Lelaki ini gunakan minyak masak sebagai minyak enjin kereta selama 2 tahun. tapi keretanya langsung tiada masalah

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih atau 2 tahun lebih pakai minyak masak dekat kereta hitam ni. Kisahnya aku pernah tengok dekat youtube vide0 orang tuang minyak masak dekat kereta wira dia. Katanya dah 10 tahun pakai minyak masak jer. Ulang alik dari Kedah ke Pulau Pinang ok jer.

Tiada sebarang masalah. Tengok dekat komen-komen, macam biasalah akan terpecah kepada dua kelompok. Satu kelompok setuju, yang setuju ni sebab kelompok ni pun pakai jugak minyak masak. Satu kelompok lagi tak setuju, yang tak setuju ni tak pernah cuba pakai, cuma guna teori-teori jer.

Aku pun nak tengok sape betul sape tak, aku pun cuba jugak la tuang. Sebelum tuang tu aku dah pikir dah risiko dia, kalau tak betul, r0sak enjin kereta. Paling koman pun kena Dalam RM1500-2000 kalau tukar enjin untuk wira. Tapi sebab keinginan aku nak tau membuak-buak tambah sikap kedegilan aku, aku pun tuang ajer la dalam enjin kereta aku ni.

Pakai punya pakai jalan jauh, pijak habis throtle pun takde masalah. Cuma keburukkan pakai minyak masak ni, kereta akan bau goreng2 jela huhu. Dari segi prestasi enjin takde masalah bagi aku. Pomen yg cek kereta aku pun sendiri cakap bersih dalam enjin kereta.

Dia tu tak tahu pun aku pakai minyak masak. Beli 3 paket RM8.40. Tuang 2 paket,1 paket lagi Aku simpan. *Jangan nak cuba tuang2 ye kalau tak berani tanggung risiko. Ni aku share sebab nak cerita pengalaman jer. komen netizn…

Bgus. Teruskan usaha penambahbaikan supaya mulut mulut puaka tu semua nanti guna je teknologi yan kau cipta tu semua. Hengat minyak petroleum tu bnyak lagi ka kat perot bumi? Kau sedut2 nanti jadi gelonggong kosong bawah tanah. Bahan api tu pom bukan haRi ni perap sisa esok dah dapat, menda beribu tahun nak jadi ke minyak.

Pernah pakai.. asap memang ada bau goreng-gorengg ehhhhh.. tapi, makan jugak kat piston ring.. minyak hitam makan jugaaaaak, dan lepas tu enjin ada leaking..gasket bakar kot.. Baca elok2. Kan ada pula yang tuang kat minyak petrol. Dia guna tuang kat minyak hitam la…

Sumber: Nasir Nas Hafiz

Author: fafa