Linda Rafar nafi kemenangan kes itu berpihak kepada jururawat

Terkini, Linda Rafar menjelaskan perb1caraan kes antara dia dan jururawat di Mahkam4h Sesyen Shah Alam pada Rabu tidak diteruskan selepas kedua-dua belah pihak memilih untuk menyelesaikannya secara baik. Linda, 41, berkata kenyataan individu bergelar dokt0r itu yang mengatakan kemenangan berpihak kepada jururawat itu tidak benar kerana tiada kes yang dibicarakan selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Status yang dimuat naik Linda di Instagram beliau“ Sebenarnya, semalam (Rabu) perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak diteruskan kerana kedua pihak sudah selesaikan cara baik.“ Tiada siapa kalah atau menang sebab kes tidak disebut. Peguam saya Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli mencadangkan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik selepas mengambil kira semua aspek.

“ Apatah lagi sekarang kita menyambut Ramadan dan kedua-dua pihak pun bersetuju. Saya anggap perkara ini sudah selesai selepas persetujuan di luah mahkamah dibuat,” katanya kepada mStar. Sebelum ini, menerusi Facebook Dr Rusyainie mendedahkan isu antara selebriti itu dan jururawat telah selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Antara lain, Dr Rusyainie berkata Linda mempunyai ego setinggi langit kerana membuat permohonan maaf tanpa menyebut spesifik pada jururawat tersebut. ” Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif,” tulis Dr Rusyaini

Dalam pada itu, Linda menjelaskan tiada ganti rugi yang perlu dibayar kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) seperti yang didakwa. “ Saya tak perlu bayar ganti rugi apa-apa pun kepada pihak tersebut. Sebab semuanya sudah selesai secara baik kerana pihak terlibat dalam kes ini tidak melibatkan DON,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut membuat permohonan maaf secara spesifik di instastorynya kepada pemegang akaun instagram iaitu jururawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur.Difahamkan individu itu sebelum ini memfailkan saman terhadap penyanyi itu ekoran tindakan Linda yang tersalah pandang dan menyangka mengugut dirinya sebelum memuat naik di IG.

Sebelum ini, Linda melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu. Susulan insiden itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Artikel berkaitan Doktor ini dedah rupanya Linda Rafar kalah kes, perlu mohon maaf kepada jururawat.

Terkini, isu pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat akhirnya selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat. Menerusi Facebook seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli, dia mengucapkan tahniah kepada badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) di atas usaha membela nasib jururawat tersebut. Malah, Rusyainie juga mendedahkan anggota kumpulan Elite itu dikhabarkan bakal kena bayar ganti rugi kepada DON dan juga membuat permohonan maaf kepada jururawat terlibat.

” Tahniah DON yang bertindak menjadi pemudahcara untuk seorang jururawat yang difitnah oleh seorang selebriti.Akhirnya ia selesai dengan kemenangan berpihak pada jururawat tu setelah persetujuan luar mahkamah dicapai.

” Selebriti tu dengar khabarnya bukan setakat nak kena bayar ganti rugi, tapi yang paling penting, dia mesti membuat permohonan maaf pada jururawat tu,” tulisnya. Rusyainie memuat naik kenyataan rasmi badan bukan kerajaan itu yang memaklumkan kes berkaitan selebriti tersebut dan jururawat akhirnya telah selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Menerusi laman Instagram Linda ada membuat permohonan maaf berhubung isu buli siber sehingga dia mengambil tindakan undang-undang kepada lebih 100 netizen pada Khamis.

Anggap Linda punyai ego setinggi langit..

Bagaimanapun menurut Rusyainie, dia menganggap selebriti itu masih mempunyai ego setinggi langit apabila membuat permohonan maaf tanpa menyebut spesifik pada jururawat yang difitnah.”Malangnya bila saya baca permohonan maaf di IG milik selebriti tu, interpretasi saya? Dia masih punya ego melangit. Langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya!

” Perkataan jururawat pun tak ada. Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti tu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif,” ujarnya.Dalam pada itu, Rusyainie berharap pihak DON memandang serius cara Linda mohon maaf disebabkan selebriti itu seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

” Saya harap DoN memandang serius cara selebriti ni minta maaf sebab dia seakan cuba meletakkan dirinya sebagai mangsa sedangkan jelas dan terang dia yang menabur fitnah. Semoga jururawat tu menolaknya juga dan meminta selebriti tu tulis balik permohonan maaf dengan betul. Dah salah, mengaku la ya,” katanya.

Sebelum ini, Linda melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.

Susulan insiden itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sumber : mstar

Author: Iqbal