Lelaki gigih beli kopi setiap hari demi nak pikat hati crush, akhirnya disahkan hidap kencing manis

Seorang lelaki Taiwan disahkan menghidap diabetes selepas kerap membeli kopi setiap hari di kedai 7-Eleven kerana menaruh hati terhadap salah seorang pekerja wanita di premis tersebut. Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu berkongsi mengenai kisahnya di sebuah forum, Dcard, pada Isnin lalu.

Lelaki berkenaan cuba mendekati wanita itu sejak dua tahun lalu apabila dia ternampak ‘cinta hatinya’ itu di premis tersebut. Demi mendapatkan perhatian dan mahu wanita itu mengingatinya, lelaki itu mengambil keputusan untuk memesan kopi dengan permintaan lima sudu gula. Terkejut dengan permintaan itu, wanita berkenaan bertanya, “Tak terlalu manis ke?”. Lelaki itu membalas, “Tak semanis awak,” katanya membuatkan wanita itu tersenyum.

Sejak dari itu, dia kerap datang ke premis tersebut untuk memesan kopi dengan jumlah gula yang sama. Namun, keadaan menjadi buruk apabila doktor mengesahkan lelaki itu menghidap diabetes akibat perbuatannya itu. Ada netizen yang bersimpati, tidak kurang juga yang meragui kesahihan ceritanya.

Sumber: mymediahub

Artikel lain : Untung sangat suami jika isteri ada 3 sikap ini, maka setialah padanya dan berikan kebahagian pada isteri sebaiknya

Isteri ini macam mana susah pun kehidupan suami, dia takkan senang-senang ambil keputusan untuk tinggalkan pergi atau pasang badan cari pengganti. Hish! Simpang lah benda-benda semacam itu. Sebabnya, isteri ini memang terkenal dengan sifat setia nak kata ‘membuta tuli’ pun iya. Tak percaya? Sebabnya cuba kalau suami merayu-rayu minta pinjam duit. Ada isteri kata, “tak ada bang..” Paling tidak akan dikoreklah mana-mana tabungan yang ada untuk diberikan pada suami.

Cuba kalau isteri yang minta dekat suami. Hmm.. memang taklah mendapat. Eh, tapi cerita atas tu bukan semua suami. Kang sentap pula suami-suami yang bertanggungjawab lagi luhur budi pekerti ini. Cerita atas itu adalah kisah kebanyakan suami-suami yang ada di Malaysia ini. Mereka lebih rela belanja kawan-kawan, dari anak isteri sendiri. Alasannya, anak isteri dah dibelikan siap-siap barang-barang dapur. So.. nak apa lagi?

Kalau nak dikisahkan hal di atas sampai seribu satu malam pun tak habis. Panjang catatannya nanti. Paling tidak, muak nanti lelaki baca hal-hal yang menjentik emosi mereka. Jadi terus sajalah masuk pada tajuk perbincangannya. Tentang ciri-ciri isteri yang tak seharusnya suami lepaskan apatah lagi persia-siakan. Sebab bukan senang nak jumpa, tapi jika terjumpa walau 2 ciri pun suami dah kena pegang kemas-kemas. Jangan lepas. Kalau tak rugilah hidup kome sepanjang hayat.

1. Isteri Yang Tak Pernah Berkira Dengan Suami Yang Gaji Kecil

Bukan semua orang lelaki rezekinya melimpah ruah. Ada orang tuhan uji dengan had pendapatan yang cukup-cukup makan untuk menampung kehidupan ahli keluarganya. Tapi isteri yang sabar, dia tak merungut. Bila suami bergaji kecil dia tak meminta itu dan ini. Sebaliknya, dia pula yang berusaha gigih membantu menambah pendapatan suami.

Tak kiralah dia bekerja sampingan atau buat kerja yang tak perlu keluar rumah. Misalnya menjaga anak orang. Haa.. semua itu dilakukan dengan ikhlas sebab nak memudahkan kerja suami. Jangan pula bila isteri dah setia hujung nyawa tu, suami lemparkan kata-kata, “Kalau aku tak kerja, kebulurlah korang anak beranak.” Atau “Hidup aku ni susah sebab kena tanggung mulut kau dan anak-anak.” Ewah.. ewah, senangnya berkata-kata ya. Isteri dan anak-anak itu amanah yang tuhan beri untuk dijaga, dipelihara dengan panduan yang telah tuhan tetapkan.

2. Isteri Yang Terima Seadanya Walau Terpaksa Tinggal Di Rumah Kecil

Bukan rumah besar atau kecil yang menentukan bahagia sesebuah rumah tangga. Bahagia itu dapat diperoleh bila hati suami atau isteri saling belajar mensyukuri nikmat yang tuhan beri. Kalau dah rumah kecil mampunya suami, isteri happy saja membesarkan anak-anak di situ. Terjaga elok pula tu, rumah yang suami sediakan. Malah, rahmat dan keberkatannya melimpah ruah nanti. Sampaikan bahagia itu tak lagi diletakkan pada nilai harta benda. Dan tak senang sebenarnya nak jumpa isteri-isteri yang sebegini di zaman serba mencabar ini.

3. Isteri Yang Melihat Keupayaan Suami Dengan Mata Hati

Faham tak maksud ini? Suami jangan nak macam-macam. Isteri ini kalau dia nampak suaminya susah, dia pun hatinya susah sama. Masa inilah dia akan merasai apa yang suami alami. Rasa nak tukar ganti tempat suami dengan dirinya. Tapi mana boleh buat macam itu kan. Jadi dia akan belajar untuk memperbaiki diri, supaya dia tak menjadi seorang isteri yang memberi beban pada suaminya. Kalau dia tak pandai masak, dia akan belajar memasak sampai boleh berniaga. Dari situlah dia dapat cari pendapatan lebih nak bantu suaminya.

Sebab dia tahu, had keupayaan suaminya. Yang kalau dipaksa-paksa nanti akan membuatkan suami lebih bertambah susah hati. Jika anda dapat isteri yang begini sifatnya, sayangilah mereka. Lindungi mereka dengan apa pun kemampuan yang anda ada wahai suami. Kerana merekalah isteri terbaik yang telah tuhan berikan kepada anda sebenarnya. Dan percayalah, jika anda menjaga amanah ini dengan baik, tak merungut malah redha.

Allah akan gantikan kesukaran itu dengan kesenangan. Ganjarannya nanti anda sendiri tak kan sangka pun. Tapi kenalah ikhlaskan hati tu ya. Sebab hidup kat dunia inikan semuanya ujian. Ingatlah tak ada satu pun yang jadi milik kita sebenarnya. Semua ini pinjaman dariNya yang suatu hari nanti kita kena pulangkan juga. Jangan Lupa Komen

Artikel lain : Bahagiakan hati isteri anda, baru kebahagiaan dan rezeki akan datang melimpah ruah

Apakah kaitannya rezeki dengan isteri? Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang senantiasa bersyukur.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang kaitan murah rezeki dengan isteri. Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer. Kenapa yer ustaz? Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apa pun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.

Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita. Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita. Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya. Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.

Silaturrahim membuka pintu rezeki, inikan bersama isteri kita yang tercinta. Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah. Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.

Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah. Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami walau dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar.

Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami agar sentiasa memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri. Apa pendapat anda? Dah Baca, jangan lupa komen dan share ye. Terima Kasih kerana sudi membaca perkongsian ini!

Sumber : akuokay

Author: Iqbal