Kucing peliharaan yang agresif ini tiba2 murung seolah2 tahu tuannya ingin pergi buat selamanya.

SIAPA sangka, kucing yang dipelihara dan dibelai setiap hari tiba-tiba murung dan kurang aktif, tidak seperti kebiasaannya. Namun, selepas difikirkan, rupa-rupanya ia menjadi petanda keluarga itu bakal kehilangan insan tersayang.

Sukar untuk dipercayai, namun itu yang dialami seorang wanita, Rosaleeza Mohd Yakub yang kehilangan adik perempuannya, Rosizanie Amira, selepas terlibat kejadian yang tidak diingini di jalan raya kira-kira pukul 12.30 malam, Selasa lalu.

Menurut Rosaleeza, kucing yang dibela adiknya itu kelihatan sugul seolah-olah tahu nasib yang bakal menimpa tuan mereka yang berusia 23 tahun itu .“Sebelum kami dimaklumkan adik terbabit terlibat dalam kejaadian itu, kami perasan kucing dia hanya diam saja.

Sebelum ini kucing-kucing dia kalau nampak ada orang keluar rumah, mereka akan bising. Tapi malam itu kami keluar, kucing-kucing itu masih berjaga tetapi hanya diam dan pandang kami, seolah-olah turut bersedih dan tahu tuan mereka sudah tiada”

Rosaleeza memberitahu adiknya itu ada memaklumkan kepada ibu, dia hendak keluar berjumpa rakannya untuk membuat rawatan bekam namun tidak sangka terbabit akan terlibat dengan kejadian di jalan raya ketika perjalanan pulang malam itu.

Bercerita lanjut, wanita berusia 26 tahun itu berkata, adiknya yang bekerja sebagai jurujual itu seorang yang penyayang dan sangat sukakan haiwan. “Daripada sekolah menengah lagi dia memang seorang yang sangat sayangkan haiwan tak kira haiwan tu kucing atau anjing.

Kalau dia nampak anjing sakit atau tak makan, dia sanggup berhenti tepi jalan dan beri ia makan. “Dia ada bela kucing nak dekat 20 ekor macam tu. Semuanya yang dipungut dan dibawa balik untuk di jaga. Kalau ke kedai dia nampak anak kucing tak bertuan, dia akan bawa balik kucing itu untuk dibela.

“Boleh dikatakan gaji dia setiap bulan hanya tinggal suku sahaja untuk belanja dia. Selebihnya semua dibelanjakan untuk beli makan dan ubat kucing-kucing itu. Kami tahu sifat dia begitu jadi kami tak nak cakap apa sebab tahu sifat penyayangnya terhadap haiwan memang tinggi,” ujarnya dengan nada sebak.

Mengimbau kembali kenangan manis bersama adiknya itu, Rosaleeza berkata Rosiazanie akan menghabiskan masa selama beberapa jam membersihkan kesemua kucing-kucingnya itu sebelum ke tempat kerja. “Setiap hari dia akan bangun pagi-pagi untuk kemas sangkar kucing dan

akan habiskan masa selama tiga jam untuk belek serta bersihkan kucing satu per satu sebelum ke tempat kerja. “Namun selepas beliau tiada, saya yang mengambil alih tugas adik menjaga dan membersihkan kucing. Bagaimana beliau jaga mereka, saya cuba jaga mereka begitu juga.

Ia serba sedikit dapat mengurangkan rasa rindu kepada adik. “Saya bercakap dengan kucing-kucing dia yang tuan mereka sudah tiada namun mereka seolah-olah faham dan masuk sendiri ke dalam sangkar. Betullah orang cakap, kucing juga ada perasaan,” katanya.

