Lelaki demam order makanan dapat sekali panadol, keikhlasan penghantar makanan ini dapat pujian ramai

APABILA badan rasa tidak sihat, ada tanda-tanda nak demam panas, yang ada dalam fikiran hanyalah mahu baring sahaja. Tapi kalau dibiarkan saja keadaan bertambah melarat, perut pun tidak boleh dibiarkan kosong dan perlu makan ubat untuk segera sembuh. Mujur ada penghantar makanan yang membantu, demikian luahan seorang pemuda ketika sakit dan terlantar di rumah.

“Moga dimurahkan rezeki bro McDelivery,” menurut perkongsiannya yang turut dimuat naik gambar bubur yang dipesannya bersama ubat panadol, di laman sosial Twitter dengan lebih 26,000 kali diulang kicau. Pelanggan yang membuat pesanan itu, Wan Amirul Izarin Wan Izwan Shah berkata, dia mengalami demam panas sejak petang Isnin dan keseorangan di rumah berikutan keluarganya pulang ke kampung di Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha.

Perkongsian Wan Amirul mengenai seorang penghantar makanan yang sudi membantu membelikan ubat.

Pemuda berusia 23 tahun itu menjelaskan dia tidak ikut serta pulang ke kampung kerana mempunyai komitmen kerja. “Demam sejak petang Isnin dan saya buat pesanan malam tu. Tak adalah sampai menggigil demam tu, tapi memang badan lesu dan tak larat nak keluar rumah. “Saya buat pesanan penghantaran terus ke rumah sebab tak sihat.

Tak ada minta tolong sesiapa sebab masa dah sakit sangat tu hampir tengah malam,” katanya kepada mStar. Wan Amirul yang menetap di Subang Jaya, Selangor berkata, dia ada membuat permintaan khas melalui pesanan, meminta budak penghantar membantu membelikannya panadol sekiranya tidak keberatan sebelum menghantar makanan.

“Bila rider (penghantar makanan) tu sampai ke rumah, tiba-tiba dia kata dia beli sepapan ubat panadol. Memang tak sangka pun dia beli. “Saya hanya mampu cakap terima kasih. Tapi terharu sebab dia sanggup singgah beli ubat kat kedai dahulu sebelum hantar makanan kat saya,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Wan Amirul membuat permintaan khas ketika memesan makanan.

Walaupun apa yang dilakukan penghantar makanan itu mungkin dianggap kecil bagi segelintir orang, tapi ia sebenarnya begitu besar buat Wan Amirul. “Syukur Alhamdulillah, memang tak sangka dia sanggup belikan. Suara dia memang serius mungkin sebab dah penat tengah malam,” katanya sambil menambah penghantar makanan itu berusia dalam lingkungan 20an.

Saya masih tak sihat sepenuhnya esoknya, tapi beransur pulih dan dapat juga pergi kerja walaupun separuh hari- WAN AMIRUL

Wan Amirul yang bekerja sebagai jurutera rangkaian itu turut bersyukur selama ini mendapat layanan dan perkhidmatan yang baik daripada penghantar makanan. “Sebelum ni pun rider yang saya dapat semua OK. Tak ada attitude (sikap)yang negatif. Terima kasih kepada bro McDelivery tu. “Saya masih tak sihat sepenuhnya esoknya (Selasa), tapi beransur pulih dan dapat juga pergi kerja walaupun separuh hari,” katanya.

Wan Amirul terharu dengan pertolongan seorang penghantar makanan.

Sementara itu, rata-rata netizen turut menghargai keikhlasan penghantar makanan segera kerana sudi membantu seorang pelanggan yang kurang sihat. “Sepapan dia bagi kau. Semoga cepat sembuh,” tulis seorang netizen. “Jenis ikhlas buat kerja untuk pelanggan. Esok lusa ping melonjak naik mana tahu. Amin,” puji seorang netizen.

