Isteri pertama suami dah 2 3 kali kantoi bermesej dan berduaan dengan lelaki lain. Tapi suami masih belum jatuhkan talak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KRT. Mohon hide profil aku ya min.. Disini aku ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Dan aku nak minta pndangan dan pendapat warga KRT semua. Aku ada anak 2 orang berumur 9 dan 10 tahun dan aku adalah isteri kedua.

Suami aku kerja sendiri. Sekarang aku duduk dengan anak tiri aku 5 orang. Ya mungkin orang selalu kecam isteri kedua ni kan. Ada yang kata perampas, menjatuhkan rumahtangga dll tapi hakikatnya berbeza. Dari makan, pakaian, kemas rumah A-Z dan semuanya lah dalam rumah ni aku

yang uruskan. Anak-anak suami aku yang masih sekolah 3 orang. Pendek kata apa saja dalam rumah ni aku yang uruskan. Isteri pertama suami aku tu masih memegang title “isteri” sebab suami aku belum menceraikannya lagi. Dia dah 2 3 kali terkantoi bermesej, berduaan dan ‘bersama’ dengan laki lain..

Tapi bagi aku hal suami aku mahu menceraikan atau tidak itu aku tak kisah. Sebab aku rasa kasihan dengan anak anaknya.. Oleh kerana dia selalu tinggalkan rumah untuk menjalankan ‘kerja-kerja’ dia tu, maka kebajikan anak-anak suami aku tu terabai.

Maksud aku dari segi memasak, membasuh pakaian, pelajaran sekolah dll lagilah.. Maka, suami aku bawaklah anak-anak nya duduk dengan aku. Bukan sebulan dua min diaorang duduk dengan aku. Dah bertahun tapi aku tak kisah. Aku okay dan terima saja..

Dirumah ni, ada kala juga aku bergaduh dengan suami (bukan hal melibatkan anak-anak dia). Biasalah dalam rumahtangga gaduh kecik-kecik. Aku tak kisah walaupun aku ni ibarat ‘orang gaji’ untuk anak-anak nya. Tapi datang part anak-anaknya tu bergaduh sesama diaorang memang aku tak boleh hadap..

Untuk pengetahuan min, salah sorang anak dia ni tak suka pergi sekolah. Kerap ponteng sekolah. So bila salah sorang nasihat dia, langsung dia tak dengar. Gaduh bukan biasa-biasa min.. Sampai hempas-hempas barang, hempas pintu, baling itu ini semuanya lah.. Malu aku min.

Jiran-jiran pun ada keluar tengok-tengok. Suami aku nasihatkan pun tak jalan. Hal ni terlampau kerap terjadi. Aku stress lah. Dahla aku penat letih hari-hari dengan kerja aku dirumah, urus anak-anak aku sekolah, homework sekolah anak aku lagi, masak semuanya lah min..

Jadi bila time aku nak rehat especially waktu malam memang aku geramm sangat. At least hormatlah orang sama. Aku juga pernah menyatakan hasrat aku supaya suami aku carikan diaorang rumah lain sebab 2 orang anaknya pun boleh kerja bantu-bantu suami aku tapi suami aku kata nanti dulu

sebab kesian anak-anak nya nanti tak ada yang boleh masak basuhkan lipatkan baju smua.. Dan aku pun jawab tak apa lah kalau macamtu. 2 orang anak suami aku yang besar tu dah habis belajar universiti dekat 3 tahun tapi tak cari kerja. Maaflah cakap.

Memang diaorang 2 ni pemalas bagi aku. Kehulu hilir dengan kawan-kawan saja.. Seolah tiada matlamat dalam hidup. Tak pernah membantu ayah diaorang pun.. Malah meminta lagi ada. Aku tak campur bab-bab duit antara suami aku dan anak dia tu.

Cuma kasihan suami sebab dah besar panjang dan tak cari kerja pun untuk tolong-tolong. Bukan tolong ayah dia pun, tolonglah diri sendiri tu. Anak-anak suami aku ni semua jarang solat, puasa. Tidur pun bangun pkul 2 3 petang kadang smpai maghrib pun masih berdengkur.

