Pelancong bertindak kurang ajar, berang ditegur kerana mengemis di Jonker Walk

Viral di media sosial video sekumpulan pelancong asing yang menjual barangan cenderahati di Jonker Walk, Melaka, mengundang pelbagai reaksi netizen. Bukan sahaja jelas melakukan kesalahan dan menyalahgunakan pas lawatan sosial di negara ini, malah mereka dengan biadabnya

mengungut pengurus hotel yang menegur perbuatan mereka itu.
Berdasarkan video viral berdurasi hampir satu minit itu, salah seorang dari pelancong terbabit dengan biadabnya menyelar tindakan perakam yang merakam video kegiatan mereka yang ‘mengemis’ di tepi jalan. 

Wanita itu meminta perakam berhenti merakam video mereka, malah bertanya siapa dia untuk merakam semua itu dan apa yang dia boleh lakukan. Bagaikan tidak mengerti kesalahan diri, tampil lagi rakannya turut mempertahankan wanita terbabit, sedangkan yang lain diam sahaja. 

Pengurus hotel yang memuat naik video itu di Fbnya terdahulu menjelaskan bahawa kegiatan pelancog asing seperti ini wajar dibanteras kerana mereka telah mengganggu periuk nasi peniaga tempatan di Melaka.
Bukan itu sahaja, bayangkan sekiranya rakyat Malaysia melakukan perkara

yang sama di negara mereka, adakah mereka akan membiarkan begitu sahaja? Sudah tentu tidak kerana ia satu imej yang memalukan. 
Sudah menjadi trend pelancong asing mengemis di negara orang bagi membiayai diri mereka agar dapat meneruskan rutin dan perjalanan mereka. 

Sementara itu, pelbagai pihak mendesak Jabatan Imigresen mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelancong asing terbabit. Di media sosial, netizen juga tidak bersetuju dengan cara pelancong asing menyalah gunakan pas lawatan sosial mereka dan mendesak pihak Jabatan Imigresen segera mengambil tindakan terhadap pelancong asing terbabit.

“Jika orang Asia buat macam ni di negara korang, apa korang rasa? Tolong hormat undang-undang di negara ini. Datang ke negara ini sebagai pelancong, maka jadilah seperti pelancong. Jangan salahgunakan pass lawatan korang untuk tujuan peribadi,” kata netizen.

(Video) Pelancong Biadap, Tampar Muka Pegawai Imigresen Di Bali

Sorang wanita berasal daripada United Kingdom bertindak di luar batas apabila menampar seorang pegawai imigresen yang ditugaskan untuk memeriksa dokumen perjalanannya, dalam insiden yang berlaku di Indonesia. Auj-e Taqaddas, 42, yang berkacukkan Pakistan tiba di Lapangan

Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali ditahan setelah pihak berkuasa mendapati visanya telah tamat dan tinggal di Indonesia melebihi tempoh masa yang dibenarkan. Ketika kejadian, wanita tersebut dilaporkan sedang bergegas untuk mengambil penerbangan menuju ke Singapura.

Pihak berkuasa yang memeriksa dokumen perjalannya mendapati visanya berakhir pada 18 Februari lalu, dan dia telah tinggal di Indonesia secara tidak sah selama 160 hari dan diarahkan membayar denda sekitar RM 100 sehari, menjadikan jumlah denda mencecah RM 16,000. Mendengar jumlah denda tersebut, wanita itu yang berang mula bertindak meninggikan suara

dan menghemburkan perkataan kasar kepada pegawai imigresen yang bertugas ketika itu. Wanita itu kemudian bertindak mahu merampas dokumen perjalanan tersebut daripada pegawai imigresen itu namun dihalang, ketika itulah wanita tersebut bertindak kasar apabila mengangkat tangan dan menampar muka pegawai imigresen berkenaan.

”Wanita itu menampar salah seorang pegawai kami, seseorang yang sangat dihormati. Dia menyrang secara fizikal pegawai imigresen, dan bermakna wanita ini telah menyrang wakil negara kami. Jadi, kami melaporkan tindakannya kepada polis,” kata Ketua Pegawai Imigresen

lapangan terbang tersebut, Rai Aris Amran. Taqaddas dikatakan berang kerana tindakan pegawai imigresen itu menahannya telah menyebabkan dirinya terlepas penerbangan Jetstar Airlines selepas dibawa ke sel tahanan di lapangan terbang tersebut.

Pihak imigresen juga memberitahu, selain perlu menunggu untuk menyelesaikan pembayaran denda, Taqaddas juga perlu menyelesaikan kes yang dilakukanwarga asing itu terhadap pegawai imigresen tersebut dengan pihak berkuasa.

”Berdasarkan pemeriksaan kami, wanita ini tiba di Indonesia pada 19 Januari, ini bermakna dia telah pun tinggal secara haram lebih daripada 60 hari di negara ini. ”Dia berpura-pura tidak tahu bahawa dia telah tinggal melebihi masa, padahal semua pelancong sedia maklum mengenai tempoh yang dibenarkan untuk mereka tinggal di sesuatu negara,” kata Aris lagi.

Sumber : new.com.au

Author: fafa