Kisah pemergian Rosizanie menghadap ilahi selepas terbabit tragedi di Melaka Sentral, Selasa lalu mendapat perhatian ramai apabila sepupunya dengan Tweethandle @ntshrazi memuatnaik status meminta bantuan ramai mencari individu lain yang turut terlibat dalam kejadian itu sama.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang ingin membantu dengan lebih 12,000 ulang kicau dan lebih 4,000 tanda suka di laman Twitter. “Malam tu ramai yang mengatakan ia kes lnggar lari. Tapi selepas meneliti CCTV di lokasi kejadian, pihak polis menyatakan ia bukan kes lnggar lari

dan masih dalam siasatan pihak polis. “Individu terbabit juga sudah memberi kenyataan kelmarin. Kami serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan, katanya. Bercerita mengenai perwatakan adiknya itu, Rosaleeza sebagai ahli keluarga yang paling rapat dengan adiknya memberitahu adiknya itu seorang yang periang dan suka menyakat adik-beradik lain.

“Saya antara yang paling rapat dengan dia dalam rumah ni. Saya boleh katakan dia seorang yang periang, gila-gila, dia suka sakat adik-beradik lain dan anak buah. “Memang dialah yang akan meriuhkan rumah ni. Bila dia sudah tiada, saya sangat-sangat terasa. “Mak sukar untuk terima kerana dia asyik teringat beliau sebab dia seorang yang sangat periang di rumah.

Mak beritahu dia terbayang-bayangkan adik. Sudah sampai masanya, Allah lebih sayangkan dia jadi kami reda,” jelasnya. Jasad Rosizanie selamat disembahyangkan di Masjid Ul-Ukhuwah, Kg Padang, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Padang, Melaka, Rabu.

Sumber: mStar

Perkara Yang Kucing tak Suka Manusia Lakukan

Ada sebab mengapa kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang paling popular di dunia. Mereka comel, bersifat ingin tahu, suka bermain dan agak kelakar. Walau bagaimanapun, kucing merupakan makhluk yang sangat teliti dan setiap kucing juga mempunyai satu senarai tersendiri untuk menyukai dan tidak menyukai sesuatu perkara. Berikut adalah senarai perkara yang boleh membuatkan sesetengah kucing comel anda tidak gembira!

1- Menaiki Kereta

Sama seperti manusia, kucing adalah makhluk kebiasaan. Mereka amat suka mempunyai wilayah mereka dan rutin mereka sendiri, dan benar-benar benci kalau apa-apa bentuk perubahan berlaku. jika anda tidak begitu setuju dengan pendapat ini, cuba anda tambahkan satu rutin baru iaitu membawa ia menaiki kereta dan mungkin anda akan mempunyai seekor kucing yang yang tidak berpuas hati.

Walaupun begitu, sesetengah kucing sebenarnya tidak suka menaiki kereta atas sebab yang baik yakni mereka terdedah kepada mabyuk saat naik kereta, dan boleh muntah daripada kebimbangan yang dirasainya dengan serta-merta. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang kenapa kucing tidak suka menaiki kereta di laman berbahasa Inggeris ini.

2- Mandi

Nah, pasti anda pernah mengalami situasi yang agak sukar ketika pertama kali memandikan kucing, bukan? Anda yakin tidak pernah? Sebenarnya kucing tidak begitu suka dengan keadaan dirinya dibasahi air. Sudah menjadi tugasnya memandikan dirinya sendiri dan ini adalah semulajadi kerana lidah kucing sangat unik.

Secara puratanya, kebanyakan kucing indoor akan menggunakan segala hikmat lawan sakti terunggulnya untuk mengelakkan dirinya daripada air. Anda tidak bersetuju dengan saya? Tidak mengapa. jika berpeluang boleh lah cuba membaca artikel berbahasa Inggeris tentang isu ini di laman ini ya.

3- Digosok/Digeletek/Dibelai Perutnya

Salah satu kawasan tubuh yang agak sensitif buat kucing adalah perutnya. Naluri pemangsa kucing masih lagi utuh, dan perut adalah mungkin kawasan kucing yang paling lemah. Membelai perut kucing comel sering mencetuskan reaksi defensif.

Kucing anda mungkin menyrang tangan anda dengan keempat-empat kaki dan keempat-empat set kukunya akan terkeluar. Eh, admin ni memandai je kan. Jangan risau, tiada masalah untuk tidak mempercayai admin. Anda boleh cuba rujuk laman berbahasa Inggeris ini jika ada masa.