Sebahagian komen netizen yang memuji tindakan penghantar makanan itu.

“Semoga cepat sembuh, Amin. Semoga diberi kemurahan rezeki rider tu. Semua orang doakan dia. InsyaAllah murah nanti rezeki dia,” kata yang lain. “Dia ada common sense yang sangat tinggi ye, bagusnya,” komen netizen. “Bukan senang nak jumpa orang boleh tolong orang yang kita tak kenal. Sungguhlah abang McD ni baik betul,” ujar yang lain.

sumber : mstar

Artikel lain : Ayah dah bagi duit suruh naik lrt, tapi tak sanggup tinggal ayah sorang diri, nasib lah ada yang baik hati nak membantu ayah.

Jika kita menabur kebaikan, maka kita akan menuai hasil kebaikan yang sama. Begitulah konsep dalam kehidupan. Jika kita berbuat baik dengan orang lain, tidak mustahil bila kita memerlukan bantuan, akan ada insan yang Tuhan hadirkan untuk membantu kita. Seperti perkongsian oleh seorang gadis mengenai kejadian yang menimpanya baru-baru ini. Dia yang selesai menjalani temuduga, menaiki motosikal bersama ayahnya untuk pulang ke rumah.

Namun secara kebetulan, minyak motor lupa diisi menyebabkan mereka berdua terkandas di tepi jalan besar. Yang kesiannya, tiada satu kenderaan pun yang berhenti menawarkan bantuan. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki Cina yang berhati baik membantu mereka berdua. Mungkin ini hanya secebis kisah biasa,

namun membawa makna dan nilai pengajaran yang besar jika dipandang daripada sudut yang positif. Ikuti perkongsian di bawah. “Kita buat baik dkt org, bila kita susah mesti ada org tolong kita balik” – abah. Abah mmg menjenkelkan. TAPI he did everything for his children. Hrini abah bwk aku pegi interview kerja. Tetibe…

”Habis interview motor abah habis minyak..”

Ok sambung. Harini aku interview kerja dekat bukit jalil. Memang selalu abah yang bawak aku pegi. After interview masa nak otw balik tetibe moto abah hbis minyak. Abah terlupa isi minyak sblm gerak tdi. So kitorg pun park lah dkt bus stop tepi apartment anggun bukit jalil smbil memikior. Macam mana nk gerakkan moto lagend abah tu. Petrolpum still jauh dri situ. Abah bagi aku duit suruh naik lrt bukit jalil tpi aku taknak.

Yela bapak aku takkan jadi mcm ni klau tk sbb aku kena interview kan?.  so aku stay. About 5mins fkir dgn abah mana nk cari botol isi minyak. So aku pun ckp lah dkt abah “takpelah kita tolak je moto dlu smpai petrolpum kt sana mesti ada botol”. Aku amik gmbr ni nk tunjuk dkt mak bukti kitorg marathon harini, so baru je kitorg bukak beberapa langkah.

”Uncle cina datang offer belikan minyak”

Dtg la sorg uncle cina ni. Dia rushing keluar dri apartment ke kereta dia. Park dkt bus stop yg sama. So dia tnya abah aku what happen!! Ayah aku pun citer la. Uncle tu offer nk pergi belikan minyak eventho aku nmpak dia rushing. Ayah aku hulur duit dia kata “aiyaa lepas beli ma”. ”Tak payah bayar, saya tolong you hari ini nanti orang tolong saya” Uncle tu siap ckp” tnggu dlm 10mins aaa”. After 10mins uncle tu pun smpai bwk tong mnyak weh. Sbb yela abah aku tkde botol spare.

Kalau ikut tong full minyk utk tank rm7 centu la. Ayah aku hulur balik rm5. Dia ckp “tak payah payah saya tolong you hari ini nanti org tolong saya punyaa”. ”Mungkin kebaikan kita yang lepas berbalas pada kita hari ini..” Lalu.. aku pun berangkat pulang ke rumah bersama bapak dengan membawa satu VIBES!! Abah cakap dengan aku lepas start moto “mungkin kebaikan kita yang lepas yang kita penah tolong orang sebelum ni ke, berbalas pada kita harini. Alhamdulillah”.

