Kadang kadang pertanyaan perempuan ni di luar jangkaan lelaki. Sebab tu lelaki tak balas pesanan yang di hantar.

GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN.

Apabila sudah menjalinkan hubungan cinta ataupun berkenalan rapat, lelaki dan perempuan lazimnya akan banyak menghabiskan masa bersama. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih, kini sudah tiada alasan lagi untuk tidak sentiasa berhubung antara satu sama lain. Banyak aplikasi yang boleh digunakan sebagai medium perhubungan, antaranya seperti WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger dan sebagainya. 

Lelaki rambat reply, perempuan terus gelabah. Namun begitu, tetap sahaja golongan lelaki dikaitkan dengan perangai sukar membalas kiriman mesej melalui WhatsApp. Sebenarnya banyak punca atau sebab kenapa mereka bertindak sedemikian. Bukanlah kerana malas semata-mata seperti yang sering diperkatakan. Jika lelaki sering berperangai seperti itu mulalah si gadis gelabah kerana mereka sukar dijejaki.

Kadang-kadang cepat serabut. Antara sebab kenapa mereka bertindak sebegitu adalah kerana merasa rimas. Menurut artikel The Rohani, lelaki kebiasaannya lebih sukakan kebebasan. Apabila mereka diganggu sepanjang hari dengan mesej yang dihantar, pastinya mereka mula serabut. Lebih-lebih lagi berhadapan dengan wanita yang banyak bertanya. Kadang-kadang mahu saja lelaki berterus-terang namun bimbang perasaan si gadis pula mula terasa. 

Kadang-kadang lupa balas sebab terlampau sibuk. Selain itu, sesetengah lelaki kadang-kadang cenderung untuk terlupa membalas pesanan yang dikirim. Bukanlah mereka sengaja tapi dek kerana kesibukan kerja. Mungkin pada mulanya berniat untuk membalas ketika sedikit lapang, tetapi akhirnya terlupa untuk berbuat begitu. 

Sumber : The Rohani

Author: pyka