Pakaian yang sesuai mengikut warna kulit anda

Mungkin masih ramai wanita dan lelaki di luar sana dalam dilema dengan pemilihan warna pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit yang mereka miliki. Malah ada juga yang sering menggunakan warna yang berlawanan dengan warna kulit dan mengakibatkan penampilan mereka menjadi bahan jenaka oleh orang-orang sekeliling.

Pemilihan pakaian yang betul juga sangat penting bagi mendapatkan gaya yang sesuai dengan personaliti anda. Tahukah anda, pemilihan pakaian juga bukan saja untuk para model, namun ia sangat penting dalam padanan bagi warna kulit anda.

Sekiranya anda memilih pakaian yang mempunyai warna yang sesuai dengan warna kulit, ia akan menampakkan penampilan anda sangat menarik. Kesan buruknya akan berlaku jika anda salah memilih warna pakaian yang tidak sepadan dengan warna kulit anda.

Ia akan menampakkan gaya anda seakan ada saja yang tidak kena. Malah ia juga boleh membuat anda kelihatan pucat dan tengelam dengan pemilihan warna pakaian yang salah. Usah risau lagi, kami ada jalan penyelesaian bagi masalah anda. Berikut merupakan tips bagi pemilihan warna pakaian yang sesuai dengan warna kulit anda.

1. Si hitam manis

Bagi pemilik kulit hitam manis, mereka sering kali rasa tidak yakin setiap kali mengenakan pakaian. Usah risau, anda boleh saja memilih pakaian dengan warna yang betul. Tidak mustahil juga anda akan kelihatan lebih manis dan cantik.

Menggunakan pakaian dari warna-warna cerah seperti kuning, biru dan juga merah akan menampakkan anda sedikit tengelam pada badan anda. Jika anda menggunakan warna yang lebih gelap seperti pastel, coklat dan warna merah tua.

2. Si sawo matang

Wanita asia selalunya ramai yang mempunyai kulit sawo matang. Malah salah satu warna kulit yang sangat eksotik dan istimewa. Ia tidaklah terlalu gelap dan tidak juga terlalu cerah. Aura ceksi juga terserlah bagi si pemilik kulit sawo matang ini. Bagi mereka berkulit sawo matang,

mereka sangat sesuai mengenakan warna yang gelap, krim sehinggalah warna coklat. Namun ada juga beberapa jenis warna yang harus di ambil perhatian. Warna coklat gelap, merah bata, biru gelap sehingga hijau lumut akan menampakkan warna kulit menjadi lebih gelap dari biasa.

3. Si kuning langsat

Bagi pemilik warna kulit kuning langsat sangat digemari oleh para wanita. Walaupun warnanya tidak terlalu cerah dan ia tidak juga kelihatan pucat. Namun ia sangat cantik setiap kali mata memandang. Penggunaan warna yang sesuai bagi si berkulit kuning langsat adalah seperti hijau,

merah, biru muda sehinggalah kewarna kuning akan membuatkan penampilan anda semakin cantik dan menyerlah. Warna yang harus anda jauhi adalah oren, emas dan coklat. Ini kerana ia akan menampakkan kulit anda kelihatan lebih pucat.

4. Si putih gading

Warna kulit putih gading sudah sinonim dengan wanita-wanita Asia Timur sehingga Caucasians. Warna kulit yang agak cerah, putih dan ia cenderung kelihatan seperti pucat. Bagi pemilik badan berkulit putih gading juga sangat istimewa. Pemakaian warna yang gelap akan menampakkan mereka lebih kelihatan elegan.

Bagi warna-warna cerah, ia akan membuat kulit kelihatan bercahaya. Namun mereka juga ada warna yang tidak boleh dipakai. Contohnya seperti warna ungu, merah, oren dan kuning. Warna kulit tidak akan menjadi masalah. Apa yang paling penting adalah, anda harus bijak dalam

pemilihan warna yang bersesuaian dengan warna kulit yang anda miliki. Jika salah memilih warna, ia akan menampakkan penampilan anda nampak tidak sesuai. Buatlah sedikit kajian tentang warna yang sesuai dengan warna kulit anda. Selamat mencuba. Sekian petikan dari Tampilcantik.com.

Author: fafa