Menurut kajian sains, terdapat 19 khasiat gamat yang ramai orang tidak ketahui

Gamat nama saintifiknya holothuroidea adalah haiwan laut yang mempunyai bentuk seperti sosej dengan badan yang berkutil dan kulit yang keras. Ia digunakan secara meluas sebagai makanan dan ubat-ubatan di beberapa tempat di Asia.

Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat,

asid mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

Umum mengetahui bahawa gamat mampu untuk menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semulajadi, namun terdapat banyak lagi khasiat gamat yang baik untuk kesihatan. Jom kita ketahui apakah khasiat gamat.

1. Awet muda

Ramai yang tidak mengetahui bahawa gamat mengandungi 90% protein kolagen semulajadi. Gamat juga mengandungi antioksidan yang tinggi yang berfungsi malawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel termasuk sel kulit dan ia juga merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran cairan merah, menguatkan struktur, melembutkan serta memperlahankan proses penuaan pada kulit.

Dalam erti kata lain, gamat merupakan rahsia awet muda. Perubahan ketara dalam tempoh sebulan setelah mengamalkan gamat ialah anda akan mendapati kulit muka menjadi tegang, pipi kelihatan montok seolah-olah kesan disuntik dengan botox. Lagenda Mahsuri mengaitkan kejelitaannya dengan amalan memakan gamat.

2. Memulihkan wanita selepas bersalin

Gamat juga membantu menyembuh luka bersalin, luka operation, dan memulihkan fungsi sistem peranakan. Dalam Gamat terdapat sejenis bahan iaitu Serine yang membantu memulihkan luka-luka terutama selepas bersalin. Kandungan Serine dalam gamat adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding ikan haruan.

Selain itu, gamat kaya dengan asid lemak tak tepu serta sebatian bio aktif yang baik untuk penyembuhan luka. Jika anda mengamalkan gamat selepas bersalin, kesan luka pada bahagian tersebut dapat bercantum semula tanpa tinggalkan kesan parut dan lebih cepat kering.

3. Membantu mengelakkan angin meroyan

Gamat mengandungi bahan penenang semulajadi yang membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Bagi wanita yang sedang dalam berpantang, gamat dapat membantu mengurangkan simptom “blues” atau “post natal depression”.

4. Membanyakkan susu badan

Pasti ramai yang tak tahu bahawa gamat juga berfungsi untuk menambah kandungan susu badan. Gamat mengandungi Omega 3 yang tinggi untuk perkembangan otak bayi. Dengan mengamalkan gamat, anda akan dibekalkan dengan zat yang diperlukan oleh badan ibu dan untuk tumbesaran bayi.

5. Ubat penahan sakit semulajadi

Menurut kajian, gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti ‘morfin’ semulajadi yang mana ia bertindak sebagai pelali (analgelsik) atau sebagai penahan sakit semulajadi. Bagi mereka yang sering mengambil panadol atau ubat penahan sakit, anda boleh bertukar kepada gamat.

6. Memberi tenaga

Gamat juga mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelakkan keletihan terutama mereka yang aktif bersenam dan bersukan. Jadi bagi sesiapa yang rasa badan tidak bermaya dan tidak bertenaga, lesu sentiasa boleh amalkan makan gamat.

7. Mengurangkan resdung

Bagi sesiapaa yang mempunyai masalah resdung pasti faham kesiksaan bila resdung datang seperti hidung gatal, selsema dan lain-lain lagi, Jika anda mempunyai masalah2 seperti ini, gamat dapat membantu mengurangkan masalah resdung dengan mengurangkan kesan alahan yang menyebabkan resdung.

8. Mengurangkan asma

Gamat juga membantu mengurangkan masalah asma dengan mengurangkan kesan alahan yang menyebabkan masalah tersebut. Jadi sesiapa yang mempunyai masalah asma juga boleh amalkan memakan gamat untuk mengurangkan masalah tersebut.

9. Menyembuhkan gastrik

Gastrik terjadi kerana lapisan bendalir yang memisahkan antara permukaan dinding perut dan asid dalam perut menipis atau tiada sehingga menyebabkan luka pada dinding perut kesan hakisan asid berlebihan tadi. Gamat membantu membina semula lapisan bendalir ini dan memperbaiki sistem pencernaan & penghadaman.

