Jgn sbb dia tak ada harta dan tak boleh nak berikan kesenangan anda tinggalkan dia. Mungkin dia ada yg lain selain kesenangan dari segi harta benda.

Siapa yang inginkan hidup susah, sudah tentu semua orang mengimpikan satu kehidupan kewangan yang stabil. Mana tidaknya, bila hidup mewah ini semua perkara boleh dibeli, banyak benda boleh dilakukan. Tidak terbatas dan anda juga bebas melakukan apa sahaja.

Walaupun masalah kewangan dalam rumahtangga ini sering kali menjadi punca perdebatan malah ada yang membawa sehingga ke perpisahan tetapi perlu diingatkan bahawa tidak semua perkara memerlukan wang ringgit. Sememangnya dalam keadaan ekonomi sebegini mempunyai kestabilan wang sangat diperlukan, akan tetapi pada masa yang sama anda juga akan perlukan kasih sayang, perhatian dan juga kesetiaan dari pasangan anda.

Mungkin pasangan anda tidak mampu berikan anda kemewahan dan wang ringgit seperti yang anda mahukan tetapi boleh jadi dia menyediakan perkara lain buat diri anda yang anda tidak sedar pun kerana sibuk memikirkan wang ringgit.

Dia tidak mempu berikan anda barangan yang mewah tetapi dia sentiasa mempunyai masa buat diri anda. Setiap kali pulang kerja, dia tidak akan lepak bersama rakan-rakannya tetapi lebih meluangkan masa bersama dengan diri anda. Bukan ke perkara ini lebih berharga?

Dia mungkin tak mampu nak mengaji seorang pembantu rumah buat diri anda, tetapi tanpa anda sedar dia selalu membantu anda menguruskan rumah dan anak-anak. Kadang kala itu, satu hari anda tidak perlu urus rumah kerana dia telah lakukan semuanya. Ini lagi menyenangkan kerana dia tahu menghargai diri anda.

Dia mungkin tidak membawa anda bercuti setiap bulan, tetapi dia jarang sekali membawa masalahnya ke rumah. Jadi apa yang anda lihat dia pulang dari kerja adalah senyuman sahaja. Bagi dirinya anda begitu menenangkan fikiran dirinya. Tak perlu nak bercuti bagai, kerana senyuman anda itu lebih berharga.

Setiap orang tentu mahukan seorang suami yang mempunyai kerjaya yang tetap ataupun kestabilan wang. Akan tetapi, jangan kesetiaan, masa bersama, dan bijak mengambil hati ini tidak dimiliki oleh semua orang. Jadi jangan mengharapkan pangkat dan wang ringgit sahaja tetapi pandang juga akan hatinya yang tulus dengan diri anda. Yang setia dan tidak ada orang lain dengan anda. Itu lebih berharga yang belum tentu dimiliki oleh semua orang.

Author: Editor