Kalau bab nafkah dan tanggungjawab pada isteri pertama pun masih culas, jangan ada hati nak kahwin lain

Aku seorang isteri yang bekerjaya, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat manakala suami aku merupakan seorang pengurus syarikat. Apa yang aku nak confess di sini ialah kadang kadang aku tengok gaya suami aku, dia agak lokek dengan aku, mungkin sebab aku bekerja. Tapi sedar kah anda wahai lelaki duit bekerja wanita tersebut adalah hak wanita tersebut dan suami tiada hak untuk mencampuri urusan kewangan si isteri.

Kereta aku suami bayar, rumah half2 bayar, barang dapur, makanan dan etc berkongsi duit kami berdua. Keinginan? Aku penuhi sendiri, pernah sekali aku malas nak withdraw duit dekat ATM, dan pinjam duit suami untuk beli pakaian, kemudian dia cakap tu hutang nanti bayar balik. Hahahaha aku pun ok je lah.

Aku tak kisah sangat kalau kedekut tu, tapi kadang kadang sembang kencang nak kahwin 2,3,4 (poligaami), kadang kadang aku wonder suami tak pikir ke keperluan isteri pun tunggang langgang, ada hati nak pasang 2,3,4. Heh! Aku seriously tak menentang pun isu poligaami, kalau berkemampuan, kahwin je lah, kalau asyik mention hari hari, naik menyampah pulak aku dengar.

Seluar dalam bini pun, bini sendiri yang beli, suruh beli baju nightware yang menjolok mata harga 300 lebih, duit tak hulur, mungkin dia ingat beli pakai air liur mungkin. Si isteri sebenarnya tak marah nak kahwin banyak ke apa, tapi kami ni tengok lah dari segi si suami tu, dekat si isteri pertama pun layan macam apa lagi, angan mat jenin je lah nak bagi kahwin lain.

Si isteri bertungkus lumus galas tanggungjawab suami mencari nafkah, balik rumah kena kemas rumah pulak yang semak macam tongkang pecah, kena jaga anak, kena beranak, malam malam kami yang celik mata menyusu, esok kena bangun bekerja pulak, tak mintak banyak pun sebenarnya, mintak suami hargai penat lelah kami ja, jaga hati dan setia, tak susah pun kan?

Perlu kah nak menipu mesej perempuan perempuan yang bukan halal di sisi tu? Ada orang yang halal untuk di tatap di campur, sibuk cari makan luar, tak faham sangat macam mana pemikiran seorang lelaki ni. Kalau berkenan cakap, usaha untuk cari nafkah yang ke 2, ni nafkah yang pertama pun dah sesak nafas.

Hutang kahwin pun keliling pinggang lagi, ada hati nak kahwin lain. Cermin lah diri tu dulu. Malas nak berleter banyak, sesiapa yang nak kahwin tu fikir lah empat lima kali, bukan mengenai cinta semata, melibatkan tanggungjawab dan lain lain aspek lagi. Cinta sahaja tak bagi makan anak orang ye.

Sumber : nalurikini

Artikel lain : Rindu mahu berjumpa anak anak, isteri tahu itu hanya alasan untuk suami mahu tidur bersama jandanya

Assalam. min. tolong hide saya profile saya ya. ni kisah sekadar untuk di kongsi. untuk meluah kan apa yang saya lalui selama ni.. saya janda ada anak. perkahwinan pertama saya gagal setelah hampir 10 tahun bertahan.. ni pun sebab suami culas dalam nafkah dan panas baran dan lepas setahun lebih saya single. saya bertemu dengan suami sekarang… sifat dia sangat baik.. duda juga ada anak.. kami berkenalan dah lama cuma dalam masa beberapa bulan tu kami jadi rapat dan dia dah berpisah dengan isteri dia dengan talak 3 sebab isteri dia nusyuz..

Tidur dengan lelaki lain dan pernah main dengan beberapa orang lelaki tak tau lah. Lepas kami kenal rapat.. hati saya mula sayang pada dia.. mungkin sebab layanan dia pada anak2 saya dan anak2 dia buat saya jatuh hati. dia baik sangat2. dia kerja biasa2 je.. tapi gaji dia untuk menampung diri dia pun tak cukup.. bukan saya nak berlagak.. saya tak kisah pasal gaji.. sebab gaji saya pun dah cukup kalau nak tangung dia pun. dan perbelanjaan kahwin semua saya tangung..

