Jawapan isu guna minyak masak sebagai minyak enjin

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian seorang lelaki yang menggunakan minyak sawit sebagai minyak pelincir kenderaannya. Menurut individu berkenaan, dia terdorong untuk menggunakan minyak sawit sebagai minyak pelincir kenderaan selepas menonton sebuah video di Youtube.

Betul ke minyak sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan? Menurut laman facebook automotif tanah air, Mekanika Malaysia, penggunaan minyak sawit dalam industri automotif tanah air bukanlah satu perkara baru.

”Minyak disel yang digunakan oleh rakyat malaysia sekarang sudahpun mengandungi campuran sehingga 10% minyak sawit” Namun begitu, lain pula dalam isu minyak pelincir dan penulis di Mekanika Malaysia membangkitkan beberapa persoalan mengenai penggunaan minyak sawit tersebut.

Antara persoalan-persoalan yang dibangkitkan adalah mengenai jumlah minyak sawit yang diperlukan berbanding cc enjin, status minyak lama sama ada terbakar semasa proses operasi enjin atau perlu ditambah dari semasa ke semasa dan sela masa servis enjin menggunakan minyak sawit sebagai minyak pelincir.

”Minyak pelincir yang digunakan di dalam enjin mestilah bertindak sebagai pelincir, medium penyejukan, dan sebagai medium untuk membuang pelbagai sisa bahan cemar yang terhasil semasa enjin beroperasi” Kata Mekanika Malaysia lagi, minyak pelincir kenderaan juga perlu tahan lasak untuk menahan suhu nyalaan petrol dan oksigen semasa pembakaran yang boleh mencecah sehingga 2,500 darjah celcius.

”Ditambah pula dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, kesesakan jalan raya yang berlaku selang sehari, minyak pelincir dalam enjin yang moden terpaksa bekerja dalam cuaca dan suhu yang ekstrim” Selain itu, Mekanika Malaysia juga menggariskan

beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan minyak pelincir antaranya Aditif atau Bahan Tambah di dalam Minyak Pelincir, Kelikatan atau Viscousity, Minyak Pelbagai Kelikatan – MultiGrade, Standard Minyak Pelincir dan Minyak Sintetik.

Jika minyak masak digunakan sebagai minyak pelincir? Menurut Mekanika Malaysia, memang terdapat kajian oleh penyelidikan tempatan terhadap penggunaan minyak sawit mentah dan bertapis ke atas kenderaan bermotor dan juga kajian eksperimen terkawal.

”Dalam eksperimen terbabit, minyak sawit diuji bukan di dalam enjin kereta, tetapi beberapa peralatan kajian makmal yang tidak mencerminkan keadaan sebenar pemanduan dan juga beberapa isu yang lain” Kata Mekanika Malaysia, ‘smoke point’ bagi minyak sawit bertapis adalah

231 darjah celcius, sama seperti minyak pelincir jenama tempatan, tetapi adakah ia mampu bertahan pada suhu 300 darjah celcius ketika di sembur pada bahagian piston? Manakala jika anda menggunakan minyak pelincir biasa, ia masih mengandungi adatif seperti agen anti-oksida serta polimer

yang akan mengelakkan minyak pelincir menjadi teroksida dan kelikatan berkurang. Satu lagi persoalan adalah minyak sawit mempunyai kandungan asid lemak. Berdasarkan struktur minyak masak, ia mengandungi molekul ikatan unsur karbon, oksigen dan juga hidrogen. Molekul-molekul ini boleh terbebas sekiranya molekul minyak teroksida.

”Semasa proses pembakaran berlaku, unsur air akan wujud di dalam enjin walupun sedikit sebagai hasil sampingan pembakaran. Air dan unsur karbon dan hidrogen ini boleh bergabung dan membentuk unsur asid. Unsur asid ini tidak bagus dan boleh menyebabkan kakisan pada enjin”

Bagaimanapun perkara di atas boleh diatasi dengan penggunaan minyak enjin kerana minyak enjin mempunyai ejen anti kakisan dan ejen anti karat bagi menghalang pengaratan berlaku. Pada masa yang sama, Mekanika Malaysia tidak menafikan bahawa penggunaan minyak sawit

mentah atau Crude Palm Oil boleh digunakan bagi menggantikan petroleum sebagai asas penghasilan minyak pelincir. Namun katanya, kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi membolehkan Crude Palm Oil sesuai digunakan sertan bahan aditif yang kompetitif diperkenalkan supaya minyak sawit

Sumber: Mekanika Malaysia

Author: fafa