Video tak sangka ini jawapan padu dari Neelofa bila ditanya pasal pangkat Dato.

Neelofa ada ditanya mengenai pangkat Datuk oleh peminat dan menerusi akaun Instagram Lofa.videos, hos program MeleT0P itu bagaimanapun mempunyai pandangannya sendiri. Katanya seperti yang dipetik, dia gembira dengan apa yang dikecapinya sebagai Neelofa ketika ini.

“Tak dapat Datuk…Tak dapat Datin. Semua tak dapat. Bukan tak dapat, its just that im happy by just being Lofa. “Saya rasa kalau saya dapat Datuk pun mungkin… i dont think i will accept it. Because, saya rasa terlalu ramai sangat orang ‘berdatuk-datuk’ sekarang.

“Ia tak membezakan apa-apa pun Datuk antara Datuk, im still living in the same life,” katanya. Neelofa yang pernah diangkat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-29 sebelum ini turut tersenai dalam barisan 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Pada masa masa, pemenang Dewi Remaja 2010 ini juga sinonim menerusi beberapa persidangan berbentuk hal ehwal semasa di dalam dan luar negara. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram @lofa.videos

Neelofa mahu miliki jet peribadi

PENGACARA dan pelakon popular Noor Neelofa Mohd Nor, 30, memasang impian untuk memiliki jet peribadi. Neelofa berkongsi perkara terbabit ketika diajukan soalan mengenai tiga impian yang belum dikecapi dalam program terbaru terbitan Harian Metro, Opsss, hari ini.

“Saya mahu memperkuatkan jenama di peringkat antarabangsa selain mengintai peluang dalam bidang hartanah dan ingin memiliki jet peribadi,” katanya. Dalam pada itu, Neelofa turut menolak dakwaan sering bertemu dan meluangkan masa bersama kerabat diraja.

Menurut Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu, hubungan yang terjalin itu berlandaskan persahabatan sahaja. “Kalau betul pun saya anggap mereka sebagai kawan sahaja,” katanya.

Antara lain yang menjadi perhatian, Neelofa mengakui meminati lelaki berjambang dan bertubuh sasa. Opsss yang bersiaran secara langsung setiap Selasa jam 5 petang di platform media sosial Harian Metro adalah sebuah program santai yang mengutarakan 20 soalan kepada selebriti atau orang kenamaan secara spontan. Lima episod sudah pun bersiaran membabitkan artis terkenal tempatan iaitu Mira Filzah, Remy Ishak, Siti Sarah dan Scha Al Yahya.

Sejambak bunga daripada Neelofa untuk Zizan

PENGACARA popular Neelofa menghadiahkan sejambak bunga kepada Zizan Razak kerana menghargai bantuan yang diberikan pelakon dan pelawak popular itu ketika dia berdepan masalah visa untuk berangkat mengerjakan haji, baru-baru ini.

Neelofa menerusi Insta Story memaklumkan Zizan banyak membantunya dengan memperkenalkan beberapa individu di kedutaan Arab Saudi bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit.SEJAMBAK bunga daripada Neelofa kepada Zizan di akaun Instagram milik Zizan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membantu sewaktu saya memerlukan bantuan dan memperkenalkan saya kepada beberapa individu dari kedutaan Arab Saudi. “Bantuan anda sangat saya hargai dan ia tidak mungkin akan terlaksana tanpa pertolongan ikhlas anda, terima kasih,” tulisnya.

Luahan itu ditulis melalui sekeping nota yang dihantar bersama sejambak bunga kepada Zizan, semalam. Sementara itu, Zizan juga turut berkongsi perkara yang sama di Insta Story pada hari yang sama. Terdahulu, pengacara popular itu bersama beberapa bakal jemaah haji lain terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila berdepan masalah visa.

Neelofa nak pergi haji setiap tahun

PENGACARA dan pelakon terkenal, Neelofa bakal menunaikan ibadah haji buat kedua bersama pada 4 Ogos ini.Neelofa, 30, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia akan berangkat ke Tanah Suci bersama ibu dan dua adik lelakinya.

“Memang saya merancang nak menunaikan haji pada 4 Ogos ini, tapi proses mendapatkan visa masih belum lengkap lagi. “Saya minta semua doakan supaya semuanya dipermudahkan dan boleh pergi sekali lagi bersama keluarga.

“Dari segi persiapan, saya baca banyak buku. Ustaz pun ada datang ke rumah untuk memberi penerangan kepada adik yang tak pernah pergi lagi,” katanya. Neelofa yang ditemui pada sesi rakaman Naura Shares di Petaling Jaya hari ini berkata, dia teruja untuk menunaikan haji sekali lagi selepas kali pertama pada 2016.

“Kali ini saya berasa teruja sebab banyak masa dari segi nak buat persiapan sendiri. Bukan untuk di Makkah saja tapi semasa di Mina dan ketika wukuf. “Memandangkan saya pernah ada pengalaman menunaikan haji sebelum ini, untuk pergi sekali lagi saya sudah tahu nak buat apa. Tidak sabar untuk merasa perasaan yang Allah bagi dan tak sabar untuk cari lagi pengalaman baru,” katanya.

Dalam masa sama, Neelofa yang juga pengacara program MeleTop berkata, dia memasang niat untuk menunaikan haji setiap tahun. “Kalau ikut perancangan, saya nak pergi haji tahun lalu dengan mak, tapi ketika itu datuk sakit kuat. Jadi kami tangguhkan.“Apabila berpeluang tahun ini, saya teruskan saja dan tak payah fikir banyak kali. Sebenarnya kalau boleh nak pergi haji setiap tahun dan umrah sebanyak mungkin,” katanya.

Tak adil saya jawab isu kakak – Neelofa

“SAYA tahu apa yang terjadi. Jadi sudah tentu orang akan bertanya akan hal ini,” kata pengacara Neelofa ketika mengulas gosip mengatakan kakaknya Noor Nabila Mohd Noor memfailkan perpisahan terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, hari ini.

Neelofa ketika ditemui berkata, dia sudah bersedia dengan segala persoalan yang bakal ditanya membabitkan rumah tangga kakaknya itu. “Saya dan keluarga Nabila berkongsi rumah yang sama. Namun tidak adil untuk saya menjawab berkaitan isu ini.

“Cuma nak orang tahu yang saya akan menyokong dan melindungi kakak dengan keputusan ingin dibuatnya selagi dia gembira. “Malah saya juga yakin yang ahli keluarga dan teman rapat akan turut bersama dengannya walau dalam keadaan dia susah atau senang,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, Nabila seorang wanita yang kuat dan berdikari meskipun dia tidak berkongsi masalah dihadapi kepada ahli keluarga. “Nabila sudah lalui banyak perkara dalam hidup. Apa yang boleh saya cakap dia seorang berdikari dan kuat.

“Dia tidak mudah tunjuk apa yang terbuku dalam hatinya. Malah dia juga tidak akan berkongsi masalah dihadapi kepada ahli keluarga tapi ada bercerita dengan kawan,” katanya. Namun katanya, teman Nabila adalah kawannya juga dan sudah pasti dia akan dapat tahu cerita peribadinya.

“Apa yang boleh saya katakan, Nabila berhak menerima pasangan yang terbaik dari segi kehidupan kekeluargaan. Saya percaya Allah akan bantu dia,” katanya. Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah. Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu. Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Mymetro

Author: pyka