Nabila hadir ke makamah hari ini ditemani keluarga, ini yang dituntut oleh Noor Nabila buat Shaarnaz tak senang duduk.

ISTERI pelakon terkenal Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Perkara itu diberitahu oleh peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila juga kakak kepada Neelofa itu, selepas sebutan kali pertama permohonan interim itu, hari ini.

Menurut Azmi, permohonan interim hadanah itu difailkan oleh anak guamnya pada 13 September lalu yang juga bagi menentukan hak lawatan Sharnaaz Ahmad, 34, terhadap Jebat yang berusia setahun. “Permohonan Noor Nabila dibuat mengikut Seksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Sharnaaz melalui peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sudah menerima dokumen dan sepatutnya memfailkan afidavit balasan pada tarikh sebutan berikutnya,” katanya. Mengulas lanjut, Azmi berkata, selepas menerima afidavit balasan daripada Sharnaaz, pihaknya pula akan memasukkan afidavit balasan.

Justeru, mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula permohonan itu. Dalam prosiding itu, Noor Nabila, 34, memakai jubah dan tudung hitam hadir ditemani keluarganya, manakala Sharnaaz tidak hadir dan dia diwakili peguam Akberdin.

Noor Nabila sebelum ini memfailkan perpisahan terhadap Sharnaaz di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada 11 September lalu selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka hangat diperkatakan media. Bagaimanapun, Sharnaaz menolak permohonan perpisahan yang difailkan Noor Nabila dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perpisahan itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sebaik Noor Nabila memuat naik sekeping foto dipercayai berada di kompleks mahkamah itu menerusi Instagram miliknya, 29 Ogos lalu. Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

sumber : Metro

Artikel berkaitan : Noor Nabila dikecam isu nafkah yang Sharnaaz Ahmad beri tidak mencukupi. Ini komen padu dari Noor Nabila untuk warganet.

Konflik rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila cukup hangat diperkatakan. Tuntutan uuntuk berpisah dilakukan oleh Nabila dengan mengemukakan beberapa alasan untuk berpisah dari tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan dan turut menyatakan Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan. Rata-rata warganet mengatakan nafkah itu sememangnya tidak mencukupi dengan gaya hidup Nabila yang serba mewah.

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya, Nabila memuat naik kenyataan ianya bukanlah soal duit tetapi lebih kepada tanggungjawab. Warganet mempercayai kata-kata itu merujuk kepada isu nafkah RM500 tersebut.
Sumber:IG Neelofa

Sharnaaz enggan pisah, Nabila menangis

“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya. Sementara itu Sharnaaz berkata, dia enggan mengulas mengenai sebab dia menolak perpisahan kerana mahu mengikut prosuder mahkamah yang ditetapkan.

Dia ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perpisahan itu. Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan. Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa pisah nak gaduh-gaduh.

“Reda atau tidak (perpisahan ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut. Apabila saya kata tak setuju (tolak perpisahan), kita cuba memperbaiki (hubungan) sebaik mungkin dan cari kebaikan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu. Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,” katanya. Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes perpisahan terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak.

Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai. “Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,” katanya.

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk berpisah. “Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu peguam Noor Nabila, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya memfailkan perpisahan itu pada 27 Ogos lalu. Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sebaik Noor Nabila memuat naik sekeping foto dipercayai berada di kompleks mahkamah itu menerusi Instagram miliknya, 29 Ogos lalu.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Artikel berkaitan : NeeIofa dikecam teruk oleh warganet sebab muat naik status ini.

Semua sedia maklum tentang kemalut rumah tangga Sharnaaz dan NabiIa belum menemui jalan penyelesaian apabila pelakon itu enggan melepaskan isterinya kerana ingin terus berusaha menyelamatkan rumah tangga yang mereka bina sejak dua tahun lalu.

Sejurus keluar dari kamar mhkamah, Noor NabiIa dilihat menangis sebaik suaminya yang juga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 34, menolak permohonan untuk berpisah yang difaiInya di Mhkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya. Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor NabiIa pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan untuk berpisah berkenaan.

Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor NabiIa dalam tuntutan perpisahanya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Sebaik prosiding perpisahan Sharnaaz dan NabiIa berakhir di mhkamah hari ini, ramai yang cuba menjengah laman s0sial peribadi Neelofa yang juga adik kepada NabiIa.Seperti dijangka terdapat beberapa komen dan status menarik dimuatnaik Neelofa di Instast0ry beliau yang mana antaranya memberi kata-kata semangat kepada kakaknya NabiIa.

