Inilah rahsia perut kempis macam jalan yang rata. Mudah dan tidak menggunakan perbelanjaan banyak.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Menjadi atau tidak? Apa kata kita cuba bermula dari hari ini, bukan sahaja boleh turunkan berat badan malah boleh mengeluarkan angin dalam badan juga. MUDAH SAJA NAK BUAT TEH HIJAU UNTUK KURUS. Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni ok. Tapi kena konsisten setiap hari la ye.In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.

Uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau, inci halia di hiris nipis nipis, madu ( ikut suka). Yang pertama panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.

Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah ok. Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau.

KELEBIHAN LAIN TEH HIJAU PATUT BAKAL PENGANTIN KENA TAHU

1. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Jadi, air yang anda minum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal. 2. Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.

3. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang. 4. Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan. Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.

5. Teh hijau mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai perangsang. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan. 6. Kafein memperbaiki beberapa fungsi otak seperti memperbaiki mood, jangka masa tindak balas dan memori.

7. Selain kafein, ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang memangkah halangan darah ke otak. 8. Theanine juga menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.

9. Kombinasi kafein dan l-theanine membantu dalam memperbaiki fungsi otak. 10. Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.

11. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga. 12. Peningkatan kadar metabolisme selepas meminum teh hijau adalah bergantung kepada individu.

13. Perkembangan sel yang tidak terkawal adalah punca seseorang diserang penyakit kanser. Kerosakan oksidatif menyumbang kepada perkembangan kanser. Di sinilah teh hijau yang bertindak sebagai aktioksidan menjalankan fungsinya melindungi anda daripada risiko diserang kanser.

14. Antioksidan dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%. 15. Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Oleh itu, elakkan minum teh hijau bersama susu.

16. Alzhemeir dan Parkinson merupakan penyakit yang berpunca dari otak. Biasanya ia menyerang warga tua. Katekin di dalam teh hijau memberikan perlindungan ke atas neuron, sekaligus merendahkan risiko alzhemeir dan Parkinson.

17. Katekin boleh membasmi bakteria dan wabak seperti demam. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit. 18. Katekin juga meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas.

19. Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin. Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

20. Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap diabetes. 21. Teh hijau mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.

Ada banyak pendapat mengenai berapa banyak anda perlu minum teh hijau dalam sehari. Ada yang mengatakan sekurang-kurangnya 2 cawan dan ada juga yang mencadangkan sekurang-kurangnya 5 cawan sehari. Sekiranya anda ada masalah kesihatan atau sedang hamil, cuba dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu.

Sumber : Zana Mokhtar

Author: pyka