 ”Abah dengan uncle is the best” Apa pun abah dgn uncle cina tu is the best for today. Abah susah payah bawak aku interview, uncle tu pulak susah payah belikan minyak untuk kami dua beranak boleh bergerak balik. Punyalah banyak kereta moto yang lalu tepi jalan besar tu, uncle tu lah yang offerkan diri. Thankyou uncle!. Sophia Safian -Semoga masih ramai insan berhati mulia macam Uncle ni dalam Malaysia.

To Admin, dalam posting awak tu ada salah eja Petrol pump jadi “Petroleum” min. Gigih sis pikir biar betul abah tu tolak motor cari petroleum. Indera indra – Bagi aku ibu adalah yang terbaik.. ayah aku? Allah lebih mengetahui jalan ceritanya. Walauapapun ayah dah buat pada kami Moga Allah ampunkan dosanya dan moga Allah beri ayah peluang untuk berubah dan bertaubat. 

Arif Nizam – Tahniah uncle cina. (Membantu orang dalam kesusahan) Tahniah anak gadis. (Tak ramai dah gadis yang sanggup naik moto buruk dengan bapa sekarang ni). Tahniah pakcik (Berjaya mendidik anak dengan kualiti hebat sebagai bapa) Awesome!!. Liz Sandra – Untuk mu wahai anak ..hargai lah pengorbanan ibu dan ayah mu .. dahulu kan mereka ,kerana mereka terlah banyak berkorban untuk anak anak.. dan sentiasa bersangka baik dengan sesama manusia ..

walaupun. Berkira biasa sangat agama . Epin Lelong – Pak cik baca komen netizen rata rata menyejukan hati dan perasaan pak cik yg juga bergelar ayah. inilah kisah dan teladan terbaik dari jan hga june 2019..jelas rakyat Malaysia masih ramai yg baik. pak cik yakin. permudahkanlah. insyaallah. aamiin. Cahaya Asmad – moga awk di terima kerja dan berbakti semula pd mak ayah awk. jgn sombong bila senang ..

jangan lupa mak ayah..kenang jasa diaorg smpai bila bila. Lidyadianalee Diana – Syukur akhamdulillah masih adew yang tak memilih kaum untuk membantu…betullah kata pakcik tu.. mungkin dulu pernah tolong orang sekarang orang tolong kita balik. Epin Lelong – Perkongsian cerita yg menarik. ada 3 perkara menarik perhatian saya.

pertama. hidup jgn terlalu memilih untuk membantu di negara kita yg berbilang kaum. ke dua. anda mendapat seorang ayah yg baik dan bertangongjawap. ke tiga. anda layak dijadikan menantu terpuji terbaik tercantik bla bla bla kerana zaman sekarang payah anak gadis nak naik motor dengan ayah apalagi tolak motor bersama kerana kehabisan minyak. ini sekadar pandangan peribadi pak cik shj.

kebetulan semalam van pakcik juga bermasalah depan sekolah kat Salak tinggi ada hamba Allah sudi menolong. ribuan terima kasih saya ucapkan hanya tuhan saja yg dapat membalas jasabaik tuan. ingatlah contoh utk kita. DYMM AGONG pun berhentikan kerete turun memolong rakyat yang terlibat dalam kejadian yang tidal diigini knp kita tidak?.

buatmu anak pak cik berpesan buatlah kebaikan pada orang lain krn kebaikan akan berbalas kebaikan jua.begitu juga sebaliknya.cuma ia datang berbalas cepat atau lambat.namun itu pasti.awak adalah gadis terbaik.semoga berjaya dlm temudugamu. salam.

Sumber: Apampink

Author: Iqbal