Nora Danish tidak selesa dengan kehadiran pengawal peribadi, namun dia terpaksa akur demi keselamatannya.

Pelakon Nora Danish akui tidak selesa apabila pergerakannya sentiasa ditemani oleh pengawal peribadi. Menurut Nora, suaminya, Nedim Nazri seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa bimbang tentang keselamatannya.

“Sejujurnya, saya memang tak selesa langsung dengan kehadiran pengawal peribadi. “Kadang-kadang saya suruh mereka ke belakang sikit atau tunggu sahaja dalam kereta. “Ada satu hari saya suruh mereka tunggu di dalam kereta sahaja.

“Namun mereka dimarahi oleh Nedim kerana tugas pengawal peribadi adalah sentiasa mengawasi. Kesian juga pada mereka. “Saya dah biasa tidak memiliki pengawal peribadi. Kalau di lokasi ramai krew yang menjaga. “Saya cuba terangkan tapi mungkin Nedim terlalu banyak berfikir

sehingga dia bimbang apabila saya keluar sendiri. Nedim seorang yang sangat ‘protective’. “Saya tidak pernah ada pengawal peribadi sebelum ini tetapi selepas berkahwin, Nedim gajikan mereka untuk saya,” katanya kepada Gempak.

Nora ditemui ketika majlis tayangan perdana program Ramadhan Astro di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini. Tambah pelakon filem Polis Evo ini, dia sudah menerangkan kepada pengawal peribadi jika ada peminat yang ingin bergambar dengannya.

“Saya perasan ada komen-komen peminat yang beritahu mereka takut untuk mendekati saya. “Saya cakap dengan pengawal peribadi, jika ada peminat ingin bergambar, kena benarkan. “Saya buat mereka faham keadaan saya,” katanya lagi. Dalam perkembangan terkini, Nora muncul dalam drama bersiri Imaan.

Selain Nora, drama Imaan ini turut menampilkan pelakon Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Wan Sharmila, Syamim Farid dan ramai lagi. Drama Imaan bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (106).

Nora Danish pasang dua bodyguard

ATAS kerisauan gara-gara saban hari ada sahaja berita yang mengerikan berlaku, suami kepada aktres cantik Nora Danish, 37, Nedim Nazri, memasang pengawal peribadi demi keselamatan isterinya. Menurut pelakon popular siri komedi Puteri itu, dia mempunyai dua pengawal

peribadi berkemahiran tinggi dalam pasukan badan beruniform selepas berkahwin dengan Nedim pada 2017. “OK begini ceritanya… pasang bodyguard ini pun sebab Nedim yang suruh. Katanya, ada yang jaga dan perhatikan saya sekiranya apa-apa yang tidak elok berlaku.

“Sebab sekarang banyak kes pelik-pelik yang berlaku. Sehingga mengakibatkan keselamatan tak terjamin. Jadi, itulah sebenarnya kenapa saya ada bodyguard. “Dulu pun saya tak selesa langsung tapi lama-kelamaan saya sudah biasa,” ujarnya suami seorang yang sangat melindungi.

Nora yang ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 ‘Live’ di Mele TOP, Astro, Bukit Jalil, turut berkata, andai ada peminat yang mahu bergambar usah bimbang kerana bodyguard sudah dimaklumkan tentang hal itu.

“Ada juga yang nak ambil gambar sebelum ini tapi mereka takut sebab tengok ada bodyguard, tapi lepas ini cakap sahaja,” jelas Nora kepada Sinar Harian tersenyum. Dalam perkembangan seni lakon, saksikan Nora menerusi drama bersiri Imaan bermula 1 Mei, setiap hari Rabu hingga Jumaat di saluran Astro Ria (104) dan HD (123), jam 9 malam.

Author: fafa