Ligamen Hairul Azreen terkoyak kerana tersalah mendarat.

PELAKON, Hairul Azreen, 31, berdepan masalah besar apabila ligamen kakinya, terkoyak selepas terbabit dalam insiden di set penggambaran filem, Rabu lalu. Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, insiden itu berlaku ketika dia melakukan aksi terjun dari tingkat dua

sebuah bangunan. “Kejadian itu berlaku dua hari lalu. Ketika itu, saya perlu terjun dari tingkat dua ke satu platform yang memang lengkap dengan ciri keselamatan. Namun, cubaan kali kedua gagal apabila saya tersalah ‘mendarat’,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia kemudian dibawa ke hospital berhampiran lokasi penggambaran dan doktor mengesahkan bahawa ligamen kakinya terkoyak. “Doktor sahkan ligamen terkoyak dan saya perlu berehat selama sekurang-kurangnya lapan minggu.

Dalam tempoh itu, saya kena berehat dan tak boleh melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bahkan turun tangga sekali pun,” katanya. Namun, Hairul tetap berkeras untuk menyelesaikan baki penggambaran filem itu. “Pihak produksi meminta saya supaya berehat terlebih dulu,

namun saya nak juga selesaikan penggambaran sebab dah tak banyak lagi babak yang tinggal. Ada beberapa babak aksi lagi, jadi saya yakin saya boleh buat. “Lagi pula, isteri saya pun akan bersalin tak lama lagi. Jadi, saya kena siapkan juga kerja penggambaran dan nanti boleh bantu dia untuk

jaga anak,” katanya. Semalam, Hairul sudah kembali ke set menjalani penggambaran yang menurutnya, hanya tinggal berbaki kira-kira seminggu. Sebelum ini, ketika menjalani penggambaran filem Paskal the Movie, Hairul terbabit dalam insiden di set yang menyebabkan tangannya patah.

“Dulu, sewaktu menjalani penggambaran Paskal, saya patah tangan. Jadi, saya berdoa supaya penggambaran filem kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden. “Namun, nak dijadikan cerita, berlaku juga insiden,” katanya. Selain Hairul, filem Wira juga dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said.

Dalam ilmu lakonan, istilah ‘method’ digunakan pelakon untuk menunjukkan watak dilakonkan seolah-olah sebati dengan diri mereka. Situasi itu selalunya berlaku ketika seseorang pelakon itu terlalu mendalami watak yang diberikan kepada mereka.

Inilah yang berlaku terhadap Hairul Azreen, 25, yang tidak menyedari dia terbawa-bawa dengan watak anggota beruniform dalam tiga filem lakonannya. “Ketika menjalani penggambaran drama Pelangi Cinta minggu lalu, saya ditegur beberapa rakan pelakon yang mendakwa watak sebagai

pegawai tentera terlalu serius sedangkan saya seorang yang romantis dan tenang. “Ketika di luar set pun, cara saya meminta tolong mendapatkan air pun seolah-olah pegawai tentera memberi arahan kepada anggotanya. Kemudian barulah saya sedar, saya masih terbawa-bawa watak pegawai tentera,” katanya.

Hairul akui, dek membawa watak anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama penggambaran berlangsung sejak awal bulan lalu hingga Mei ini, jiwa tentera itu seperti sudah sebati dalam dirinya. Malah, dia pernah memarahi anaknya,

Yusuf Iskandar, 2, seperti seorang pegawai tentera. Suami kepada pelakon Hanis Zalikha ini mengakui, hatinya lebih terusik ketika mendengar lagu atau cerita yang membangkitkan semangat keperwiraan. Katanya, dia pernah bergenang air mata ketika mendengar lagu Inilah Barisan Kita,

lagu wajib dipasang ketika anggota tentera terbabit dalam operasi ketenteraan. “Entah mengapa, tiba-tiba saja rasa sebak apabila dengar lagu semangat seperti itu. Malah saya juga terusik dengan kisah pengorbanan perwira negara. “Bukan itu saja, jika berlatih menggunakan snjata,

semangat saya berkobar-kobar untuk melakukan yang terbaik seperti dalam filem Paskal,” katanya. Sebelum Paskal, Hairul terbabit dalam penggambaran filem Qhaliq yang mengisahkan kehidupan anggota bomba. Katanya, walaupun watak sebagai anggota bomba tidak serius seperti

wataknya dalam Paskal, ia tetap menerapkan disiplin sebagai anggota pasukan beruniform. Anggota bomba turut mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika menyelamatkan nyawa orang ramai. “Bayangkan selepas Qhaliq, saya perlu menjadi polis dalam Polis Evo 2,

kemudian anggota tentera elit Paskal. Semuanya memerlukan saya menjadi seorang yang berdisiplin dan serius. “Dalam tempoh itu, saya cuba lari sekejap daripada watak serius dengan mengambil tawaran berlakon drama Pelangi Cinta tetapi tiba-tiba saja saya jadi kekok,” katanya ketawa.

Hairul yang kini berada di Sabah untuk menjalani penggambaran babak seterusnya filem Paskal akui mahu mengambil cuti panjang untuk berehat selepas ini. Katanya, melakonkan tiga watak anggota beruniform cukup memenatkan mental dan fizikal. “Saya memang penat. Tidak tahu nak cakap macam mana. Pada masa sama, saya seronok dapat peluang membawa watak berbeza tetapi proses itu agak penat.

Jadi, saya perlu cari ruang untuk berehat seketika,” katanya. Hairul berkata, dia merancang bercuti ke luar negara bersama keluarganya dan menghabiskan masa dengan Yusuf yang dikatakan kurang bermanja dengannya kerana dia banyak terbabit dengan penggambaran. – Amirul Haswendy Ashari

Author: fafa