Korek dan makan tahi hidung boleh cegah masalah kaviti, ulser perut dan pelbagai penyakit.

Sejak dari kecil, tabiat mengorek hidung dianggap sebagai perbuatan yang menjijikkan. Bukan sahaja kotor, malah perbuatan itu boleh merisiko kan kulit yang rapuh di dalam hidung, berupaya meningkatkan risiko jangkitan sinus yang menyakitkan.

Bagaimanapun dalam kajian yang dilaporkan Daily Mail mendakwa, individu-individu yang gemar mengorek hidung mereka sebenarnya lebih sihat dan menjadi alasan yang baik mengapa ibu bapa perlu membiarkan anak mereka meneruskan tabiat yang menjijikkan tersebut.

Pakar paru-paru Austria, Professor Friedrich Bischinger, berkata, “Makan sisa-sisa kering (tahi hidung) yang dikorek dari hidung adalah cara terbaik untuk menguatkan sistem imun badan. Dari segi perubatan, ia adalah masuk akal dan satu perkara semula jadi yang sempurna untuk dilakukan.

“Dari segi sistem imun, hidung berfungsi sebagai penapis di mana banyak bakteria-bakteria yang dikumpulkan dan apabila campuran itu tiba di bahagian usus, ia berfungsi sama seperti ubat,” katanya. Saintis dari Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts mendapati

bahawa, mukus yang terkandung di rongga hidung manusia kaya dengan pelbagai bakteria baik, boleh mencegah kaviti yang menyebabkan bakteria melekat di gigi. Dalam kajian yang disiarkan dalam American Society for Microbiology, penemuan mereka juga mendakwa mukus juga boleh

menghalang seseorang individu itu terkena jangkitan pernafasan, ulser perut, malah HIV. Lapor Kidspot, para penyelidik kini sedang cuba menghasilkan ubat gigi sintetik yang mengandungi mukus bagi membantu mengatasi masalah kaviti. Selain itu, gula-gula getah yang mempunyai fungsi yang sama turut dalam perancangan untuk dihasilkan

Jangan Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung

Mengorek hidung dan memakan sisanya adalah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria. Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger berkata, golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh badan mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu. “Dengan mengguna jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama ini tidak dapat di capai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem immunisasi tubuh.

Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semulajadi sempurna untuk dilakukan” katanya. “Dalam kes immunisasi, hidung ialah penapis untuk memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat” katanya.

“Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah yang lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem immunisasi tubuh secara semulajadi dengan percuma” katanya lagi.

Dia memberi contoh, kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ianya menjijikkan dan antisosial. “Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semulajadi sepenuhnya secara perubatan, ia idea yang baik” katanya.

Namu apakah sudut pandangan Islam tentang hukum tahi hidung ini bolehkah dimakan? Prof Bischinger juga mengatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.

Artikel lain Korek hidung ancam nyawa

Korek hidung antara tabiat yang membuatkan ‘peminat tegarnya’ boleh menelan air liur berkali-kali kerana amat mengkhayalkan. Bagaimanapun, tabiat ini berbahaya sebagai rutin kegemaran memandangkan ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kepada kesihatan, selain menyebarkan penyakit pada individu lain menerusi udara.

Kajian saintifik menerusi penyelidikan baharu diterbitkan Jurnal Pernafasan Eropah, menjelaskan tabiat mengorek hidung boleh menyebarkan bakteria berbahaya yang menyebabkan radang paru-paru. Tabiat buruk itu boleh menyebabkan pneumonia, sejenis masalah pembengkakan tisu dalam satu atau kedua bahagian paru-paru.

Kajian dilakukan penyelidik dari Sekolah Perubatan Tropika Liverpool dan menyoroti bagaimana jangkitan bakteria bukan hanya disebarkan sebagai virus udara, selain betapa pentingnya menjaga kebersihan tangan. Menerusi kajian itu, sebahagian daripada penyelidikan, 40 sukarelawan dewasa dibahagikan kepada empat kumpulan dan didedahkan kepada beberapa jenis bakteria.

Dua kumpulan terdedah kepada bakteria di dalam air manakala dua lagi terdedah kepada bakteria kering. Hasil menunjukkan peserta kajian terdedah dan dijangkiti bakteria di udara disebabkan aktiviti mengorek hidung. Penyelidik juga mencatatkan risiko seseorang boleh dijangkiti dengan menyedut udara atau menggosok hidung.

Penyelidik utama yang juga rakan penyelidikan klinikal di Sekolah Perubatan Tropika Liverpool dan Hospital Royal Liverpool, Dr Victoria Connor, berkata jangkitan pneumokokus adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan dianggarkan punca kematian berjumlah 1.3 juta kanak-kanak di bawah lima tahun setiap tahun.

“Mengorek hidung boleh mengancam nyawa, iaitu apabila tabiat ini menyebabkan penyebaran bakteria,” katanya. Beliau berkata, individu dewasa yang menghidap penyakit kronik juga berisiko dijangkiti virus pneumokokus dengan salah satu boleh berlaku disebabkan tabiat itu.

Hasil kajian merumuskan kebersihan tangan baik dan pembersihan mainan kanak-kanak akan mengurangkan risiko jangkitan seperti penyebaran radang paru-paru daripada berlaku. .Katanya, gejala radang paru-paru mungkin berbeza bergantung pada usia seseorang atau masalah perubatan lain mereka hadapi.

Gejala dialami disebabkan serangan bakteria ini: * Batuk dengan kahak menjadi hijau , kuning. * Demam. * Nafas pendek dan lebih cepat bernafas. * Sakit dada dan lebih teruk apabila anda menarik nafas panjang. * Menggigil dan berpeluh. * Hilang selera makan * Kekeliruan dan ketidakstabilan terutama jika anda lebih 65 tahun * Ngilu dan sakit otot

Sumber bharian

Author: fafa