Lelaki berusia 30 tahun kantoi ponteng puasa dengan alasan tak sahur. Beliau cuba larikan diri dari pihak berkuasa.

Seorang lelaki berusia 30 tahun dikatakan telah dic ekup oleh pihak berkuasa selepas ‘kantoi’ ponteng puasa dan makan di khalayak ramai. Kejadian tersebut berlaku di Alor Setar, Kedah ketika operasi sedang dijalankan pagi tadi, 8 Mei 2019.

Kejadian tersebut berlaku di Alor Setar, Kedah ketika operasi sedang dijalankan pagi tadi, 8 Mei 2019. Lelaki itu turut memberi alasan tidak bersahur dan menjadikan itu sebagai ‘tiket’ untuk tidak berpuasa dan terpaksa makan di sebuah kedai makan bukan Islam.

Menurut laporan, lelaki tersebut ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bermula jam 11 pagi. Namun, masih cuba untuk melarikan diri sebaik sahaja dia menyedari kehadiran pihak berkuasa ketika sedang menjamu nasi goreng bersama teh o ais.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kedah, Syeikh Azhari Mohamad menjelaskan bahawa lelaki itu tidak menafikan bahawa dia tidak berpuasa. Sejurus ditahan, lelaki itu disaman mengikut Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan

Jenyah Syariah Kedah 2014 kerana makan di tempat awam dan juga tidak menghormati bulan Ramadan. Tambahan lagi, dalam operasi yang dibuat pagi tadi, pihak mereka telah mengeluarkan sebanyak tiga saman ke atas individu yang dikesan makan di tempat awam dan merokok di khalayak ramai.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit bakal didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan ditahan dalam pintu pagar besi atau kedua-dua sekali. Seramai 25 orang anggota penguatkuasa termasuk dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar

telah melakukan operasi di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi tumpuan untuk kaki ponteng puasa. Malah, ada juga individu yang dikesan sedang makan di pondok rehat turut bertempiaran lari sebaik sahaja melihat kelibat penguatkuasa JAIK.

Pelbagai jenis perangai ‘kaki ponteng’ puasa yang ditemui ketika operasi dijalankan

Hasil pemeriksaan turut menemui bungkusan nasi dan minuman yang baru dibuka bersepah di meja pondok. Malah, seorang lelaki berusia 30 tahun sanggup memanjat kaki gunung sejauh kira-kira 80 meter kerana takut dic ekup oleh pihak berkuasa atas kesalahan merokok. Lelaki itu kemudiannya terpaksa turun ke pondok rehat dan turut diberikan surat saman oleh pihak berkuasa.


Gambar sekadar hiasan.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa di seluruh daerah di negeri ini dan tujuan kita hanya untuk mencegah kaki ponteng puasa supaya menghormati bulan puasa.”Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kedah, Syeikh Azhari Mohamad. Tak dapat apa pun kalau ponteng puasa ya. Dah besar kot, pandai-pandailah fikir.

Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti akan muncul ‘geng plastik hitam’ dan ‘pandu lalu’ di beberapa restoran popular di sekitar bandar raya ini. Mereka akan datang membuat pesanan makanan, yang kemudiannya dibungkus dalam plastik hitam, sebelum berlalu pergi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin mengakui, sukar untuk membanteras perkara itu kerana undang-undang hanya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang makan di khalayak ramai.

Pihak penguatkuasa hanya boleh memberi nasihat supaya mereka tidak mengulanginya kerana ia boleh memberi gambaran buruk terhadap Islam. “Walaupun mungkin mereka ada alasan tertentu, tetapi maruah agama mereka patut jaga. Kalau nak beli (makanan) pun, beradap dan menjaga agama.

Jangan berlaku biadap dengan Tuhan. “Selama mana kita nak berlaku biadap dengan Tuhan? Selama mana kita nak mencemarkan imej agama? Kalau dia enggan berpuasa, biarlah dosa dia sendiri dengan Tuhan tapi jangan berlaku biadap.

“Perlakuan kita seolah-olah mencabar Tuhan dan mencabar kemurnian, kesucian agama yang dianuti,” katanya. Mohd Yusop berkata, cadangan supaya dihadkan waktu perniagaan restoran makanan Islam dianggap tidak sesuai kerana premis itu turut dikunjungi pelanggan bukan Islam.

Pada masa sama, JAIPk melalui khutbah jumaat mengingatkan para peniaga supaya tidak bersubahat dengan golongan yang tidak mahu berpuasa. Restoran yang sering menjadi tumpuan juga akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

Bulan Ramadan ini ramai golongan kaki ponteng puasa atau dikenali Geng Plastik Hitam terus menjadikan beberapa restoran mamak sekitar ibu kota sebagai lokasi untuk mendapatkan bekalan makanan. Tinjauan wartawan Harian Metro semalam, mendapati pelbagai gelagat kaki ponteng puasa

dapat dilihat di beberapa restoran sekitar Bangsar, Cheras dan Gombak sekitar jam 11 pagi hingga 2 petang. Sepanjang tempoh tiga jam pemantauan, terdapat kira-kira 50 individu yang kebanyakannya lelaki muncul membeli bungkusan nasi di salah sebuah restoran terletak di Bangsar di sini.

Turut menarik perhatian wartawan apabila kaki ponteng puasa ini berkumpul di hadapan premis dan menggunakan bahasa isyarat yang hanya difahami peniaga untuk memilih lauk dijual. Kebanyakan mereka ini dilihat berlakon seolah-olah sedang menunggu kenalan di kaki lima premis

serta berbual menggunakan telefon pintar. Kebanyakan mereka kemudian bergegas tinggalkan pemis sama ada menaiki kereta atau menunggang motosikal sejurus menerima bungkusan nasi daripada pekerja premis. Seorang eksekutif syarikat yang mahu dikenali sebagai Muhd Khairie Muhd

Nasir, 41 berkata, dia meluat apabila melihat gelagat kaki ponteng puasa berkeliaran membeli nasi bungkus atau minuman di kedai mamak berhampiran pejabatnya itu. “Mereka ini kebiasaannya muncul menaiki motosikal sebelum membungkus makanan.

“Malah ada antara mereka dengan selamba makan di kedai berkenaan tanpa memikirkan soal sensitiviti umat Islam yang lain. Soal dosa mungkin tidak langsung difikirkan,”katanya. Menurutnya, walaupun tindakan serbuan pernah dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) namun golongan ini masih tidak serik

dan terus muncul di premis berkenaan. “Mereka ini memalukan umat Islam. Mungkin mereka mempunyai alasan untuk tidak berpuasa tetapi mereka perlu hormat orang lain yang berpuasa. Malah ini memberi gambaran tidak baik kepada orang bukan Islam,” katanya.

Sumber : Hmetro

Author: fafa