Nad Zainal tak malu akan penampilan terbaru nya dengan muka yang berminyak, rambut toncet dan selekeh

Pelakon, Nad Zainal akui mengalas tugasan sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Nad menyatakan perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam. Menurut Nad, dia kini mulai faham mengenai perasaan yang dilalui oleh wanita bergelar ibu

sebelum ini. “No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.
“Are you ready yang single-single tu? Berkahwin dan ber anak. Kita akan banyak tanggungjawab… Tidak seindah drama petang,

mana yang tak ada maid tu lagilah… “Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa… Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah. “Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun.

Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak… Itulah MAK
“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita,” tulisnya. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Nad itu.

Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Dalam perkembangan terbaru, Nad kini membintangi dramabersiri Geng Mak Mak bersama pelakon hebat lain Sazzy Falak, Elvina Mohamad, Nad Zainal dan Fatin Afeefa.

Saksikan Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam. Nak tanya lagi sekali niii….. Dah ready ke nak kahwin? hehehe

Pelbagai rakaman video negatif yang dimuat naik ke media sosial membuatkan pelakon Nad Zainal takut menggunakan khidmat pembantu rumah. Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 27, sanggup menolak tawaran kerja sekiranya tiada ahli keluarga boleh menjaga

anaknya, Fahad, yang baru mencecah usia berapa tahun. “Saya sebenarnya bimbang mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak selepas melihat banyak rakaman kanak-kanak dipukul dan disiksa di pusat asuhan. Jadi, saya lebih selesa ahli keluarga menjaga Fahad.

“Sekiranya ibu mentua dan ahli keluarga sibuk, saya rela menolak tawaran kerja. Malah, saya rasa lebih selesa dan selamat menjaga anak sendiri berbanding menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang luar,” katanya kepada BH Online.

Nad dan Muhamad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada 18 Disember 2015. Sementara itu, Nad kini tampil dengan imej terbaru berambut pendek selepas melahirkan cahaya mata lelakinya.

Sekian lama menyimpan hasrat memotong rambutnya, Nad menganggap imej itu bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu. “Saya memotong rambut untuk drama berjudul Jurnal Suraya yang telah ditayangkan beberapa bulan yang lepas. Saya memegang watak sebagai pesakit knsr yang sering menjalani rawatan kemoterapi.

“Lebih mudah berambut pendek kerana kebanyakan masa ditumpukan kepada anak. Pada mulanya saya takut juga kelihatan berisi dengan imej rambut pendek tetapi secara tidak langsung ia membantu saya mengawal pemakanan,” kata Nad. Selain Nad, drama bersiri Jurnal Suraya karya Zul Huzaimy itu turut membariskan Johan As’ari, Aisya Hasnaa dan ramai lagi.

Sumber : Bharian

Author: fafa