Makan semua kena ada atas meja. Suami aku tegur pun diaorang buat tak tahu saja. Anak-anak aku pula aku hantar ke kelas mengaji 3 kali seminggu. Pendek kata, anak-anak aku ada aktiviti diaorang sendiri dari pagi sampai malam. Pernah satu haritu, diaorang bawak anak-anak aku main game

sampai tengah malam. Diaorang memang kaki game. Aku marah sangat min sebab anak-anak aku lupa dah nak susun buku, buat kerja sekolah semua. Berturut turut seminggu kejadian ni. So aku geramm dan aku suarakan kat suami. Suami pula marah kat aku.

Kata aku ni terlampau mengkongkong anak. Padahal aku bukan macamtu. Weekend aku bagi bebas anak aku main. Isnin-jumaat sahaja aku tak benarkan handfone ke game ke apa ke.. Tgok tv okay la. Ikut masa. Sebab anak aku pernah kena rotan dan denda dengan cikgu pasal tak buat kerja sekolah.

Sehingga harini masih berterusan kejadian ini. Salah kah aku min? Hai warga KRT. Apa pendapat atau nasihat korang? Aku salah ke? Atau macam mana aku nak atasi masalah aku ni min?? Bantu aku ye, aku betul perlukan bantuan. Terima kasih.

Trimas admin kerana tolong rahsiakan akaun aku. tujuan aku mengadu di sini adalah untuk melihat idea-idea atau pendapat menarik dari sahabat-sahabat semua. untuk aku adaptasikan dalam realiti hidup aku…
baiklah, Aku merupakan bapa kepada 3 orang anak dan tidak dinafikan

anak2 aku agak indipendent anak yang sulong usia 4 tahun tapi sudah mampu menolong ibunya membuat kerja2 ringan dirumah. terdetiknya hati aku untuk mengadu disini adalah setelah aku dapat menghidu hati aku yang terasa sedikit hiba sedih melihat anak2 aku yang dahagakan kasih seorang ibu.

isteri aku seorang penjawat awam sesi petang akan pulang kerumah 7petang… apa yang menjadi permasalahan disini adalah, isteri aku tiada masa untuk anak2 dan selalu mngherdik mereka dan naik tgn.. anak2 smakin hari smakin menampkkan kesan negetif..

mereka sudah mula belajar mherdik walau bercakap dengan aku.. mereka mula menjadi ganas.. ringan tangan.. memberontak dan tidak mdengar kata walau diacah2 pukul.. hati mereka sudah menjadi kerassss.. dan terikut2 budaya ibu mereka.. dari slow talk sampai ke fast talk aku cuba

tegur isteri aku namun tidak memberi kesan.. malahan aku pula yg mendapat habuan dek rajukkannya sampai bermingguan tarik muka.. terkadang sampai sebulan kami tidak btegur sapa jika aku turut bkeras..aku penat..untuk pengetahuan smua, bukan untuk memuji diri

tp hakikatnya aku merupakan seorang yang sukar untuk mninggikan suara.. stahun skali pun susah, jika aku marah, aku lbih suka berdiam diri atau keluar dari rumah semntara..ini sering mjadi persoalan dibenak fikirku.. apakah benar kalau isteri itu adalah cerminan suami??

jika benar..kenapa berbeza sikap kami?? jika anak-anak aku sakit atau inginkan apa saja mereka akan berlari mendapatkan aku kerana mereka sudah mengerti dimana tempat mereka ingin mengadu. ya , mungkin isteri aku penat bekerja..tapi aku selalu menolong dia membuat kerja-kerja

rumah.. masak, cuci pinggan, kemas rumah, uruskan anak .. aku fikir, jika aku menolongnya dia akan ada masa untuk anak2 dan tidak marah pada anak kerana penat..tapi jangkaan ku meleset.. dia asyik dengan handfon pula..demikanlah hari demi hari,

bulan demi bulan, tahun demi tahun.. dari anak satu sampai anak 3. kadang-kadang terdetik dihati aku untuk minta dia berhenti kerja..tapi teringat pula dia pernah cakap..dia satu-satunya anak yang bekerjaya dari 9 orang adik beradik.. dan menjadi kebanggaan orang tuanya..

penat lelah orang tuanya terbalas bila dia berjaya menjawat kerja awam..jadi tak sanggup pula aku nak mengecewakan orang tua dia..lalu aku putuskan untuk bediam diri lagi..tapi sampai bila??? aku selalu berdoa..agar tuhan lembutkan hati dia.

Sumber : KRT

Author: fafa