Lawatan Syed Saddiq ke Sabah, ntizen sedih sebab dah berkali tegur berkaitan aurat tapi macam tak diendahkan

Mempunyai wajah dan susuk tubuh yang menarik, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sering menjadi tumpuan netizen. Menerusi Instagramnya, dia telah memuat naik satu foto lawatannya ke Sabah untuk tujuan membangunkan sukan di kawasan luar bandar. Namun, foto yang dimuat naiknya itu menjadi kontroversi apabila netizen mempersoalkan tentang auratnya yang memakai seluar pendek ketika menaiki bot. Wow YB!

Sukan luar bandar

Sabah, Kunak, Semporna & Mabul. Great day of #SukanLuarBandar bersama anak muda Mabul. Saya akan bangunkan basketball court yang berbumbung & dilengkapi peralatan untuk sukan malam. Prioriti utama KBS adalah untuk membangunkan Sukan Luar Bandar. Jumpa lagi pada bulan depan Sabah! #SukanLuarBandar #YouthPower

Menerusi Instagram, Syed Saddiq telah membuat satu lawatan khas ke Sabah untuk memajukan sukan luar bandar di negeri berkenaan. Menurutnya, dia akan membangunkan gelanggang bola keranjang yang dilengkapi bumbung serta peralatan yang secukupnya buat golongan muda di kawasan tersebut. Dengan adanya kemudahan tersebut, golongan muda boleh berekreasi pada waktu malam.

Mohon tutup sikit aurat

Kacak.gasgets : “Mazhab Hanafi daan Hambali berpendapat, Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hinggar lutut daripada dilihat oleh lelaki ataupun perempuan yang buakn mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya.” Nr.Ayuniie : “Yb, mohon tutup sikit aurat tu. Takut nanti ada komen pecah ovari sebab tak tahan nampak bulu kaki YB.

Shafiqahiskandar_ : “Sedih bila dah berkali-kali orang bagi teguran kat YB berkaitan aurat tapi macam tak diendahkan langsung. kepimpinan melalui teladan kan.” Missamyly : “Aurat ke tu eh, pemimpin ke.” Asrafkamis : “Aurat bodo” ..

Menerusi foto yang dimuat naik Syed Saddiq, rata-rata netizen tinggalkan komen tentang auratnya. Mereka meluahkan rasa kecewa terhadap dirinya dan memohon supaya dia menjaga auratnya. Menurut netizen, sebagai seorang pemimpin dia perlu tahu mengenai hal tersebut.

Melampau kecam

Nrlaqmarina : “Mesti ada yang comment pasal aurat leps ni anyways enjoy your trip YB.” Harisdada : “Aduh tegur diam-diam pm dia lah… Melampau naw kecam depan-depan. Yang artis freehair bersepah tu diam plakk…. Cermin diri dulu sebelum nak kecam orang sangat..”

Syedabdullah1989 : “Im here to read the comments.” Walaupun majoriti netizen kecam foto berkenaan, masih ada lagi netizen yang memberikan komen positif dan memberi sokongan terhadap Syed Saddiq termasuk abangnya, Syed Abdullah.

Sumber: Syed Saddiq

Author: fafa