Janda lapar suami orang. Suami terdesak nak kahwin dengan janda rupanya suami dah kena mandrem.

1. Pada Jun 2018, saya ada nampak kat fb, suami saya komen gambar janda tu, dan kat ig husband pulak janda tu komen yang lain macam dan naluri saya mengatakan mereka ada hubungan tapi suami tak mengaku. Saya bertanya kepada janda tu dan janda tu pun tidak mengaku, dan dia kata saya tau juga tu suami orang dan takde kaitan dengan saya.. Janda tu suruh saya doakan dia cepat-cepat naik pelamin sebab dia pun dah ada BF..jadi saya terus bersangka baik kepada mereka.

2. Pada Disember 2018, sekali lagi, saya diuji, bukti nyata telah saya dapat, sebelum tu saya selalu bermimpi macam-macam tentang suami saya dan nama janda tu pun masuk kat mimpi saya. Pada Disember 2018, terbangun daripada tidur setelah bermimpi, saya rasa ada sesuatu tak kena dengan

suami kerana semakin saya berdoa supaya Allah jagakan dia walau di mana berada semasa mencari rezeki, semakin saya mimpi yang bukan-bukan lalu bertanya kepada kawan baik suami dan daripada situ saya mendapat banyak bukti di ig janda tu macam-macam gambar suami dan janda tu.

3. Pada Disember 2018 saya call janda tu dan janda tu kata mereka mahu akhiri hubungan mereka dengan baik dan dia selalu bertanya kepada suami bila nak kahwin dengan dia dan suami kata bagi masa kat dia, lalu janda tu kata, saya boleh bikin-bikin(maksudnya dia boleh sihir) suami saya supaya cepat kahwin dengan dia tapi dia masih bersabar dan bagi tempoh kat suami saya. Namun, suami menangis dan memujuk saya dan kata tak nak kahwin dan tak mahu madukan saya.

4. Januari 2019, husband seperti terdesak dan dia kata nak kahwin lagi. Bila tengok ig janda tu, janda tu ada unsur mengungut, dia kata biarkan si jahanm yang suka perempuan suci padahal jijik dan dia nak bagi minum racun tikus la dan macam-macam komen yang berunsur mngungut..

Sekarang ni, suami mohon poligami pada Februari lepas tanpa pengetahuan saya. Sebelum tu, dia pernah kata dan peluk saya, tak lama kita akan tenang, sabarlah dia kata. Saya bertanya kepada suami, apa maksud abang tenang selepas ini, selepas abang madukan saya, suami kata tidak. Sabarlah dia kata, kita akan tenang tak lama lagi.

5. Janda tu beritahu majikannya dia tetap teruskan hubungnnya dengan suami saya walaupun saya sudah jumpa dia dan merayu kepada saya dan dia rupanya memberi harapan palsu kepada saya konon dia akan pandailah handle suami saya untuk tinggalkan suami saya.Mak mentua saya pun dah jumpa janda ni dan kata tak akan setuju dan tidak reda anak dia kahwin dengan dia. Namun saya terkejut mereka buat permohonan poligami pada Februari lepas.

6. Sekarang ni suami mendesak saya hadir ke mahkamah, dan bila hadir saya kata tak setuju dan saya diminta buat bantahan. Saya bertanya kepada suami, perlukah saya buat bantahan, suami kata buatlah dan jangan putus asa untuk bantah. Bila saya buat bantahan,

suami pula marah, dan sampai memukul saya di kepala dengan surat bantahan yang tebal, dia gulung dan pukul kat kepala dan tangan sampai melecet luka sebab marah saya aibkan dia dalam surat tu sedangkan saya nak menang, jadi saya ceritalah semua kat sana dengan niat nak bantah.

Sekarang ni kes kami masih ON. Minggu depan, suami kena balas balik bantahan saya dan sekarang ni dia upah lawyer nak balas bantahan saya. Saya merayu kepada suami lepaskan saya, saya kata kat dia, kalau nak kahwin, kahwin je la, saya nak dilepaskan dan nak tuntut fasakh sebab jika

saya tuntut saya kira saya akan menang kerana selama ni nafkah tiada dan tanggungjawab suami kepada saya kurang. Tapi suami tak nak lepaskan saya dan berkata, 4 tahun nanti baru saya bagi kerjasama kes fasakh saya kerana dia marah sebab saya tidak bagi persetujuan poligami dia

sedangkan dia tahu saya betul-betul tidak mahu bermadu dengan janda seperti itu yang sekarang masuk setahun dan banyak menyakiti hati saya selama ini. Saya cabar suami saya cari calon isteri lain, saya akan setuju, asalkan bukan dengan janda tersebut yang tidak menghormati perasaan

perempuan lain sedangkan dia baru je memaki hamun di fb perempuan yang rebut suami dia, sekarang ni dia nekad nak rebut suami orang pula dan macam-macam taktik dia buat termasuk beri kunci rumah kepada suami saya dan saya berjaya masuk rumah tu juga dan saya dapati banyak

bukti yang menyakitkan hati saya. Jadi saya nak minta lepaskan tapi suami siksa saya bgini, tak lepaskan saya, saya makin jatuh sakit oleh mereka walaupun saya cuba kuat. Mohon bantuan rakan-rakan semua, bagi saya pendapat macamana nak lepaskan diri daripada suami saya yang memaksa

saya bermadu dan apa pendapat korang, suami saya ni tak lepaskan saya atas alasan apa? Dia kata kat saya dia sayang saya, sayalah cinta pertama dan cinta terakhir dia, smpai bila-bila hingga akhir nafas pun sayalah cinta terakhir dia tapi saya tak pcaya,

suami yang baik tidak akan duakan isteri jika benar saya cinta dia sampai akhir nafas dia, saya tuduh dia atas alasan harta dia nak bertahan dengan saya, dia kata tidak sebab sayang. Tapi saya tak nak percaya. Mohon bantuan rakan-rakan.

Sumber : KRT

Author: fafa