Hantaran tak payah letak sebab saya tau dia tak berduit.. cincin kahwin pun duit saya min.. saya tak pandang semua tu.. Lepas kami berkahwin.. dia mula buat perangai.. selalu pergi rumah janda dia. belum sampai sebulan kahwin kantoi dia tak balik rumah dia tidur kat rumah janda dia sebab kami gaduh.. tapi dia tak mengaku.. anak2 di jadikan alasan.. saya tak kisah kalau dia nak jumpa anak2 dia.. tapi perlu ke janda dia ada sekali? pergi makan sama2.. luar dari kawasan kadang tu.. selama kahwin dengan dia nafkah memang tak pernah bagi.. dan saya tak pernah mintak..

Lepas kahwin pun dia stay rumah saya.. cuci kaki je.. makan minum saya tanggung..makan pakai dia semua saya siapkan.. saya tak pernah mintak duit dia untuk belanja harian.. siap bagi dia pinjam untuk belanja dia. Setiap kali balik kampung dia pun saya yang keluarkn duit min… tapi apa yang dia buat kat belakang saya? hampir setiap hari dia pergi rumah janda dia.. saya tak menuduh.. semua bukti ada..

bila saya wasap dia.. dia tak mengaku.. padahal saya ada ja depan rumah janda dia. time kerja.. selalu balik rehat rumah janda dia juga.. masa bulan puasa baru ni.. berapa hari je dia buka puasa dengan saya.. kebanyakan semua kat rumah janda dia.. sebabnya nak buka puasa dengan anak2.. saya ni hari2 minatk supaya dia ambik anak dia.. saya pun nak bersama dengan diaorg.. untuk pengetahuan min.. janda dia tak benarkn dia bawa anak2 dia ke rumah saya.. sebab dia tuduh saya rampas suami dia..

suami saya syangkn anak dia sangat2..sebab tu anak2 selalu di jadikan alasan untuk dia ke sana.. satu hari tu.. saya ajak dia pergi beli baju raya saya tapi dia menolak.. tapi petang tu elok je dia keluar dan bagi tau saya dia nak pergi beli baju raya anak2 dia dengan janda dia sekali.. hancur hati saya masa tu. Tuhan saje yang tau..sebelum tu dia ade cakap dah nekad nak lepaskn saya…. saya follow dia, memang betul dia ke rumah janda dia.

Saya wasap dia tanya dia.. demi. Allah betul ke dia nak lepaskan saya.. dia cakap rasanya dia dah bagi tau saya..saya pun pergi ke rumah janda dia min… dan memang dia ade kat situ.. Saya paksa dia lepaskan saya.. tapi dia tak nak.. dia minta saya balik.. saya cakap kalau tak lepaskan saya.. saya takkan balik.. dia pun lafazkn talak 1 kat saya min.. sebab dia terpaksa tak nak janda dia tau yang saya datang rumah waktu tu tapi kami rujuk semula sebab fikir kan keluarga masing2.. dan saya pun masih sayangkn dia..

tak tau dah berapa kali dia tidur dengan janda dia min.. saya ada bukti semua tu.. dah kantoi dengan saya.. saya masih maafkan dia.. sebab saya tak nak berpisah lagi.. saya nak pertahanakn rumah tangga yang ke 2 saya ni.. saya sanggup pejam mata.. maafkn dia.. tapi tak lama pun dia berubah.. lepas tu dia pergi semula kat janda dia.. hancur hati saya.. banyak kali kantoi dengan saya.. tapi banyak kali tu juga saya bagi peluang kat dia.. Dia janji macam2 dengan saya..

dia janji nak berubah nak jauhkan dari janda dia.. tapi tak lama pun dia sendiri tak boleh tahan rasa rindu kat anak2 dia..min..rumah pengasuh yang anak2 dia duduk tu tak jauh pun dari rumah saya min.. tapi rumah janda dia juga yang dia tuju… sampai satu tahap saya sanggup izinkn dia jumpa anak2 dengan janda dia.. tapi sekurangnya bagi tau saya.. bukan jumpa belakang saya.. dan tipu saya.. tapi itu pun dia tak mampu buat untuk saya.. saya cuma mintak dia jujur je..

tapi dia still tipu saya..keluarga dia dah tau semua pasal dia.. dan mak ayah dia dah tak boleh terima dia sebab dah buat macam ni kat saya.. dan sekarang saya dapat tau dia dah berkahwin semula di Thailand..sah atau tak biar Allah je yang tau.. dalam masa saya ni masih isteri dia.. sekarang saya dah nekad untuk berpisah min..usia prkahwinan kami tak sampai setengah tahun pun.. hancur hidup saya sebab dia..

saya terima takdir hidup saya yang telah Allah aturkan.. saya dah cuba sebaik baiknya.. tapi nasib tak berpihak pada saya.. mungkin ini yang terbaik buat saya.. untuk pegang gelaran janda untuk ke dua kalinya bukan lah mudah yang di sangka… klau dia terbaca kisah saya ni.. saya tak kan maafkan dia sampai bila bila

Sumber : kisahrumahtangga

Author: pyka