Kakak dan adik selalu kena kritik dengan warganet. Katanya masa zaman sekolah lagi memang mereka menyerlah dan dapat perhatian ramai.

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahira berkata dia mempelajari banyak perkara baharu sejak aktif menggunakan laman sosial. Menurut Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, 45, pada awalnya dia agak terkejut dengan kecaman yang ditulis warganet, namun perlahan-lahan mula terbiasa dengan suasana tersebut.

“Kadang-kadang apa kita tulis orang tak faham… kita pun saja-saja tanya sesuatu, lepas tu tak fasal-fasal kena kecam, contohnya baru-baru ini tanya fasal mengaji murah pun orang kecam. Semasa mula-mula menggunakan media sosial ini terkejut juga baca komen, tapi lama-lama buat tak tahu sajalah! Saya pun kena biasakan diri dengan media sosial sebab benda ini baru bagi saya.

Shiera cuba membiasakan diri dengan media sosial.

“Niat kita muat naik sesuatu untuk berkongsi dengan peminat, tapi masalahnya kesalahan kecil pun orang nak kecam, kadang-kadang tak perasan pun benda tu boleh jadi isu, jadi sekarang ini saya reda sajalah!,” katanya kepada mStar.

Selain Shiera, adiknya yang juga pelakon iaitu Sharifah Sakinah turut menjadi sasaran keyboard warrior di laman sosial. Mengakui mereka berdua agak lantang dalam menyuarakan pendapat, Shiera berkata dia dan Sakinah berkongsi banyak perkara yang sama dan sudah alah dengan kecaman warganet.

Karakter Shiera dan Sakinah sudah menyerlah sejak di bangku sekolah.

“Rasanya kami memang dilahirkan macam ni! Sejak sekolah kami memang menyerlah dan sampai sekarang memang sentiasa dapat perhatian, attention seeker.  Sebenarnya kami suka hiburkan orang, yang kenal kami akan tahu kita hanya bergurau dan berkongsi perkara yang kita lalui asalkan tidak melampaui batas.

“Saya pun tak sangka dah tua-tua ini ramai pula ambil peduli, saya anggap mereka sayangkan kita. Kalau mereka komen buruk begitu maknanya sayanglah kan?,” ujarnya.

Artikel lain : “Nak Minta Cuti Pun Tak Tahu” – Shiera

SHARIFAH Shahira mendedahkan sebelum bergelar penyampai radio Suria FM dia tidak pernah mengetahui mengenai peraturan di sesebuah pejabat kerana sudah terbiasa bekerja tanpa pengawasan sebagai pelakon sebelum ini.

Berkongsi pengalaman lucunya, Shiera berkata, dia pernah tidak hadir ke pejabat tanpa memohon cuti atau memaklumkan kepada pihak pengurusannya sehingga menyebabkan dia ditegur. “Jujur, saya memang tidak tahu kalau hendak cuti kita perlu memohon cuti atau mengisi borang sehinggalah kejadian saya tidak datang ke pejabat sebab hendak ke luar negara.

“Sebelum ini mana pernah saya bekerja di pejabat atau mempunyai bos sebab dalam dunia lakonan mana ada isi borang semua itu, jadi saya ingat sama. Apa pun ia pengajaran dan pengalaman baru yang sangat berguna dan bermanfaat kepada saya,” ujarnnya.

Dalam pada itu, Shiera berkata, dia tidak mempunyai masalah bangun awal untuk ke pejabat kerana dia sudah biasa bangun pagi. “Bila sudah berusia ni, tidur semakin kurang walaupun malam sebelumnya saya ada penggambaran tetapi memang tiada masalah hendak bangun pagi.

“Kebiasaannya dari pukul 5 ke 10 pagi memang saya berjaga jadi tiada masalah,” katanya. Malah katanya, dia seronok dengan tugasnya kerana ia sesuai dengan karakter dirinya yang gemar bercakap. “Alhamdulillah seronok kerana dapat membebel setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat.

“Apabila kita buat sesuatu yang kita suka, ia jadi menyeronokkan dan tidak terbeban dan Alhamdulillah saya dapat bergandingan dengan Zulin dan Fizi yang sentiasa menggamatkan studio setiap pagi. Shiera ke udara menerusi segmen Suria Pagi bersama Zulin Aziz dan Fizi Ali pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 5 hingga 10 pagi.

SUMBER : Mstar

Author: pyka