Lufya Omar membuat luahan secara terbuka mengenai sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Pelakon Lufya membuat luahan secara terbuka mengenai sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram mengundang kecaman warganet. Menurut Lufya, 34, perkongsiannya itu dibuat berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri.

Bagaimanapun bagi mengelakkan fitnah berpanjangan terhadap dia dan suami, Lufya berkata dia mengambil keputusan memadam muat naik tersebut. “Tekanan yang Lufya rasakan melampaui kemampuan Lufya untuk menyimpan perkara ini sendiri. Lufya bertambah sedih apabila membaca komen-komen yang mengundang banyak fitnah terhadap dia dan Lufya padam posting semalam untuk ketenteraman semua pihak.

“Hati wanita ni jika dijaga, dibaja, dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletop tak tentu fasal. Jangan ambil kesempatan terhadap wanita. Tolong faham kami, berikan kasih sayang dan kebahagian. Kenapa susah sangat nak buat itu? Adakah saya tak layak untuk dicintai?,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat.

Lufya memadam posting yang dibuat pada Khamis. Sebelum itu, Lufya mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami selepas tiga bulan mereka bergelar suami isteri. Lebih mengejutkan, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar turut mendakwa suaminya melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai tidak terjangkau dek fikiran terhadap dirinya.

“Sejak tiga bulan kita berkahwin, kau dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran.“Lari daripada tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. Aku diam, sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi dan kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali!” luahnya.

Lufya mendedahkan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadapnya. Dalam pada itu, pelakon drama Umairah itu turut berterima kasih kepada peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.Ujarnya, sebagai manusia biasa dia memerlukan kebahagian dan berharap anaknya Laana Haura turut membesar dengan kasih sayang.

“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang anda semua kepada Lufya.“Saya sayang keluarga saya tapi saya perlu untuk bahagia membesarkan anak dengan sikap yang baik. Saya cuma manusia biasa dan bukannya malaikat!,” katanya.

Lufya mahu anak sulungnya membesar dengan kasih sayang.Pada Februari 2015, Lufya telah mengambil keputusan untuk memakai hijab sepenuhnya.Pada 26 November 2016, Lufya telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sheikh Omar Sheikh Abdullah dan Lufya menerima mas kahwin berjumlah RM 2,000 manakala wang hantaran dirahsiakan. Pada tahun 2017, Lufya telah mengesahkan beliau sedang hamil empat bulan dan akan memperlahankan aktiviti seni beliau terutama melibatkan set pengembaraan yang mengambil masa panjang. Pada 11 November 2017, Lufya selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Laana Haura.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah MediaJom Like Page Kami Juga Di Facebook Sumber  : Mstar Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

artikel lain : Tekanan sekarang dah melampaui kemampuan – Lufya

“HATI wanita ni jika dijaga, dibaja dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletup tak tentu pasal,” kata penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengenai situasi rumah tangga dengan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

Lufya berkata, tekanan dilalui sekarang sudah melampaui kemampuan dirinya.Malah, Lufya, 34, atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar terpaksa memadam status dimuat naik semalam selepas menerima pelbagai komen negatif warganet.

“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang anda semua kepada saya. Tekanan yang saya rasakan melampaui kemampuan untuk menyimpan perkara ini sendiri.“Saya bertambah sedih apabila membaca komen yang mengundang banyak fitnah terhadap suami. Saya padam ‘hantaran’ semalam untuk ketenteraman semua pihak,” katanya.

Menerusi status dimuat naik, Lufya berkata jangan sia-siakan wanita.“Tolong fahami kami, sirami kami dengan kasih sayang. Kenapa susah sangat nak buat? Adakah saya tak layak untuk mendapatkan cinta?“Saya sayangkan keluarga, tapi saya perlukan kegembiraan untuk membesarkan anak dengan nilai yang baik.

“Saya mahu anak gembira sama. Saya hanya manusia biasa dan bukannya malaikat,” katanya.Lufya dan suami berkahwin pada 28 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Berita berkaitan

artikel lain : Sukarnya nak jadi isteri solehah

“SAYA bercita-cita nak menjadi isteri solehah sebab itu diam sampai makan diri. Saya pernah sakit kemurungan.“Tak sangka impian dan cita-cita nak menjadi isteri solehah sesukar ini cubaannya,” kata penyanyi, Lufya Omar, 34, mengulas krisis rumah tangga yang dihadapi bersama suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

Terdahulu di ruangan status Instagramnya, pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia sudah lama bersabar dengan sikap suaminya.Malah, sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka, Lufya berkata, suaminya sudah beberapa kali mengulangi kesalahan sama.

Dia turut mempersoalkan cara suaminya menyelesaikan masalah dihadapi mereka, malah mendakwa lelaki itu lari daripada tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut.

“Sudah cukup lama saya dianiaya! Fitnah isteri pada keluarga macam-macam hanya untuk nak tutup kesilapan besar. Cukup-cukuplah,” katanya kepada Harian Metro.“Kesabaran saya diduga terlalu lama. Sejak tiga bulan kita berkahwin, awak sudah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran.

“Kesalahan itu awak ulang sehingga enam kali! Saya diam sampai tak mampu pikul sendiri lagi. Luka di badan tak sesakit luka dalam hati ini. Terima kasih,” katanya.Tahun lalu, kisah pergolakan rumah tangga Lufya dan suami pernah hangat diperkatakan hingga ada mengatakan mereka mahu bercerai. Namun, ia dinafikan Lufya. Lufya dan suami berkahwin pada 28 November 2016 serta dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Author: Iqbal