Mak beri kata semangat sebelum anak jalani ujian Upsr, yang juga merupakan pesakit akibat pencemaran sungai di pasir Gudang.

“BUAT yang terbaik sayang, ingat pesan mama, baca doa dan langkah kaki kanan,” itu pesan Norlela Abu Hashim, 45, kepada anaknya, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang juga pesakit Myokymia akibat pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Mac lalu. Kata-kata perangsang itu diucapkan wanita terbabit sebelum Irfan bersama 187 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

yang menduduki peperiksaan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia di Pasir Gudang, hari ini. Irfan yang ditemani ibunya itu dilihat hadir ke sekolah 6.50 pagi tadi sebelum dia yang bertongkat duduk di kerusi khas bagi mendengar taklimat dan tips terakhir mata pelajar Bahasa Malaysia.

Norlela berkata, dia mendoakan yang terbaik supaya anaknya dapat menduduki peperiksaan itu dengan keadaan tenang. Katanya, dia yang berpuasa sunat sempena awal Muharam melihat Irfan bangkit dari tidur dan mandi sebelum menunaikan solat sunat. “Perkara itu (solat sunat) memang sudah dipraktikkan anak-anak dan diteruskan Irfan.

“Paling tersentuh hati saya bila Irfan datang kepada saya serta bapanya untuk memohon diampunkan dosanya,” katanya sebak ketika ditemui di SK Taman Bukit Dahlia di Pasir Gudang, pagi ini. Katanya, dia tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu, bahkan menyediakan sarapan bijirin bersama susu kurma.

Katanya, sebagai ikhtiar terakhir, dia bersama ibu bapa lain mengambil peluang melakukan solat sunat di sebuah bilik disediakan pengurusan sekolah. Katanya, bagi memastikan kesihatan anaknya dalam keadaan terbaik, dia menjaga semua keperluan anaknya, selain menghentikan pengambilan ubat yang mengakibatkan anaknya itu mengantuk.

“Itu saja yang saya buat ketika ini kerana mahu dia tidur secara normal, selain tidak mahu mengganggu kesihatannya.“Apa yang saya harapkan dan doakan supaya dia dapat buat yang terbaik dan memperoleh keputusan cemerlang seperti disasarkannya,” katanya. Sementara itu, Irfan dilihat tekun mendengar taklimat guru panatia Bahasa Malaysia,

Rasidah Kasmoni pada sesi taklimat mengenai peperiksaan subjek itu bermula jam 7.10 pagi. Hadir sama memberikan motivasi Guru Besar sekolah itu Mohd Senin Kassim serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh. Keadaan kaki Irfan dilihat menggeletar sepanjang sesi itu, sebelum dia yang bertongkat memasuki bilik peperiksaan pada 7.30 pagi.

sumber: HM

Sah punca bahan kimia Sungai Kim Kim

PELAJAR kelihatan lemah dan mempunyai simptom pening kepala dan loya tekak susulan pencemaran bau di kawasan Pasir Gudang dibawa keluar oleh ambulans dari perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai Pasir Gudang. FOTO Mohd Azren JamaludinSiti A’isyah

KEJADIAN di Pasir Gudang sehingga menyebabkan beberapa sekolah ditutup, disahkan berpunca daripada sisa bahan kimia yang mencemari Sungai Kim Kim pada Mac lalu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, maklumat berkenaan diperolehi beliau daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melakukan siasatan di kawasan berkenaan.

“Saya dapat maklumat daripada pasukan bomba iaitu kes ini adalah kes berulang dari Sungai Kim Kim. Saya difahamkan, bahan yang dikenal pasti semasa kes Sungai Kim Kim, diberikan kepada kontraktor untuk dibersihkan dan dihapuskan.“Bagaimanapun, bahan itu masih belum dihapuskan 100 peratus. Oleh kerana bahan itu terbiar di Pasir Gudang dengan (keadaan) angin dan hujan, ia kembali merebak,”

katanya kepada pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama warga JBPM di Putrajaya, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, justeru kerja pembersihan dan penghapusan bahan berkenaan harus dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, selain bomba, Jabatan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Johor juga maklum mengenai perkara berkenaan supaya bahan itu dilupuskan serta dihapuskan dengan baik. “Ia sah bahan sisa kimia yang terdahulu dari Sungai Kim Kim,” katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata,

kualiti udara di kawasan yang disiasat oleh pihaknya masih berada pada tahap rendah walaupun ia berada jauh dari Sungai Kim Kim. “Pihak bomba akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri Johor terutama sekali dengan exco yang mengambil berat mengenai perkembangan ini.

“Kita akan beri kerjasama tetapi untuk mangsa, kita terus memberi bantuan bersama pihak Kementerian Kesihatan dan saya percaya, kebanyakan daripada mangsa yang dihantar ke hospital sudah pun disahkan dalam keadaan stabil,” katanya. Sejak Khamis lalu, media melaporkan berlaku kejadian sesak nafas,

loya dan muntah, dipercayai akibat pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang sekaligus menyebabkan berlaku penutupan sekolah. Kejadian itu juga berlaku selepas kira-kira tiga bulan tragedi pencemaran di Sungai Kim Kim akibat pembuangan sisa toksik yang menjejaskan hampir 6,000 penduduk.

Rata rata bukan sahaja ibu bapa malah warga internet yang prihatin turut beri ucapan semangat untuk pejalar yang menjalani ujian besar UPSR untuk tetap kuat walau badai yang menimpa mereka kini. Dah baca jangan lupa Like, Share dan Komen untuk support dan nantikan lebih banyak ceriat daripada kami.

Sumber: HM

Author: pyka