Isteri kedua rasa amat beruntung apabila suaminya lebihkan dirinya sehinggakan suaminya tak balik langsung ke rumah madunya

FOTO SEKADAR HIASAN: Assalamualaikum… Aku nak bercerita tentang kisah yang tak seberapa ini. Nak cerita di FB dan blog sendiri tak bolehlah. Nanti di makki dan di cerrca orang. Jadi aku abadikan cerita peribadi ini di sini. Cerita aku ini agak unik sebab cerita aku ini adalah dari sisi seorang isteri kedua sejak 27 tahun yang lalu.

Aku katakan unik sebab aku tak merasakan aku adalah isteri kedua kerana suami sentiasa ada dengan kami sekeluarga. Tapi suami juga tidak pernah mengabaikan makan pakai, tempat tinggal dan segala keperluan isteri pertama. Buktinya isteri pertama hanya seorang suri rumah sepenuh masa dari dulu kini dan selamanya.

Berbanding aku yang pada awal perkahwinan bekerja di pejabat dan setelah mendapat anak pertama berhenti kerja. Tapi aku tetap mencari nafkah membuat pelbagai kerja dari rumah. Buat, kuih, menjahit, menyulam dan zaman ini berniaga online pula. Semua aku lakukan demi mencari rezeki.

Pendek kata setakat belanja dapur, pakaian aku dan anak- kelengkapan rumah semuanya dari duit aku. Suami hanya bayar sewa rumah, air, letrik dan mencukupkan apa yang selebihnya saja. Berbanding dengan isteri pertama dan anak-anaknya yang segala keperluan mesti di penuhi. Kalau lambat atau tak dapat apa kehendak mereka, boleh jadi gaduh dan huru hara hidup di buatnya.

Di awal perkahwinan, setiap kali suami pulang ke sana pasti ada kekecohan tak puas hati berlaku. Pernah di adukannya ke pejabat agama, nak perbelanjaan di beri secara tunai, tak nak beli barang-barang. Jadi, atas perintah mahkamah, duit perbelanjaan di beri tunai tetapi sewa rumah, letrik dan air masih tanggungan suami.

Selepas perkara itu di bawa ke mahkamah, suami sudah tak balik ke rumah isteri pertama lagi tapi masih tetap menghantar dan mengambil anak-anak isteri pertama kesekolah dan memberi duit belanja sekolah. Ada aku tanyakan sebab apa tak nak balik ke sana.

Tapi kebiasaannya dengan aku tak di jawab. Puas aku risik dan pujuk tapi dia hanya jawab acuh tak acuh iaitu tak mendengar kata. Sepupu suami aku pernah bertanya kalau tak nak balik, kenapa tak di craikan. Dia jawab kalau isteri pertama tu minta dia akan bagi. Tapi, dia tak nak jauh dari anak-anaknya.

Jadi perkara ini tinggal tergantung macam itu sajalah sehingga kini. Anak-anak mereka pernah bertanya pada suami tapi hanya dikatakan oleh suami adalah tanyalah ibu mereka sendiri. Aku sendiri tak faham. Cuma yang aku tahu mereka ada bergaduh besar sebelumnya.

Apapun yang aku tahu selepas itu isteri pertama tak pernah memujuk atau merayu suami untuk pulang ke rumahnya sehingga ke sudah. Malah dari sumber yang di percayai dia pernah mengatakan suami kami nanti yang akan menyembah dan merayu meminta maaf untuk kembali kepada dia dan aku akan di tinggalkan sehelai sepinggang. Keringnya hati dia, nau’zubillah

Dari sumber di percayai juga dia galak ke merata tempat masa tu jumpa bomoh, dukun dan pawang kononnya mengatakan suaminya di guna-gunakan oleh aku. Di sebabkan aku berasal dari utara, ada bomoh mengatakan aku menggunakan bomoh Siam. Itu sebab benda-benda yang di hantar kepada aku tak berkesan.

Yang sebenarnya aku dan suami hanya berserah dan bertawakkal kepada Allah. Tak pernah sekalipun aku mendekati dan melakukan perkara syirik yang di laknat Allah. Minta di jauhkanlah Ya Allah. Alhamdulillah, tiada apa-apa musibah berlaku kepada kami sekeluarga.

Yang paling aku ta percaya yang aku boleh rapat dengan adik beradik dan saudara mara suami berbanding isteri pertama. Isteri pertama ini sejak awal perkahwinan diorang di katakan tidak menyukai keluarga suami yang kurang berada berbanding keluarganya. Takut mereka nak menumpang senang agaknya.

Aku jenis yang mudah mesra dan agak peramah jadi adik-adik dan sepupu sepapat suami semuanya baik-baik belaka dengan aku. Dari situ macam-macam cerita yang aku dengar tentang isteri pertama yang tak menyukai mereka. Anak-anak buah suami semua akhirnya jadi geng dengan aku.

Di majlis perkahwinan anak-anak buah suami, aku biasanya menjadi pembantu tuan rumah menguruskan majlis. Isteri pertama hanya akan hadir sebagai tetamu jemputan saja. Awal aku kahwin nampak janggal apabila aku di perkenalkan pada saudara mara. Sekarang aku sudah tak kisah pandangan orang.

Ini di sebabkan suami dan isteri pertama berasal dari kampung yang sama di selatan tanahair. Masa anak-anak kecil dulu kalau balik beraya suami akan hantarkan diorang dulu ke rumah mertuanya lepas tu ambil aku anak beranak pula bawa ke rumah keluarganya pula, apabila giliran raya di kampung suami.

Sesekali giliran aku dan suami ke kampung aku beraya di utara pula. Setelah sekian lama begini, anak-anak isteri pertama 2 orang itu sudahpun habis sekolah. Seorang saja menyambung pelajaran dan berkerjaya besar. Apapun suami masih menanggung keperluan rumah isteri pertama seperti biasanya.

