Jujur pada isteri adalah kunci rezeki pada kerjaya, bahagiakan isteri baru hidup berkat

Foto sekadar hiasan. Biasa kita dengar dalam ceramah agama, Ustaz pernah menyebut “siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat, tak berjaya”, kenapa tak berkat? Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga, mereka amanah dan anugerah Allah. Ustaz Ebit Lew, pendakwah terkenal di media sosial telah berkongsi kisah kejayaan seorang sahabatnya di instagram beliau.

Rahsia kejayaan sahabat beliau ialah Allah, isteri dan keluarga. Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini. Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga

Jaga isteri, ibubapa dan jujur. itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah, kaulah segalanya. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya yerlah kontraktor, buat sendiri jer. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya.. Dia ucap terima kaseh pada saya kerana ramai kawan kawan fb ustaz beri projek padanya.

Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah, saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah. Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya.

Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak. bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki. Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.

Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz. siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga, mereka amanah dan anugerah Allah. Saya baca buku isteriku Bidadari dan 11amalan kaya tu dari kulit sampai kulit.

Saya dah ulang 5 kali ustaz, benar benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga, jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang. Ramai orang ingat rezeki bila ada dunia tapi sebenarnya hargai apa kita ada. Tahniah sahabatku aslconstruction.

Sumber: kisahjalanan

Artikel : Bahagiakan hati isteri anda, baru kebahagiaan dan rezeki akan datang melimpah ruah

Apakah kaitannya rezeki dengan isteri? Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang senantiasa bersyukur.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang kaitan murah rezeki dengan isteri. Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer. Kenapa yer ustaz? Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apa pun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.

Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita. Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita. Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya. Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.

Silaturrahim membuka pintu rezeki, inikan bersama isteri kita yang tercinta. Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah. Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.

Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah. Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami walau dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar.

Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami agar sentiasa memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri. Apa pendapat anda? Dah Baca, jangan lupa komen dan share ye. Terima Kasih kerana sudi membaca perkongsian ini!

Sumber : akuokay

Author: Iqbal