Isteri terkilan suami balik raya kampung tanpa isteri. Rupanya kakak ipar benci sebab isteri tahu kejahatan kakak ipar.

Foto sekadar hiasan. Assalam min.. tolong hide fb kawan baik aku ni. dan tq bff sebab sudi pinjamkan fb dan tolong type kan masalah aku kat sini.. min sekarang dah masuk bulan puasa.. pastu semua orang heppy nak balik raya. kecuali aku. aku yang dalam kesedihan dan tiada satu ruang pun kemaafan tuk aku min..

Aku betul tetap salah. aku salah lagi lah salah. min aku dah kahwin hampir 8 taun tak ada anak. 8 tahun tu juga aku tak penah balik kampung mertua aku. Padahal tak excited sangat. Aku kawin suka sama suka dengan suami aku tapi family laki aku tak suka aku min sebab laki aku ceraikan eex wife (tak der anak) dia sebab aku mana aku tau dia laki orang.

lillahitaala tak tipu. tup-tup..ex wife dia sms aku cakap dah kena cerai so aku cepat-cepat call laki aku masa tu suh rujuk balik. aku tak pe. Aku ok..
tapi laki aku taknak..terus dia off fon. dan hilangkan diri. Aku call ex wife dia. dan bagi number yang dia selalu call aku. pastu min,

berduyun keluarga belah laki aku dan belah ex bini laki aku call, sms and maki aku min.. weh.. laki aku ilang. Rupanya dia berhenti kerja 24 jam dan datang rumah aku. nak kawin dengan aku.. min. kebetulan masa tu aku kena transfer ke kl min. laki aku ikut jugak aku ke kl. mau tak nya.

Last-last. keluarga dia izinkan kami kahwin. Tapi min 8 tahun aku kawin sekali pun aku tak penah beraya rumah mertua aku. Laki aku tak kasi kot. puncanya begini. min, masa tu kami baru kahwin 2 bulan. Ipar dia cri2 ambil barang aku senyap-senyap tanpa pengetahuan aku, tak pulang balik pulak tu.

masa aku ada kat kampung laki aku. barang tu cousin aku punya. so aku gaduh dengan laki aku.. laki aku ceraikan taklik pada aku. Dia cakap lagi sekali keluarga atau dia pinjam amik atau cri barang aku. maka jatuh la cerai taklik pada aku. sedey weii.

Laki aku marah sangat sebab kakak dia call laki aku. marah kan laki aku sebab aku sound ipar dia yang ambik barang aku. .sedih sangat dengan apa yang berlaku. kak ipar aku tu di antara orang yang paling kuat menentang perkahwinan aku.. kadang-kadang dia suh laki dia wassup kacau-kacau dan hina aku.

Tapi selepas laki dia terlibat dengan kejadian jalan raya dan jadi kurang upaya diorang dah tak kacau aku. aku ingat lagi maasa nak balik beraya, first raya as husband n wife. laki aku drive kereta. pastu dia berenti kat stesyen bus melaka central. dia blah sambil bawak barang-barang.

Yang adik dia kirim. Banyak. n besar kotak2 tuh. dia boleh macam tu je. aku dalam kereta terpinga2. so aku drive dan balik kampung parent aku di selatan tanah air. kejamnya laki aku. keringnya hati laki aku. tiada kemaafan untuk aku langsung. sepanjang jalan aku menangis semahu-mahunya.

Apa yang aku nak jawab dengan parent n saudara mara aku??. ALLAH. lepas raya tu, aku cuba berbincang kenapa jadi macamni. laki aku cakap keluarga sana tengah panas dengan aku. aik barang aku yang kena ambik dengan dorang. terang-terang ‘kak ipar kau yang ambik.

Lagi nak jaga hati dia sebab dia bini abang kau?. wah pelik family macam ni. Ermm. masuk tahun ke 2, laki aku balik raya pertama umah family aku. aku ingat dah ok. Tup2′ pagi2 esok raya kedua, dia kuar rumah tanpa cakap apa pun. tengok-tengok dah ada kawan dia datang amik.

Bila raya laki aku balik raya tanpa aku, aku menangis sedih sedangkan aku sudah sediakan duit raya untuk mertua aku sedih nya allah allah laki aku jaga hati orang lain tapi buka hati aku. aku dengar cerita .. ibu bapa mertua aku merungut..yang aku taknak balik beraya kesana..

mungkin ibubapa mertua aku taktao..yang laki aku tengah jaga hati kakak2 n ipar dia.. begitu keadaan aku.. setiap kali raya.. dulu aku memang stress takdapat balik raya rumah mertua..sekarang dah tak rasa pun nak peluk cium.. untuk pengetahuan korang jugak. kalau ada gathering apa-apa.

belah family aku tak diajak pun , laki aku kan kuar diam-diam. bila aku tanya nak ikut dia cakap “no need”..sedih weii dah la pakai kereta aku..
lagi bertambah sedih dan hina..bila diorang upload pic makan dalam wassup group, hanya allah je yang tahu..

