Kantoi kecurangan suami di wchat walaupun apps sudah di delete isteri, suami tetap install senyap2 dan berlaku curang di ofis.

Salam min.. tolong jap. Saya dah kahwen 8tahun anak dah 3 orang setakat ni. Alhamdulillah. Okayy cerita dia macam ni.. Suami saya ni dulu baik orang nya. sejak-sejak ni dia kantoi pulak chat perempuan lain kat wchat dan michat siap meengaku bujang. Bila saya tanya suami tak mengaku.

kata nya wchat n michat tu bukan dia punya.. Dah tu sapa yang punya? Dah terang-terang ada gambar kau.. Hp kau pun takda orang lain pegang… kau sorang je pakai hp tu.. aku bukan bod0h k. Mula-mula kantoi michat. Aku dah uninstall natang tu dari hp die.

Dia dah mengaku salah dia n mintak saya peluang. okay saya bagi peluang. Ehhh lepastu kantoi wchat pulak. Saya bengang gila tapi tak mengamuk pun. just airmata je yang keluar tak berhenti sebab hati ni dah tak tau nak cakap apa lagi dah..

Ramai perempuan dia chat. Saya reply chat tu semua cakap yang suami saya dah kahwin n ada anak..terus perempuan-perempuan tu semua block suami saya. ada jugak yang cakap “sampai hati awak tipu saya” Hant kau tau hant!!! Suami mintak peluang lagi..

saya sampai dah taktau nak cakap apa. saya fikir anak-anak je.. nak pisah pun saya fkir family saya bukan orang senang.. saya takda duit simpanan 1sen pun kalau nak teruskan hidup dengan anak-anak. saya takpandai drive.. kiranya hidup saya bergantung pada suami je..

Saya sayang dia.. layanan dia pada saya n anak2 memang baik Tapi dalam diam2 tu berisi ye korang. sampai hati dia buat macam tu..
Sekarang ni nampak macam dia dah ok.. hp pun dah taklekat kat tangan lagi. Untuk pengetahuan korang,

dia akan chat perempuan-perempuan tu semua time dia kerja k.. kat rumah dia buat benda tu. Takut kantoi.. Tapi macam mana boleh kantoi?? sebab naluri saya.. bila saya pegang hp dia hati saya berdebar-debar .. saya check setting hp die n semua application tu..

Ada wechat n michat n dia off notification tu. Saya pun geledah lah handphone dia.. Sekarang ni saya harap sangat dia takbuat benda tu lagi dah. Saya sayang rumahtangga saya. Nak bina bukan senang.. Korang bod0h sangat ke saya bagi peluang kat die??

Pengalaman jadi sura rumah (sebab aku lelaki) . Kini sudah hampir 10 bulan aku cuti sakit.. Kali kedua cuti sakit yang panjang.. tahun 2016 mula cuti sakit panjang yang pertama.. 11 bulan.. semua sebab penyakit tibi tulang yang aku hidap..

Alhamdulillah perkembangan positif selepas operation Januari baru ni terserlah bezanya.. Hampir 10 bulan ni jugalah rutin harian aku jadi surarumah semua yang surirumah buat aku buat sidai baju, lipat baju, basuh baju, kemas rumah, memasak(aku memang jenis suka memasak),

menyapu rumah, bagi kucing-kucing makan, basuh pinggan mangkuk, uruskan anak-anak sekolah, pergi ambik anak sekolah, makan minum anak-anak sekolah (kalau bukan bulan puasa lah) serta mandikan anak yang kecil sekali.. satu jer aku jarang-jarang sekali aku buat iron baju..

Seronok juga jadi surarumah ni bila keadaan rumah nampak kemas walaupun kerap anak-anak sepahkan.. aku memnag jenis membebel kuat.. Nak kata memenatkan sangat tu takdalah.. agak seronok juga sebenarnya kalau niat nak memudahkan keluarga terutamanya anak-anak..

Mendidik anak-anak buaat kerja rumah bersama-sama.. Orang rumah pula yang pergi kerja cari pendapatan.. duit-duit belanja anak-anak, bil-bil semua atas urusan isteri aku.. duit yang aku ada hanya untuk pembelian barang dapur dan stanby untuk beli makanan andai lauk mentah dah licin dalam peti..

terpaksa juga beli makanan siap masak time anak-anak balik sekolah pagi sebab mereka kena pergi sekolah agama pula petangnya.. Aku bertuah dapat merasai jadi seperti surirumah.. walau isteri ada di rumah aku tetap juga buat sebab dah terbiasa..

lagi-lagi isteri pun tengah sarat mengandung anak yang ketujuh ni.. InsyaAllah dipanjangkan umur kandungan baby dalam perut tu bulan ogos ni keluarlah melihat dunia.. hahahaha.. dalam2 sakit sempat jugakan.. mesti ramai yang pelikkan.. ini perasaan aku..

bila aku sebagai suami bila terlalu lama tak sentuh isteri perasaan bersalah tu akan datang.. bila dah bersentuh inilah jadinya.. benih subur sangat kot… Hahaha.. cerita balik hal yang aku nak cerita tadi.. lari topik lak. Dah 10 bulan cuti sakit.. bayangkanlah.. lali dah..

nampak baju kotor dah banyak automatik terus perlakuan nak masukkan baju2 dalam mesin basuh.. bila dengar buzzer mesin berbunyi tanda dah siap basuh terus automatik pergi ambik bakul pergi sidai.. bila nampak pinggan mangkuk gelas cawan kat sinki automatik perlakuan terus nak ke

sinki basuh semua perkakas dapur yang kotor.. bila nampak dapur gas kotor terus perlakuan nak lap bersihkan.. nampak meja makan tak terurus terus rasa nak kemaskan.. macam tu juga bila nampak lantai dah mula ada ada pasir, sisa makanan dan habuk-habuk terus automatik nak menyapu..

Dalam mulut membebel ke anak2 sebab kekemasan rumah tak terurus sangat aku tetap secara tanpa paksaan dan tanpa sedari aku sendiri yang kemaskan rumah.. Agak puas hati juga dapat melaksanakan tugas2 yang di lakukan oleh surirumah.. sebab bila jadi sura rumah ni apa yang penting

anak2 kita sendiri yang handle.. bukan orang luar.. Alhamdulillah.. urusan makan minum, pakaian dan persekolahan anak-anak terurus dengan baik.. Moral.. kepada kaum adam perbanyakkanlah membantu isteri-isteri kalian membentukkan kekemasan rumah..

Pada kaum hawa pula bersyukurlah dengan apa yang ada pada suami kalian selagi suami kalian tak melakukan kemungkaran yang terang atau yang tersembunyi.. InsyaAllah rumahtangga akan sentiasa mendapat keredhaan Allah.. Peace yo.

Sumber : KRT

Author: fafa