Jangan mudah prcaya dengan org yang tak mampu hargai kesetiaan seseorang. Kerana setia itu tidaklah mudah memerlukan komitmen yang kuat

Jangan berharap mendapatkan kesetiaan dari orang yang tidak mampu untuk setia, kerana setia itu tidak boleh dilakukan oleh orang yang murah. Kerana setia itu tidaklah mudah, memerlukan komitmen yang kuat agar tetap menjadi orang yang setia apalagi akan ada banyak godaan yang bakal menghampiri.

Lelaki bernama Firdaus Shakirin ini kongsi kenapa setia itu mahal. Jika Allah s.w.t nak uji kesetiaan kita dalam hubungan senang ja… Dia hadirkan seseorang yg lebih baik daripada pasangan kita…seseorang yang pada pandangan kita, ada apa yang pasangan kita tidak ada…

Mungkin lebih berketerampilan, lebih berharta, lebih cantik, lebih solid, lebih bergaya, lebih memahami, ada masa utk kita, pandai bergurau senda dan pandai memujuk kita di saat kita rasa berduka… If the timing right, then kita akan jatuh ke dlm “perangkap” tersebut…maka mula lah ada perasaan membandingkannya dengan pasangan yang kita ada…

Dia menepati citarasa kita, dia tick all the boxes…sifatnya, caranya, gayanya, tingkah lakunya…sempurna bagi kita… Tergugat kesetiaan kita pada yang dah ada depan mata… Tapi adakah ianya baik utk kita? Boleh jadi sesuatu yang kamu suka itu bukanlah yang terbaik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sebenarnya itulah yang terbaik untuk kamu…ini Allah s.w.t yg berfirman…

Peringatan dari Allah s.w.t… Maka, ingatlah akan ayat ini sentiasa supaya kita tidak terpesona dan terpedaya dengan apa yang di uji-Nya terhadap kita. Setia itu mahal, jangan mengharapkannya dari mereka yang murah.

Sumber : Pesona Pengantin

Author: Editor