Anak-anak aku seramai 4 orang juga sedang meningkat dewasa. 2 orang sedang melanjutkan pelajaran ke universiti dan 2 lagi di asrama penuh. Alhamdulillah mereka amat memahami situasi kami dan apabila cuti semester dan cuti sekolah rajin membuat kerja sambilan untuk membeli kelengkapan persekolahan dan pelajaran sendiri. Selain itu tak lokek menghulurkan duit gaji pada aku dan suami.

Anak-anak isteri pertama pula jangan haraplah nak merasa duit gaji mereka. Ada tidak di hulurnya duit pada suami pada Hari Raya Puasa sahajalah. Kami redha dan faham pada situasi ini. Tak jadi hal langsung. Satu perkara yg tak pernah aku cakap dan suruh adalah menceraikan isteri pertama sebab aku redha menjadi isteri kedua.

Dari dulu ku amat menjaga adab iaitu takut terambil apa yang bukan hak aku. Jadi aku berusaha mencari pendapatan sendiri. Alhamdulillah berkat ini, rezeki untuk apa yang aku buat secara sambilan ini walau tak sebanyak mana cukup untuk segala keperluan aku anak beranak malah sesekali membantu suami dengan isteri pertama bila keperluan mendesak.

Pernah sesaja berbual dengan suami kalau tak berkahwin dengan aku, mungkinkah dia akan hidup bahagia suami isteri macam orang lain. Jawapan yang di beri adalah tak mungkin sebab isteri pertama itu adalah seorang berhati kering, perengus, kepala angin dan tak mendengar kata. Entahlah, di luar pengetahuan aku hal ini.

Sepanjang aku bermadu, apabila bertembung di majlis kenduri saudara-mara, setakat bersalam tu ada sesekal. Pernah aku cuba bertegur sapa tapi tak di layan. Sekali itu ajelah aku memberanikan diri.. huhu! Mesti ada yang bertanya bagaimana suami boleh berkahwin dengan isteri pertama?

Ceritanya, suami di tunangkan dengan isteri pertama tanpa pengetahuannya. Mereka tak mengenali pun antara satu sama lain. Pada mulanya dia tak mau di jodohkan tapi dia dan keluarganya di pujuk bersungguh sungguh oleh orang tua pencari jodoh di kampung mereka. Akhirnya suami akur dan menerima perjodohan ini.

Pada awal perkahwinan lagi suami telah berusaha menerima setiap perangai isteri pertama dengan sabar. Sehingga mereka mempunyai 2 orang anak dan dalam tempoh itu hanya kemarahan yang sering suami rasakan di sebabkan perangainya. Itu seperti yang di ceritakan oleh suami.

Cara dia melayan keluarga dan sanak saudara suami, cara dia dia membawa diri ke majlis dan sering bergaduh dan sombong dengan jiran tetanga kerap menjadi kemarahan suami. Juga cara dia menjaga anak- anak juga membuat suami marah sebab anak sering menangis dan demam sewaktu kecil.

Pernah suatu masa mak saudara suami cuba menjodohkan suami dengan seseorang kerana tak tahan dengan perangai isteri pertama. Entah kenapa tetiba tak menjadi. Mungkin tak ada jodoh. Isteri pertama tahu tentang hal ini tetapi ia tak langsung menginsafi diri dia. Ini cerita suami dan juga mak saudara suami yer!

Jadi apabila mengenali aku, suami tak teragak-agak memperkenalkan aku kepada saudara-maranya dan seterusnya meminta mereka masuk meminang kerana tahu mereka memang akan merestui perkahwinan keduanya. Itulah rentetan cerita perkahwinan suami dengan isteri pertama dan aku selaku isteri kedua.

Sikap suami setelah berkahwin dengan aku berubah 360 darjah kata saudara mara, adik beradik dan anak-anak buahnya. Dari seorang yang tak banyak cakap menjadi seorang yang ceria dan mesra dengan mereka. Suami yang aku kenal memang seorang yang tegas tapi penyayang sangat dengan anak-anaknya.

Bukan jenis yang romantik tapi suka bercerita dan bergurau asalkan ceritanya tu jangan di potong. Kita boleh tahu isi hatinya dari penceritaannya itu. Sepanjang perkahwinan kami tak pernah bergaduh besar. Gaduh- gaduh manja sikit-sikit saja. Perasaan cemburu ada tapi aku dah campak jauh- jauh ke laut dalam, tau..!

Apabila anak-anak sudah besar, hidup aku semakin tenang senang dan aman bahagia. Tapi aku tak tahu sampai bila dan bagaimana nak menyelesaikan masaalah yang satu ini iaitu mendamaikan suami dengan isteri pertama. Tak nampak bergaduh tapi tak pernah benar-benar berbaik.

Bila di fikirkan, siapalah aku yang nak mencampuri urusan suami dan isteri pertama. Apapun kalaulah aku, sekiranya seorang suami, seorang lelaki, mengatakan tiada rasa cinta, kasih dan sayangnya untuk seorang isteri dan hanya sekadar tanggungjawab, aku tak akan tunggu lagi. dan berlalu pergi mencari kehidupan sendiri.

Aku juga ada hati yang perlu di belai dan aku pasti akan merasakan aku juga berhak mendapat kasih cinta sejati. Isteri pertama sewajarnya cermin kekurangan diri dan isteri kedua, ketiga dan seterusnya pula mesti pandai membawa diri. Barulah aman dunia poligami. Apapun terpulanglah pada anda untuk menilai cerita ini dari persepsi masing-masing.

– Rima Melati via iiumc

Author: Iqbal