Lelaki terkunci dalam tandas disebabkan tombol rosak, terpaksa call abang bomba datang tolong.

Apa korang buat kalau korang terperangkap dalam bilik ke bilik air? Mesti menjerit panggil family atau housemates untuk bukakan betul tak? Tapi, macam mana pula kalau masa tu korang berseorangan dekat rumah? Seorang pengguna Twitter berkongsi tentang pengalaman dia terperangkap dalam bilik air dekat rumah.

Lelaki bernama Aizad itu ada upload beberapa video sewaktu kejadian tu berlaku. Menurutnya, dia tengah mandi dan enjoy, (biasalah time mandi kan time kita karaoke feeling macam buat konsert) tanpa disedari dia dah terperangkap dalam bilik air tu. Bila dia nak keluar, waktu pulas tombol baru dia sedar dah rosak dan pintu tak boleh buka!

Biasanya, perkara pertama kita akan rasa adalah gelabah kan? So, dalam keadaan panik tu, malangnya bagi Aizad dia tak boleh nak menjerit minta tolong sesiapa sebab tak ada orang dekat rumah pun. Sebab tu dia cuba tendang pintu kot kot boleh terbuka, tapi tidak. Dia masih terperangkap ye….

Nasib baik dia ada bawa handphone masuk bilik air, jadi the only choice dia ada is minta tolong dengan bomba. Apa lagi dia pun call nombor kecemasan 999. Rasa macam kelakar pula call minta tolong keluarkan dari bilik air tapi nak buat macam mana dah kalau tak ada pilihan kan?

Kata Aizad, selepas 30 minit menunggu dalam bilik air tu akhirnya beberapa anggota bomba datang. Nak dijadikan cerita, dia pula lupa kunci pintu rumah. So, senanglah bomba tu masuk je dalam. Disebabkan tak boleh buka pintu tu, dorang pecahkan je tombol tu dan terus tolak pintu.

Admin rasa macam agak lucu sebab situasi dia agak rare. Call bomba untuk selamatkan dia yang terperangkap dalam bilik air sendiri. Tapi Aizad berterima kasih kepada mereka sebab membantu sebab kalau tak, entah macam mana dia nak keluar dari dalam bilik air tu.

Ramai netizen terhibur dan beri bermacam jenis reaksi. Ada yang cakap nasib baik dia bawa tuala masuk dalam sebab ada orang jenis tinggal je dekat luar. Ada juga yang tanya kenapa dia bawa handphone masuk bilik air. Eh bestlah, sambil shower sambil nyanyi kuat kuat feeling suara sedap!

“Ko bayangkan masa gelabah nak call tetiba fon masuk lubang jamban HAHAHAHAHAHAA.” Even bomba tu pon cakap pintu ni tak senang pecah sebab diorang dah try pakai hammer, battering ram, tendang pintu tu pon tak pecah, pakai full gear lagi, lagi lagi nak aku pecahkan dah la licin

“HAHAHAHAHA time tengah call pon aku tergelak, sebab macam bangang call sebab tersangkut dalam toilet.” “Hahahaha, aku dapat agak abam-abam bomba masa otw ke rumah kau dorang gelak membawang.” “Kasi rempuh saja.” “Takleh, puasa, kena simpan energy”

“Seriously dude, you dont had any idea how to open it that door by yourself sampai panggil bomba. Kesian sial kau noob af.” “Pintu ni dia punya handle dah rosak, lepastu bomba datang pakai battering ram punyak pecah, kene pakai lock bust baru boleh bukak” Yoww that bomba is OG do Dia siap bawak turun satu squad with suits up this is real avengers shit Hahahahahahahahahaha.”

Author: fafa