Orang yang bahagia tak akan tayang semua benda di Media Sosial

Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?

Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi! Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu. Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan

bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…

1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa

Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial.
Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia?

Tepuk dada tanya selera. Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau takut masuk kategori RIAK

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga

Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenyah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat. Risiko nya agak tinggi jika anda sering mempamerkan kesenangan dan kebahagiaan anda pada umum.

5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial. Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.

Sumber: Nakbebel

6 Sebab Orang Bahagia Tidak Akan Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

Jika pada zaman dahulu, walaupun tidak menayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Kehidupan pada hari ini sudah menjadi luar biasa berbanding dahulu. Apa sebabnya? Kenapa perlu menayangkan segala-galanya di laman media sosial?

Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu. Tetapi, jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda dan pasangan sedang hidup bahagia, – itu adalah satu kesilapan kerana pasangan yang hidup bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial.

1. Cukup hanya pasangan yang rasa

Apabila sedang menjamu selera, anda juga sibuk mengambil gambar. Pasangan terpaksa menunggu dan kadang-kadang berlakon hanya untuk dirakamkan dan dipaparkan kepada orang lain di media sosial. Adakah ini cara terbaik untuk anda dan pasangan menikmati rasa bahagia?

Tanyakan hati anda. Sekiranya ada, foto yang diambil itu sudah memadai untuk simpanan peribadi dan sekiranya untuk dikongsikan ke laman sosial media cukuplah sekadar bersifat umum, dan tidak menunjukkan keintiman.

2. Kebahagiaan adalah perihal peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam hubungan tidak berminat untuk menunjukkan atau membuktikan mereka gembira dengan orang lain. Menurut mereka, rasa kebahagiaan adalah peribadi. Oleh itu, tidak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau dikategorikan riak

Kebahagiaan sejati akan membuat seseorang lebih rasa rendah diri dan menikmati maknanya. Mereka amat memahami bahawa setiap pasangan bahagia dengan cara tersendiri. Apa yang membuatkan kita rasa bahagia, tidak semestinya bahagia buat orang lain , buat apa untuk dicanang ke laman media sosial?

4. Membahayakan keluarga

Bawa anak ke mana-mana, check-in location. Tiada suami di rumah, beritahu pada orang ramai. Adakah anda tahu ini boleh memudaratkan diri anda dengan bahaya? Cuba fikirkan sebelum melakukannya.

5. Tidak perlu rasa bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza dan ujian hidup. Kita mungkin bahagia, tetapi pasangan lain mungkin bersedih, jadi kita tidak perlu berbangga dengan kebahagiaan yang dirasakan. Tidak berguna untuk membandingkan kehidupan kita dengan orang lain atau merasakan hidup kita lebih baik daripada mereka.

6. Bahagia untuk dinikmati bukan dipamerkan

Apabila membincangkan waktu bahagia dengan pasangan, mereka ingin menikmatinya dan bukannya terganggu dengan merakam gambar atau swafoto untuk dimuatkan di media sosial. Kebahagiaan itu tidak boleh dipamerkan atau anda mempunyai perspektif yang berbeza mengenai perkara ini. Akhir kata, jangan lupa bahagia walau realitii kehidupan kadang-kadang pahit.

Author: fafa