aku kelaparan sorang diri diumah..sedangkan diorang 1 family happy2. pernah sekali tu. laki aku balik kerja pakai baju biasa. Aku tanya kenapa tak pakai baju kerja. dia cakap dia cuti. Dan pergi rumah adik dia, sebab mak dia datang dari kampung. weh laki aku tak inform pun dia cuti.

dia tak cakap pun nak jumpa mak dia. sapa yang renggangkan hubungan ni. Langsung dia tak penah terfikir nak baikkan kami semua. tp min. aku kalau aku pergi bercuti. Aku bawak gak ibubapa mertua aku ikut sekali. tapi min diorang tetap tak boleh tima aku. Kak2 abang ipar aku. min.

anak2 buah laki aku selalu ganggu emosi aku. diorang stalker fb n ig aku. Dan kutuk2’ aku dalam group wassup. Dulu aku dalam wassup group diorang. Lepastu kejadian tu, aku trus left.. sbb nampak cam aku ni terbuang dalam group tu.. Min apa yang jadi antara aku,

laki aku n family laki , sorang pun ahli family aku taktahu. kalau aku cakap. family aku cakap aku yang salah..aku yang silap..sebab aku adik beradik dibesarkan dalam family yang penuh disiplin. kecik2’ dulu kalau gaduh dengan kawan-kawan..orang lain tak kisah lah..kami yang salah.

so kami adik beradik akan takut pada kesalahan..kesilapan n pergaduhan sebabnya..apa yang jadi kami yang slah..so takguna aku nak citer masalah rumahtangga aku pada family aku..sebab aku yang SALAH..

MIN ,sekarang ada lagi 1 masalah yang timbul.. parent aku tak kasi aku balik rumah. sebabnya. family aku nak jaga hati abang n wife abang aku.. padahal mak aku selalu cakap yang abang ni sakit.. n stress perangai wife dia…boros macam rosmah.. suka maki n cerca abang aku..

citernya begini min . taun lepas wife abang aku ni..baru lahirkan baby.. baby kembar weiii.. semua orang teruja… tok n mak bapak wife abang aku panggil datang tengok.. mak ayah aku dah tua.. taksihat.. kalau tak pergi.. orang sana dah ajak.. so mak ayah aku pun nek la motor kerumah abang aku…

weh..sampai sana dalam 1/2’ jam. camtu mak ayah aku kena halau.. siap lagi bini abang aku call makpak dia macam mana nak halau parent aku keluar dengan jangan bermalam dirumah diorang… masa tu abang aku kat tempat kerja..vwife abang aku maki abang aku.. hina family aku ..

suh abang aku halau parent aku.. wehh sejahat-jahat aku..sehina2 aku diperlakukan keluarga mertua takpenah sekali pun terfikir yang aku akan halau mertua aku..macam mana tergamak nya wife abang aku ni buat camtu.. tuk pengetahuan korang.. wife abang aku kawin cuci kaki..

abang ada keje tetap..gaji ribu riban.. rumah dah ada.. kereta motor n saving..berbeza dengan wife abang aku..banyak duit ..boros, saving pun takder..abang aku yang bawak wife buka buku saving..camtu jugak la aku educated laki aku saving.. sebab laki aku pun datang dari family boros.

pastu heboh jugak la yang wife abang aku dah halau parent aku.. jadi aku ni yang agak hot temper… apa lagi terus marah pada abang n wife abang aku.. parent aku marah kat aku.. kononnya kesian kat abang aku.. nannti abang aku akan kena marah dengan wife n family mertua dia..

sedihkan… sedih bukan.. raya kali ni..parent aku tak kasi aku balik..takut aku akan gadoh. sebab. aku memang panas tak abis lagi sebab halau parent aku. syurga anak jantan di bawah telapak kaki ibu . bukan di bawah telapak kaki bini. . adik beradik aku pun sama nak jaga hati abang aku..

sanggup biar aku camni..padahal aku cuma nak pertahan keluarga aku dari dihina.. kakak sorang tu saakit sikit.. wife abang aku hina dia gila.. kakak aku sorang tu janda sebab laki dah menghadap ilahi.. wife abang aku cakap menyusahkan.. kakak aku 3 orang tak kahwen.

wife abang aku hina anak dara tua… weh, kalau la abang aku tak kawen dengan kau.. kau pun anak dara tua hokey.. kau kahwen dengan abang aku pun umor 30. kat ofis semua jantan reject kau. Abang aku jer yang sudi. tapi adik beradik aku tetap buat tak kisah sebab nak jaga abang aku..

sebab abang aku ni anak yang baik., anak. Lelaki tunggal dan adik yang selalu bantu diorang… aku lak lebih aggresif…aku sayang family aku. So tahun ni perkara yang sama, laki aku akan drive and berenti ke stesyen bus untuk terus sampai ke kampung halaman dia..

Dan aku akan terus drive smpai mana tah. tidur hotel lagi keseorangan . dah lama tak makan ketupat rendang. korang semua. Kalau tak dapat bagi pendapat. tolong doakan kesihatan aku. kebahagiaan aku ya dan di lapangkan rezeki. aamiin..

Sumber : KRT

Author: fafa