”Tolonglahhhh, drama TV berapa ni? tolonglahhh..”, antara status yang dimuatnaik Neelofa. Tidak pasti ianya merujuk kepada apa dan siapa. Yang pasti cuma Neelofa sentiasa mengikuti perkembangan NabiIa dan menyokong apa jua keadaan yang menimpa kakaknya itu.

Bagaimanapun menerusi perkongsian Neelofa di Twitter, lain pula ceritanya. Ini kerana Tweet yang dimuatnaik beliau menerima respon ramai.Tweet beliau berbunyi ” I just watched the best ‘drama’ ever. Guess who’s the actor? You kll it!

Demikian status Neelofa yang telah mendapat respon warganet yang seratus peratus faham Neelofa juga tujukan kepada Sharnaaz, yang juga abang iparnya.Ini jelas apabila Neelofa dilihat memuat naik Tweet tersebut kira-kira waktu tengahari antara 12 – 1 PM, iaitu sejurus berita tentang ke5 prosiding antara NabiIa dan Sharnaaz yang dilaporkan pihak media yang juga berakhir sekitar waktu tengahari.

Tweet yang dimuatnaik oleh Neelofa dibawah telah mendapat reaksi negatif warganet yang rata-rata mengecam beliau kerana dilihat cuma mengeruhkan keadaan. Malah ramai yang meminta Neelofa supaya tidak campur tangan hal rumahtangga kakaknya itu dan meminta biar NabiIa dan Sharnaaz yang selesaikan sendiri.Ini kerana Tweet beliau tidak berakhir di situ, Neelofa turut memuatnaik satu lagi Tweet yang berbunyi “Now the award for best actor goes to..”

Rata-rata berpendapat status yang dimuatnaik Neelofa sememangnya tidak kena pada waktunya. Meskipun ramai faham beliau menyayangi dan akan berada di belakang kakaknya, namun seharusnya Neelofa mengambil pendekatan berdiam diri.Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Neelofa kecewa dengan beliau sehingga ada peminat yang menulis komen ” I thought u better than this. Perlu ke u yang nak komen lebih lebih..”

”Statement kau mcmni akan menimbulkan banyak spekulasi tentang masalah rumah tangga mereka. Kalau nak cakap, direct je terus. Jangan galakkan org berspekulasi yg berakhir dgn fitnah. Ingat kau tu public figure yg banyak baca kitab..” komen Hafiz

”Isu rumahtangga adik beradik, takperlu masuk campur. Let them be, dia nak buat keputusan mcm mana ke siapa salah ke Biar je. Tu yg my mom ajar lepas me and my sis dah kahwin, Buat hal masing-masing. Kalau susah minta tolong adik adik, kalau hal rumahtgga jgn sesekali share..” Linda

Pendapat min, Neelofa seharusnya mengelak dari membuat komen atau memuatnaik status yang boleh mengundang persoalan memandangkan status selebriti popular yang ada padanya boleh memberi persepsi pelbagai kepada warganet.Doakan yang baik-baik sahaja okay!Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.Sumber :Twitter & ig Neelofa

Kakak dah lalui pelbagai dugaan

Neelofa mengambil pendirian menyokong setiap keputusan yang diambil kakaknya, Noor Nabila. Terdahulu, Nabila berkongsi foto dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Perkara itu membangkitkan pelbagai spekulasi dan ada yang mendakwa Nabila memfailkan perpisahan terhadap suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.“Saya tahu saya orang pertama yang akan ditanya mengenai perkara itu kerana saya duduk serumah dengan mereka.

“Tetapi bila bercakap mengenai soal rumah tangga, tak adil untuk saya mengulas berhubung soal terbabit. Saya nak semua orang tahu saya akan menyokong apa sahaja tindakannya, asalkan kakak saya gembira. Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakang Nabila dalam apa jua situasi,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui di majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion pada Khamis. Ditanya mengenai perasaannya ketika ini, Neelofa tidak menafikan Nabila sudah melalui pelbagai dugaan.
“Oh Tuhan, dia telah melalui macam-macam dugaan… Tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini.

“Apa yang boleh saya cakap, dia seorang yang sangat kuat dan dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam perkahwinannya. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan segalanya,” katanya lagi. Apabila ditanya lebih lanjut mengenai gambar yang dimuat naik kakaknya itu, Neelofa ada jawapan tersendiri. “Spekulasi yang dibuat oleh warganet adalah suatu perkara normal dan saya tahu Nabila boleh mengendalikannya. Nantikan sajalah,” katanya mengakhiri temu bual tersebut.

Author: pyka