Isteri mengidam nak bersalin di hospital swasta Glineagles. Tindakan suaminya menarik tumpuan ntizen

Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Glineagles untuk LSCS. Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yang awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”.

Aku pun tanya lah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata mereka ada lalu kat depan Glineagles masa Glineagles belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nak anak, suami dia kena bawa dia beranak kat Glineagles.

Lepas aku dah pulangkan IC, isteri dia terus duduk kat sofa tempat menunggu sementara aku nak settlekan pasal bed & deposit dengan suami dia. Aku pun cakap kat suami dia yang aku kena collect deposit RM8,000 sebab ikut hospital policy, mmg kena bayar deposit atleast 80%

from the total estimated procedure cost (policy masa tahun 2016). Dia memang book single ward masa tu. Suami dia jawab “Ada encik, saya memang ada bawa cash RM10,000 ni. OT siang malam ni encik nak kumpul duit ni”. Sambil dia ketawa bangga.

Kesian juga lah aku dengar sbb suami dia kerja biasa-biasa je. Lepastu suami dia tanya lagi, “Kenapa tadi encik kata estimated cost? Bukan ke mmg RM10,000 untuk beranak operate kat sini?”. Aku pun cakaplah berdasarkan pengalaman aku kerja situ,

tak pernah lagi ada LSCS case yang bil dia RM 10,000 sebab bergantung pd keadaan isteri dia & baby dia. RM10,000 tu cuma anggaran kes LSCS paling simple je. Selalunya LSCS case dalam RM 11K-13K bergantung pada case. Kalau ada complication, lagi mahal lah..

Aku bukan nak takutkan suami dia tapi aku tak nak bagi harapan palsu. Muka suami dia terus berubah. Suami dia cakap “Saya memang ada RM10,000 je encik. Ada lagi sikit duit dalam akaun saya tu untuk buat kenduri untuk baby nanti”.

Tapi aku cakap kat dia, dia masih ada masa kalau nak ubah fikiran untuk bawa isteri dia pergi GH kalau betul-betul duit dia cuma ngamngam sebab due date isteri dia pun belum sampai lagi sebenarnya & isteri dia belum ada contraction.

Lagi pula, dia dah memang ada buku pink GH tu. Ataupun, dia boleh duduk kat double bedded sbb estimated cost utk double bedded LSCS cuma RM8,000 lebih je masa tu. Lepastu suami dia jawab “Tak apalah encik. Proceed je. Memang dia teringin nak beranak kat sini.

Lagipun kalau duduk kat ward 2 orang, saya tak boleh teman dia tidur kan?”. Aku pun proceed je lah admission tu. Masa aku pakaikan wristband pada isteri dia tu, muka isteri dia memang nampak macam excited gila. Maklumlah, belum rasa sakit lagi. Hehe. Selang dua hari lepas tu aku

tengok dalam sistem, isteri dia dapat discharge dah. Total bil lebih RM11,000. Tapi baby dia masih tak dapat discharge sebab jaundice. Maksudnya, bil akan semakin bertambah-tambah lah. So pada para isteri, janganlah nak ikut trend sangat atau nak beranak kat hospital yang gah

sangat kalau dah tau si suami tu tak berapa mampu. Ni baru-baru tengok Siti beranak kat Glineagles, jangan plak terus teringin beranak kat Glineagles. Huhu. Kesian kat suami tu. Bertolak ansur lah. Duit tu boleh buat benda lain yang lebih penting lagi lepas baby tu dah keluar.

Kalau yang betul-brtul mampu, silakan lah. Tak salah pun sebab memang selesa pun kalau dok kat hospital swasta. Alangkan staf hospital yang dapat diskaun tu pun takut nak beranak kat hospital tu. Selalu orang sebut pasal betapa besarnya pengorbanan isteri mengandung & melahirkan anak.

Ye, memang tak ada sesiapa dapat nafikan pengorbanan isteri & ibu tapi tak ramai yang sebut pengorbanan suami yang macam ni. Bayangkan, anda tidak berapa ada kemampuan tapi anda nak pergi bersalin kat hospital yang kosnya cecah RM12,000 untuk LSCS sedangkan anda boleh bersalin

dengan kos cuma RM5,000 kat hospital swasta lain. Lebih elok jika duit tu anda simpan untuk keperluan anda dan keluarga anda selepas anda bersalin. Bagi yang berkemampuan atau yang nak 1st class service & treatment, dialu-alukan ke hospital mewah (Gleneagles, Prince Court etc).

Tepuk dada, tanya selera. Apa-apa pun, terpulang pada anda nak bersalin kat mana sebab itu duit anda & anak anda. Buatlah perbincangan antara suami & isteri. Kerana suami & isteri ada pengorbanan masing-masing. Antara komen dr pembaca :

MD Shahir Yell :kalau aku dapat isteri macam ni dah lame aku hanta balik umah mok bapak die cari yang lain…jenis dok faham situasi suami.. Emma Rani : Teran ke tak teran ke sakit jugak..12k ke 18 ringgit ke same je sakitnya.. tolol

Sumber : mohd hilmi

Author: fafa