Michael Ang tuntut janji dari Aliff Satar yang ingin bawanya tunai solat Jumaat yang pertama

Umum sedia maklum, pengarah Michael Ang kini secara rasminya mengumumkan dirinya seorang Muslim, selepas hampir setahun merahsiakan perkara tersebut. Justeru Ramadhan kali ini memberi makna yang cukup besar buat pengarah tersebut,

setelah lama merahsiakan  status agamanya, kini dia bebas untuk menunaikan segala kewajipan sebagai Muslim tanpa perlu berselindung. Puasa kali ini saya jadi diri sendiri… Sebelum memeluk Islam, Michael pernah berasa bahawa berpuasa adalah sesuatu yang menyiksakan

kerana terpaksa menahan diri daripada makan dan minum. Namun, selepas Islam dan setelah mula berpuasa, sedikit demi sedikit Allah menunjukkan kepadanya  hikmah serta kelebihan disebalik ibadah puasa dilaksanakan.

Alif Satar janji mahu bawa pergi solat Jumaat

Ketika ditemu ramah oleh pemberita, Michael ada menyatakan ucapan terima kasihnya kepada penyanyi Alif Satar kerana menjadi individu yang menyimpan rahsia mengenai pengislamannya. Michael menyatakan, bahawa penyanyi itu juga sahabat berjanji membawanya menunaikan solat Jumaat pada hari ini, selepas sekian lama berhajat untuk menunaikan setelah setahun bergelar Islam.

“Apa cina ni buat kat masjid…”

Jika sebelum ini dia hanya melakukan solat Jumaat di rumah kerana tidak mahu ada aneh melihatnya pergi ke masjid, memandang ketika itu dia masih lagi dikenali sebagai bukan Islam.v“Paling penting sekali saya nak pergi solat Jumaat, selama ni buat di rumah…” Semoga perjalanan baru Michael bergelar Muslim dipermudahkan, agar terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah yang wajib serta sunat.

Sumber : Media Hiburan

Author: fafa