Kehilangan isteri kerana suami lebih pentingkan adik dari isteri dan anak.

Foto sekadar hiasan. Hai Min. Ramadhan yang mulia ni aku nak share story malam pertama perkahwinan aku. Bacalah dan marilah bersedih dengan aku sekali. Serba sikit tentang aku, anak yatim dari kecil. Anak 1st bawah aku ade 4 perempuan dan 1 lelaki. Wife, good looking, free hair, baik, rajin,

bukan sosyial dan banyak kelebihan.. memang anugerah untuk aku masa tu. Malam tu entah mana datang idea aku boleh tanya kat wife ‘andai dia nakhoda kapal yang hampir karam siapa yang dia selamat kan ANAK, SUAMI, ISTERI atau ADIK.’ Tergamam wife,

lagi sentak bila dengar jawapan aku iaitu ADIK. Ya.. anak boleh buat lagi dan isteri boleh cari tapi adik ialah 1 pertalian yang tiada ganti. Aku jawap jujur dan itu lah yang aku buat sepanjang 4 tahun perkahwinan. Ya. aku zalim pada wife. Aku akan dahulukan 1st mak 2nd adik beradik.

Bagi aku itu perkara biasa dan syurga dia adalah aku. Tapi bagi wife semua tu makan dalam. Aku abaikan dari segi masa, duit, cuti. Semua aku dahulukan famili. Bukan wife tak pernah memberontak tapi sudah dapat penampar. Sejak itu dia ikut dan banyak diam.

Wife memang pilihan aku pelengkap segala kurang tapi aku tetap tak sedar. Entah la.. Zalim aku sampai pernah aku beraya 2 tahun berturut kat kampung aku sebab permintaan famili. Yelah sebab aku je yang kahwin dengan orang jauh. Bila dekat raya famili akan datang tidur rumah sebab

nak shopping kat KL. Tapi sebab kan ramai anak-anak buah kecik, aku suruh wife duduk rumah jaga kan. Aku tahu dia terpaksa tapi tetap laku tugas dengan jujur. Walaupun balik lambat semua anak-anak buah aku siap makan, mandi. Tak de kesan lebam @ nangis.

Tapi bagi family aku, wife still teruk dengan tak ade anak, tak bertudung, solat tak cukup 5, tak reti berdikari, bawa motor kereta tak reti. Entah lah. . Masuk tahun 5 ni takde anak family cari kan calon untuk kahwin lagi. Aku akur tapi isteri mana yang mau di dua kan.

Semua isteri mau kalau tiap malam peluk suami. Raya akan datang ni famili aku meseg lagi nak datang KL untuk shopping. Macam biasa nak wife jaga kan anak-anak mereka. Aku mula meseg wife yang tengah kerja tentang permintaan tersebut.

Tak sangka jawapan wife dia nak berbuka dengan BF dia. Sumpah jantung aku laju tahan marah, sedih. Dia minta aku lepas kan dia. Aku cuba explain yang dia mandul tapi dugaan berganda aku dapat tahu selama kahwin dia ambik ubat cegah hamil sebab tak nak anak-anak kami bakal tersiksa.

Saat aku hilang arah ni aku ajukan soalan nakhoda ke meseg group famili, ada yang pilih anak ada yang pilih suami & isteri tapi takde sorang pun yang pilih aku. Betul lah cakap wife ‘belum tentu orang yang kita pilih tu akan pilih kita’ dan jawapan wife malam tu ialah dia yang akan terjun laut tuk selamatkan Anak, Suami, Adik-adik Saat ni aku peluk baju baru wife yang bakal aku hadiahkan masa raya nanti.

salam min … aku seorang isteri , dah 4 tahun kami bernikah. dalam 4 tahun tu aku selalu tersiksa.. tiap-tiap tahun mesti akan ada wanita yang masuk dalam hidup suami aku . Baru-baru menikah dia tendang aku dihadapan adek beradek nya hanya kerana kami semua bergurau dan dia tak boleh

terima gurauan itu.. bukan itu saja . kami bergaduh di rumah ayah mertua ku dan suami ku mem ukul ku hingga lebam-lebam dimuka ku malang nya hari yang dia pukul aku nenek aku masuk hospital . aku tak dapat tengok sebab keadaan muka aku lebam aku takut mak ayah dan ahli keluarga yang lain akan bertanya.

Nenek aku cari aku nak tak nak aku tetap turun tapi muka aku tepekkan dengan bedak setebal-tebal tidak.. 10 bulan lepas , suami aku terduduk. bila dia keluar aku seolah-olah tak kenal dia sebab aku rasa lain sangat . suatu hari aku tidur aku terbangun pukul 3 lebih pagi sebab aku mimpi suami ku curang .

Kuasa Allah dan allah telah kejutkan aku pagi tu. hp aku ada orang pm , ada perempuan pm mengatakan dia tak nak contact suami aku lagi sebab dia suami orang dan isteri dia ( aku ) terlalu baik sayangkan dia . hati aku hancur. Seminggu aku tidak sebumbung dengan dia .

malahan aku dituduh macam-macam oleh dia . lepas tu kami kembali sebab aku beri dia peluang untuk berubah … tapi hampa hati ku bila baru-baru ni saat aku tengah hamil 4 bulan aku dapat tau suami ku curang dengan wanita yang sama 10 bulan dulu.

Aku ajak suami ku kerumah wanita itu dan dihadapan ku suami ku mengata kan bahawa mereka suka sama suka . wanita itu suruh suami ku menceraikan aku tapi suami ku tak mahu kerana aku sedang hamil … hati aku sakit sangat … aku tetiba jadi tawar hati .

aku dah tak mampu nak menerima dia dalam hidup aku tapi dipaksa oleh orang sekeliling aku … mereka suruh aku bersabar demi anak yang aku kandungkan … sakit sangat hati ni hanya allah saja yang tau . selama 4 tahun bernikah aku belum punyai zuriat.

macam-macam tomahan yang dia lemparkan pada aku . dia cakap aku mandul dan macam-macam . tapi bila allah memberi aku rezeki untuk menjadi ibu tahun ni , dia mempermainkan perasaan aku. Hanya satu aku minta doakan bahawa aku kuat untuk menempuhi dugaan ini.. tolong hide profile aku. terima kasih .

Sumber : KRT

Author: fafa