Tentu gembira sekali hati isteri. Kalau kurang, tegurlah dengan cara yang baik agar tidak melukakan hati isteri.

Selalu Hantar Mesej Di Telefon. Hati isteri mana yang tidak suka apabila suaminya sering menghantar kata-kata manis menerusi telefon bimbit buat isterinya. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri.

Jadi Pendengar Yang Baik. Bila balik dari kerja suami janganlah buat hal sendiri. Layan isteri anda dengan baik dan bertanya tentang keadaannya di tempat kerja hari ini. Biar dia luah kepada anda. Dengan cara itu isteri akan terasa suami sangat menghargainya.

Gentlemen Di Tempat Awam. Cuba sesekali suami layan isteri seperti seorang puteri. Contohnya, bantu isteri duduk di restoran, bukakan pintu kereta, dan sebagainya. Pegang tangan isteri ketika berjalan sama di pasar raya. Sekali sekala, cubalah jadi ‘sweet’ sikit.

Sumber : Peson Pengantin

Author: pyka