Memang sakit kalau dapat suami yang tidak setia. Jangan buat keputusan melulu. Ikuti beberapa tips ini kalau anda berhadapan dengan suami yang tidak setia.

Mengetahui pasangan berlaku tak setia memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka dan rasa tertipu bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan ketidaksetiaan. Hadamkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.

“Bila diri diduakan” Andai anda salah seorang drpd isteri yg diduakan suami disebabkan suami kahwin lagi, maka jgn terburu buru utk pergi dari kehidupan tersebut… Jgn lari lagi… Hidup dulu dlm keadaan mcm tu…selagi dia masih boleh bagi sama mcm yg dia bagi sebelum ni ataupun tidak, pilihlah utk kekal bertahan dlm hubungan tu…

Manfaatnya bukan dia yg dapat, tapi awak…Nak membina kehidupan setelah berpisah tanpa diduga dan tiba2 bukannya senang dan mudah seperti yg org kata…klu awk tak btul2 kuat, awk akan tersungkur dan merana… Ada wanita yg masih bertahan dlm keadaan yg mcm ni…

diduakan suami, suami kahwin lagi, suami tak adil, suami jarang balik, suami lebihkan yg sana, tapi gelaran dia masih isteri pertama… Apa yg dia buat? Dia kurangkan kebergantungan dan harapan pada suaminya…dia berdikari, hidup atas kaki sendiri dan dia biar masa yg menentukan segalanya…

Bila sampai masa tersebut, maka Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa ianya terjadi… Kekuatan dan penerimaan kita terhadap perkara itu tak sama…ada yg bleh angkat kaki terus, ada yg tidak, ada yg perlukan masa…bagi yg tidak, itu bukanlah satu kesalahan, itu pilihan awk sendiri…cuma, jgn pernah berhenti dan putus asa dr mengingatkan si dia utk berlaku adil dan memperjuangkan apa yg sepatutnya awk dapat dari dirinya…

Selagi masih ada jodoh dgnnya, selagi masih bergelar isteri kepadanya dan selagi masih boleh bertahan… Selain itu, isteri yang bijak tidak akan emosi terus serbu suami atau ‘perempuan simpanan suami’. Meski hati panas tapi mereka tenang dan akan melakukan perkara ini.

1. Kawal emosi dan belajar terima hakikat. Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan ketidaksetiaan yang dilakukan. Ketika mendapat tahu berita ketidaksetiaan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan.

Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Apa yang paling utama, jangan terlalu ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.

2. Tidak menyalahkan diri sendiri. Ketidaksetiaan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca daripada anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya ketidaksetiaan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.

3. Mencari sokongan daripada orang yang boleh dipercayai
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang ketidaksetiaan pasangan. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.

4. Pertimbangkan pilihan secara rasional. Ketidaksetiaan pasangan sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah.

Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram.
Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.

5. Cinta pada Ilahi. Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada Ilahi bukan pada manusia semata-mata. Perbanyakan mendekatkan diri pada tuhan, sentiasa berfikiran positif dan berusaha memaafkan pasangan dengan ikhlas. Meskipun rasa sukar, anggaplah ketidaksetiaan pasangan itu sebagai salah satu ujian dan gerhana di dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali.

sumber: keluarga.my

Author: Editor