Jawapan padu Ardell Aryana pada seorang warganet yang menegur penampilan Ardell. Kononnya tidak sesuai sebagai isteri.

GARA-GARA memakai baju tshirt dengan seluar kain pelikat, pelakon Ardell Aryana ditegur seorang warga internet yang memintanya tampil lebih kemas selepas bergelar isteri. Warganet tersebut berpendapat penampilan isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa sebagai pelikk dan jarang dipakai oleh wanita biasa.

“Pelikk benar pakaiannya. Jadi isteri kena pakai la molek-molek sikit. Serabut tengoknya,” komen individu yang menggunakan akaun bernama Msdianra_. Namun Ardell telah memadam komen tersebut. Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, yang membalas komen tersebut menganggap setiap individu mempunyai citarasa dalam berfesyen.

Bagaimanapun, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu mengambil tegvran itu secara positif dan akan belajar cara untuk lebih bergaya. “Setiap orang itu lain-lain sebab itu saya tulis dekat kapsyen, saya orang yang biasa… mungkin tak semolek awak. Untuk suami atau bakal dapat isteri yang molek macam awak. Tak apa saya akan belajar bergaya lagi supaya tak serabut lagi mata sis,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Ramona Zamzam turut meninggalkan komen memuji penampilan Ardell yang sentiasa cantik walaupun berpakaian biasa.Menurut Ramona, seseorang itu cantik apabila memiliki hati yang bersih dan sentiasa bersikap positif seperti Ardell.

“Tidak sayang, awak kelihatan elok saja. Kecantikan itu tidak dinilai dengan solekan, kasut tumit tinggi dan baju. Asalkan hati tiada hasad dengki, sentiasa positif, orang sekeliling awak bahagia dan sudah cukup untuk buat seseorang itu cantik. Ardell dan Nadzmi bernikah pada 1 September lalu.

“Dan itulah anda, biasa-biasa itu la yang lebih cantik. Jadi diri sendiri… awak cantik,” tulisnya. Sebelum ini, Ardell pernah dikritik selepas video dia mengigil ketika disarungkan cincin pada hari pernikahannya awal September lalu. Nadzmi sebagai suami tampil menjelaskan insiden yang ditonton orang ramai itu berlaku disebabkan isterinya mempunyai masalah kebimbangan melampau (anxiety)

serta kemurungan yang terus dan kini masih dalam rawatan. Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu selepas kira-kira lapan tahun mengenali satu sama lain. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Sumber: lepat pisang

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Ardell Aryana

Ardell Aryana bukanlah nama asing dalam lapangan seni lakonan. Namanya mula meledak selepas membintangi drama Baby Ana Milik Siapa, Asam Pedas Untuk Dia dan Anakku Diva. Kini Ardell kembali hangat diperkatakan selepas sah bergelar isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa pada 1 September lalu. Pada pertengahan tahun lalu, beliau menjadi tumpuan media apabila dilaporkan menghidap penyakit kanser tahap tiga.

Pemilik nama penuh Nurul Hidayah binti Mohd Amin. Nama komersialnya, Ardell Aryana, namun lebih mesra disapa Ardel. Kelahiran Kuala Selangor, Selangor pada 13 April 1990. Kini berusia 29 tahun. Berketinggian 1.52 meter.

Kediamannya terletak di Seri Kembangan, Selangor. Merupakan anak perempuan tunggal yang juga anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Kedua ibu bapanya sudahpun bercerai iaitu sewaktu dirinya masih kecil. Pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Cambridge.

Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai pelakon, pengacara dan model. Antara drama dibintanginya seperti Jodoh musim pertama, Baby Ana Milik Siapa, Asam Pedas Untuk Dia, Anakku Diva dan banyak lagi. Termasuk telefilem Dodol Dodol Cinta, Titik Terakhir, Jodoh Wassap dan Khutbah Terakhir.

Pembabitannya di layar lebar menerusi filem CCTV, Dorm Melati, Kolestrol VS Cinta, Surf This Love: Gelora Juara dan XX-Ray 3. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan rancangan Extreme Road Trip yang berkonsepkan travelog, bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016.

Juga memegang peranan sebagai penulis skrip drama Penipuan Seorang Ibu. Mula mengenakan hijab pada pertengahan 2017. Pernah didakwa sebagai kononnya pengkid, namun dia menafikan tuduhan itu. Disahkan menghidap sakit tahap tiga pada Jun 2018. Beliau yang berkenalan rapat dengan pelakon Nadzmi Adhwa sejak membintangi drama bersiri Namaku Bedah pada tahun 2015, akhirnya memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan sahabat baiknya itu pada 1 September 2019.

Sumber: iluminasi

Author: pyka