Jangan Terus Buat Isteri Menangis Atas Nilai Kepercayaan Dan Setia dalam suatu perhubungan

Mengetahui pasangan berlaku tak setia memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan ketidaksetiaan. Hadamkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.

“Bila diri diduakan” Andai anda salah seorang drpd isteri yg diduakan suami disebabkan suami kahwin lagi, maka jgn terburu buru utk pergi dari kehidupan tersebut… Jgn lari lagi… Hidup dulu dalam keadaan macam tu, selagi dia masih boleh bagi sama mcm yg dia bagi sebelum ni ataupun tidak, pilihlah utk kekal bertahan dalam hubungan tu…

Manfaatnya bukan dia yg dapat, tapi awak…Nak membina kehidupan setelah berpisah tanpa diduga dan tiba2 bukannya senang dan mudah seperti yg org kata…klu awk tak btul2 kuat, awk akan tersungkur dan merana. Ada wanita yg masih bertahan dlm keadaan yg mcm ni…

Diduakan suami, suami kahwin lagi, suami tak adil, suami jarang balik, suami lebihkan yg sana, tapi gelaran dia masih isteri pertama… Apa yg dia buat? Dia kurangkan kebergantungan dan harapan pada suaminya…dia berdikari, hidup atas kaki sendiri dan dia biar masa yg menentukan segalanya…

Bila sampai masa tersebut, maka Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa ianya terjadi… Kekuatan dan penerimaan kita terhadap perkara itu tak sama…ada yg bleh angkat kaki terus, ada yg tidak, ada yg perlukan masa…bagi yg tidak, itu bukanlah satu kesalahan, itu pilihan awk sendiri…cuma, jangan pernah berhenti dan putus asa dr mengingatkan si dia utk berlaku adil dan memperjuangkan apa yg sepatutnya awk dapat dari dirinya.

Selagi masih ada jodoh dgnnya, selagi masih bergelar isteri kepadanya dan selagi masih boleh bertahan… Selain itu, isteri yang bijak tidak akan emosi terus serbu suami atau ‘perempuan simpanan suami’. Meski hati panas tapi mereka tenang dan akan melakukan perkara ini.

Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan ketidaksetiaan yang dilakukan. Ketika mendapat tahu berita ketidaksetiaan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dipergunakan, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan.

Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Apa yang paling utama, jangan terlalu ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.

Ketidaksetiaan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca daripada anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya ketidaksetiaan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.

Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang ketidaksetiaan pasangan. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.

Pertimbangkan pilihan secara rasional. Ketidaksetiaan pasangan sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah.

Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram. Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.

Cinta pada Ilahi. Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada Ilahi bukan pada manusia semata-mata. Perbanyakan mendekatkan diri pada tuhan, sentiasa berfikiran positif dan berusaha memaafkan pasangan dengan ikhlas. Meskipun rasa sukar, anggaplah ketidaksetiaan pasangan itu sebagai salah satu ujian dan gerhana di dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali

Doa agar suami setia dan jujur pada isteri. Alam perkahwinan memang sangat mencabar. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Biasanya nasihat orang tua-tua, setiap 5 tahun perangai manusia akan berubah. Bermakna purata masalah besar akan melanda pasangan yang berkahwin adalah dalam lingkungan 5 tahun sekali.

Namun bagi kaum isteri, amat menakutkan sekali apabila si suami tidak lagi memberikan kasih sayang seperti waktu awal perkahwinan dulu. Juga dikhuatiri si suami ada calon isteri yang lain. Jadi pasti anda sangat berharap si suami tidak merahsiakan perkara-perkara seperti ini.

Bagi isteri yang khuatir suami mereka tidak berlaku jujur dan tidak setia kepada anda, bolehlah amalkan petua dan amalan doa ini. Insyaallah si suami akan lebih jujur kepada isteri dan setia dengan limpah kasih sayang.

Doa agar suami tidak berlaku curang. Ketika suami sedang tidur atau suami sedang beristirehat, pujilah suami anda. Usap dan belailah rambutnya atau wajahnya sambil membaca Surah Yusuf Ayat ke empat. Ambil ayat yang pengakhiran sahaja.

Rumi : inni ro aitu ahada ‘asharo kaukaban wash-shamsa walqomaro ro-aituhum lisajidin Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. Kalau boleh tiup di muka suami, tiup terus. Tapi janganlah sampai exaggerate sehingga suami hairan pula ya.

Doa agar suami sentiasa jujur dan tidak berahsia. Sama juga seperti di no 1, anda bolehlah mengusap atau membelai suami anda sambil membacakan Surah Taha ayat ke tiga puluh sembilan (39). Tapi ambil ayat yang hujung sahaja. Rumi : wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. Boleh juga cuba tiupkan pada suami atau minuman suami. Juga boleh diamalkan ketika memasak atau menyediakan pakaian kepada suami.

Doa agar suami tidak ada niat nak kahwin lagi satu. Antara tips lain untuk melembutkan hati suami ialah tawarkan diri untuk mengurut mereka. Siapa tidak suka diurut kan? Kalau anda tawar untuk memberikan masaj di tengkuk, di leher, belakang badan atau lain-lain, pasti suami tidak akan menolak. Pada ketika ini, bacalah Surah Ali Imran ayat ke 31 ini.

Rumi : qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Baca ayat ini sambil mengusap-ngusap tubuh suami. Insyaallah hati suami akan lembut dan bertambah kasih sayangnya kepada anda. Kalau anda tak jampi ayat ini pada suami pun, penulis amat yakin suami anda tak akan cari calon isteri baru kalau setiap hari anda urut badan mereka.

4. Doa agar suami setia

Doa agar suami setia. Amalkan doa ini selepas solat fardhu harian. Ayat ini bukan untuk jampi pada suami, tapi untuk diri anda sendiri. Amalkannya setiap hari Insyaallah menemui kejayaan. Rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Sumber:Persona Pengantin dan Iluminasi

Author: Editor