10. Mengurangkan sakit urat, saraf, otot, dan sendi

Fungsi lain gamat ialah mengurangkan sakit urat, saraf dan kesakitan pada otot badan dan sendi. Bagi masalah sendi yang berpunca daripada kehausan atau kekeringan cecair ‘minyak gris’, gamat adalah jawapannya kerana kombinasi Glukosamina dan Kondroitin Sulfat (Gags) yang terdapat di dalamnya membantu mengurangkan keradangan dan sebatian aktif yang terdapat dalam gamat menghasilkan semula lapisan cecair ‘minyak gris’.

11. Mengurangkan simptom sembelit & menyembuhkan buasir.

Gamat membantu mengurangkan simptom sembelit dan penyembuhan masalah buasir. Menurut statistik di Malaysia, dari 10 lelaki dewasa, 7 daripadanya menghidap buasir. 12. Pencegah knsr. Gamat mampu menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel knsr.

Ini kerana gamat mempunyai sebatian yang dipanggil glikosida tritertene yang tinggi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis China yang diterbitkan di dalam Jurnal Terapi Knsr dan Biologi mendapati glikosida tritertene mampu menghalang pembentukan saluran cairan merah yang

membekalkan nutrien kepada sel knsr. Ia seterusnya menyekat pertumbuhan dan perkembangan sel knsrr di dalam badan sambil memperbaiki sel-sel yang rosak & mencegah mutasi sel, merangsang pertumbuhan sel-sel baru & menguatkan semula sel-sel yang lemah.

13. Menghalang pembekuan cairan merah

Proses pembekuan cairan merah menghalang pengaliran cairan merah berlebihan apabila kulit terluka. Walaubagaimanapun, proses pembekuan cairan merah boleh berlaku di dalam saluran cairan merah walaupun anda tidak mengalami kelukaan. Terdapat suatu keadaan yang dipanggil pulmonary embolism di mana cairan merah beku berkumpul di dalam

peparu dan menyekat pengaliran cairn merah ke seluruh badan. Keadaan ini boleh membawa padah kepada nyawa dan memerlukan rawatan segera. Gamat boleh diambil sebagai rawatan komplementari kepada penyakit ini. Satu sebatian di dalam gamat yang dipanggil kondroitin sulfat

boleh menghalang pulmonary embolism. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis Brazil yang diterbitkan di dalam Jurnal Kimia dan Biologi pada September 1996 menemui sifat anti-pembekuan yang ada pada kondroitin sulfat dan bermanfaat untuk mengelakkan pembekuan cairan merah di dalam peparu.

14. Mengurangkan kesakitan akibat arthritis

Penemuan yang dijalankan oleh saintis-saintis Malaysia tentang kesan anti-keradangan yang ada di dalam gamat membawa sinar baru kepada pesakit arthritis. Kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Marin pada bulan Oktober 2011 mendapati gamat mempunyai sebatian yang dipanggil mukopolisakarida, kondroitin and glukosamin yang boleh melegakan gangguan arthritis terutama pada sendi-sendi badan.

15. Penyembuhan luka badan

Kelebihan gamat sebagai penyembuh luka luaran dan dalaman dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat Marin Amerika pada tahun 2011. Mereka yang mendapati khasiat asid lemak di dalam gamat yang dipanggil asid arakidonik bertanggungjawab untuk menyembuhkan luka dan memperbaiki semula tisu badan dengan kadar yang cepat.

16. Menyembuhkan ulser,Bahan yang bernama asid arakidonik yang terdapat dalam gamat juga berfungsi untuk menyembuhkan ulser. 17. Menyembuhkan pengaliran cairan usus

Jika anda mengalami masalah pengaliran cairan merah usus, pengambilan gamat sangat membantu untuk menghentikan keluarnya cairan merah yang berlaku. Asid arakidonik membantu menyembuhkan luka pada usus yang menjadi punca melelehnya cairan merah.

18. Menyembuhkan luka terbakar.Gamat berfungsi untuk menyembuhkan kulit terbakar dengan cara menghidupkan dan memperbaiki tisu & sel badan yang rosak.19. Membuang toksik dalam badan .Gamat boleh membuang toksik dalam badan. Itulah dia 19 khasiat gamat.

Author: fafa