Jawapan Norish Karman mengapa beliau tiada dalam Diari Ramadhan Rafique 2019

Ketika ini, susur media massa hangat memperkatakan mengenai drama bersiri ramadhan popular suatu ketika dahulu Diari Ramadhan Rafique (DRR) yang dikatakan kini bakal kembali selepas 13 tahun ditayangkan. Jangan lupa saksikan DRR pada Ramadhan nanti.

Peminat Teruja 

Rata-rata peminat yang mengikuti siri ini begitu teruja manakan tidak drama yang ditayangkan setiap kali musim ramadhan sekitar tahun 2006 begitu menggamit memori apatah lagi pelakon kanak-kanak yang terbabit kini sudah meningkat dewasa. Di media sosial tular mengenai gambar pelakon-pelakon DRR terkini sekaligus mengesahkan musim terbaru drama berkenaan bakal ditayangkan pada tahun ini.

Norish Karman Tampil Memberi Penjelasan 

Akan tetapi, ramai peminat tertanya mengenai salah seorang pelakon utama drama berkenaan, Norish Karman yang memegang watak sebagai Siti Zubaidah. Dalam gambar yang tular itu, ketiadaan Norish menimbulkan tanda tanya peminat sekaligus mengandaikan ketiadaan pelakon itu seperti tidak lengkap. Setelah dihujani pelbagai pertanyaan, Norish akhirnya tampil memberi kenyataan menerusi sebuah posting terbaharu di laman Instagram nya.

DRR 2019 Sebuah Telemovie 

Menurut selebriti verstail ini, dia tidak akan terbabit untuk DRR 2019 kerana untuk musim terbaharu ini jalan ceritanya lebih fokus dan berkisar kepada cucu-cucunya. Tambah Norish lagi, untuk DRR juga kali ini juga merupakan sebuah telemovie khas dan bukanlah drama bersiri seperti sebelumnya. Namun begitu, pelakon ini tidak menolak bahawa DRR akan muncul untuk drama bersiri akan datang.

Dalam perkembangan lain, Norish dikhabarkan baru sahaja sembuh dari penyakit yang membuatkan dia ‘hilang’ seketika. Menurut Norish, sudah hampir 5 hari dia menahan sakit dipercayai kerana virus di dalam perut sehingga membuatkan dia muntah dan mengalami komplikasi lain. Norish turut mengucapkan terima kasih selain mengharapkan doa yang terbaik dari peminatnya.

norishkarman : Salam rindu Ya Habibi sekalian. Happy to be back chatting with all kind fans /supporters after almost 5days of being in pain of stomach virus that leads to unstoppable pueking and purging sampai lutut ketar2 ,culd hardly stand widout my kidz help, bibir kering dah dpt rasa bagai dipadang Masyar…

Ya Robb Maha penyayang memberi dugaan mengirim sakit penghapus dosa…biarlah sakit ini kerana medical atau ape saje minda mampu mikirkan, ana terima dengan redha kerana ana sedang menikmat pahala percuma alhamdulilaah it has also given me more time to think…

to hafal surah2 Quran yang banyak ketinggalan untuk qodho’ solat2 yang ana lalai. it also gave me time to plan wid briliant ideas my life,my business wid more beautiful n meaningful journeys ahead….most importantly ,im stronger n closer to my Creator and my kids than ever….

Heartiest to my children for taking care of me day and nite. to those whose being messaging and DM wid so much concern and worries :TQ atas doa2 baik2 kalian. pada yang tak peduli TQ juga atas pencerahan hatimu yang sebenar. Berkenaan DRRafique, ia bukan hak dan kuasa ana untuk berlakon atau tidak ikut serta kalini seperti kata Producer @jalenarejab yang ana hormati bhw

ia hanya sekadar Telemovie bukan episode dan ia lebih fokus pada cucu2 dibawah penjagaan Nenek mereka. in shaa Allah sesi episodes DRR akan diusahakan. Doa la yer agar ia berlaku dlm masa terdekat agar ana bisa mampu bersama2 berkarya pula. Wahai Peminat2 setiaku, Kita manusia mesti senantiasa positiv atas aoe nikmat dan uijian kerana semua ni kan KETENTUAN ILAHI.

Biar agama ape pun kita serah pada Tuhan. Jangan kita manusia cuba2 menjadi Tuhan dan jangan la kita pertikai walaupun jika ana bukan menjadi pilihan hati sesiape, itu kan juga kerana ALLAH swt sudah mengizinkan. Jika dikatakan sehingga terlihat lagi adanya diri, *ini bererti tidak ada lagi terlihat kebenaran dari Allah

*Oleh itu telah pun menjadi kesalahan akibat tidak meemaaahhami duduk perkara yang sebenar lalu mampu memberikan kemudaratan kepada diri. Siapelah ana utk melawan takdir..Pasti ada lebih baik dihadapan. Namun DOA para peminat yang ana anggap sahabat2 ana amat berharga sekali. Terus menDOAKAN kebaikan ana dan agar ana maju dan terus maju dalam bidang ape jua.

Author: fafa