4- Membelainya Dengan Agresif

Kucing anda mungkin ingin berpura-pura ia adalah kasar dan merupakan pemangsa yang ganas, tetapi sebenarnya kucing adalah makhluk yang sangat lembut. Membelai kucing anda dengan terlalu keras atau agresif mungkin akan menyakitkan hati kucing anda dan menyebabkan ia

menghentam anda dengan kaki (atau kukunya). Membelai terlalu agresif lebih merangsang kucing anda dan mencetuskan tindak balas perjuangannya yang luar biasa itu. Laman sesawang berbahasa Inggeris ini mungkin boleh dijadikan sedikit rujukan buat anda.

5- Bunyi Yang Bising

Satu bunyi yang kuat mampu mencetuskan tindak balas melompat ketakutan pada kucing yang mana ia menyangkakan yang sesuana bising itu adalah situasi yang amat merbahaya. Anda boleh lihat keadaanya yang sedemikian bila ia berhadapan dengan suasana keriuhan letu pan mercun

dan letu pan bunga api, bunyi hon kereta atau ada acara yang agak bising. Kadang-kadang anda hanya perlu bersin sahaja untuk melihat kucing comel anda berkeadaan sedemikian. Boleh rujuk di laman berbahasa Inggeris ini jika ada masa terluang.

6- Ketika Disikat

Sesetengah kucing mungkin OK ketika diberus/disikat, terutamanya jika pemilik mereka telah melatih mereka untuk bertolak ansur dari usia yang muda. Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati bahawa kucing anda akan berjuang dan cuba untuk melarikan diri jika anda datang

kepada mereka dengan sikat di tangan. Kucing adalah makhluk yang sangat berubah-ubah dan jika mereka tidak merasa hendak disikat, mereka pasti akan memberitahu anda. Laman berbahasa Inggeris ini ada bercerita tentang perkara ini.

7- Memotong/Trim Kuku

Anda mungkin akan bernasib baik dan mempunyai kucing comel yang dapat bertoleransi ketika pemotongan/trim kuku. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar kucing anda akan menentang usaha anda itu atas dasar mempertahankan dirinya. Nak tahu cara memotong kuku kucing dengan selamat? Mungkin laman sesawang berbahasa inggeris ini boleh membantu anda.

8- Kucing lain di Wilayah Jajahan Mereka

Melainkan jika ia adalah saudara atau rakan serumah, kucing biasanya tidak suka kucing lain. Ini adalah merupakan sifat semulajadinya. Kucing secara semula jadi makhluk bersendirian dan pasti akan melihat kucing lain sebagai persaingan untuk makanan, mainan, layanan dan perhatian.

9- Terlebih Perhatian

Percaya atau tidak, kucing hanya memerlukan perhatian pada jumlah tertentu sahaja. Kebanyakan kucing tidak boleh tahan jika anda sentiasa mengikuti mereka dipersekitarannya, mendukungnya sepanjang masa atau memaksa mereka agar anda dapat membelai mereka dalam masa

yang lama. Sebenarnya kucing akan memberitahu anda jika ia perlukan perhatian anda, selalunya dengan mengeow tanpa henti atau menggosok dirinya pada kaki anda semanja-manjanya. Jadi tidak perlu anda memaksanya ya.

10- Tidak Cukup Perhatian

Mengabaikan kucing anda ketika ia mahu perhatian akan menimbulkan tindak balas yang agak negatif juga. Sesetengah kucing akan mengalami keresahan atau tekanan jika dibiarkan tanpa perhatian pada jangka waktu yang terlalu lama.

Ini boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak baik akan berlaku pada kucing comel kesayangan anda. Anda ingin berkongsikan perkara lain yang boleh mengganggu gugat perasaan gembira kucing comel anda? Apa kata anda kongsikan di ruang komen di bawah dengan hati yang iklhlas.

Sumber: kucingcomelmeow.my

Author: fafa