Aaisyah kena demam campak. Terharu bila semua peminat kongsi tips dan doa buatnya.

Sesiapa sahaja tak kisah dimana pun berada, semua orang pasti pernah merasai demam campak. Tidak mengira usia. Baru baru ini gadis cilik anak Rocita Che Wan pula terkena demam campak. “Stress nak layan campak ni, tidur dulu lah,” demikianlah kapsyen yang ditulis berserta dengan hashtag ‘aaisyahdhiariana’,

‘chickenpox’, ‘2019’ di laman Instagram anak bongsu kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana yang disahkan telah dijangkiti demam campak ketika usianya lima tahun. Sementara itu, menerusi ruangan komen foto tersebut, pengikut IGnya mula memberikan beberapa petua untuk menghilangkan demam campak.

Antara petua yang diberikan adalah dengan menggunakan daun semambu dan banyakkan minum air kelapa. “@wayra.exclusive: Alahai semoga cepat sembuh. Kalau tak jumpa daun semambu, boleh beli minyak daun semambu.”

“@nysamusa: Sabun himalaya atau daun semambu bagus. Anak baru lepas kena chicken pox beberapa bulan lepas”. – “@zahas_collection: Beli bedak daun semambu. Cepat sembuh nanti chickenpox tu.” – “@cikkriffa_: Makan sup ketam dan minum air kelapa.” – “@iamsrnh: Cuba kasi minum air kelapa muda,” antara-antara komen warga internet.

Terdahulu, Aaisyah telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama beberapa hari akibat demam. Aaisyah merupakan anak Che Ta hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Che Ta mempunyai dua orang anak sebelum itu dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra.

sumber: myartis

Artikel lain: Perbezaan antara demam campak dan cacar air

Ramai terkeliru antara penyakit demam campak atau juga dikenali sebagai “measles” dan cacar air atau “chicken pox”. Ia disebabkan kedua-duanya mengeluarkan bintik-bintik merah. Tapi sebenarnya kedua-dua ini adalah penyakit yang berbeza. Salah satunya amat merbahaya dan satu lagi boleh dianggap biasa.

Jadi, penting untuk ibu ayah tahu perbezaannya supaya lebih “alert” dan bertindak menangani penyakit ini dengan lebih berkesan. 1. Punca. Penyakit demam campak pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles dan ia seringkali disertai dengan jangkitan pernafasan dan ruam pada kulit.

Penyakit cacar air pula disebabkan oleh virus varicella iaitu virus sama yang menyebabkan kayap. 2. Cara jangkitan. Kedua-duanya mudah dijangkiti melalui udara daripada pesakit melalui cecair iaitu batuk, dan bersin. Cacar air juga mudah berjangkit daripada cecair lepuh melalui sentuhan atau pernafasan manakala demam campak tidak berjangkit melalui kulit kerana bintik demam campak tidak berair.

3. Risiko waktu jangkitan. Kedua-duanya mempunyai risiko jangkitan pada waktu yang berbeza. Risiko demam campak berjangkit adalah seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya. Cacar air pula boleh berjangkit 1 hingga 2 hari sebelum ruam timbul sehingga ruam kering.

Elakkan anak-anak untuk keluar rumah pada tempoh tersebut sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya penyakit ini. 4. Tanda-tanda. Kedua-dua penyakit ini menunjukkan tanda-tanda awal dengan demam. Selepas 10 hingga 12 hari dijangkiti, pesakit mula kena demam suhu tinggi, sakit otot, batuk, selsema, sakit tekak.

Mata pesakit juga berair dan sensitif kepada cahaya. Demam suhu tinggi juga akan dialami ketika ruam campak timbul. Berbeza dengan demam campak, sesetengah orang sahaja yang kena demam dan lesu badan lima hari sebelum ruam muncul. 5. Ruam. Ruam pada kulit ketika sakit merupakan antara ciri-ciri penting yang dapat membezakan penyakit ini.

Ruam kulit apabila terkena demam campak berwarna kemerahan dan sedikit timbul. Ia juga tidak menghasilkan gelembung air dan tidak gatal. Ruam akan mula tumbuh pada bahagian muka diikuti dengan kepala, badan tangan dan akhirnya kaki. Ruam ini akan kekal sehingga 4 ke 7 hari.

Ruam pada kulit ketika cacar air timbul seakan bintik merah kecil dan menyebabkan gatal seluruh badan termasuk mulut. Ruam akan tumbuh bermula dari dada dan bahagian belakang kemudian merebak kepada muka, kepala, lengan dan kaki. Dalam masa 24 jam ruam akan hasilkan gelembung kemudian pecah dan kering dalam masa 4 ke 5 hari.

Bintik-bintik baru juga boleh muncul dan akan mengambil masa 2 minggu untuk hilang. 6. Rawatan. Setakat ini, tiada rawatan spesifik bagi demam campak, namun doktor menyarankan beberapa panduan untuk mengurangkan gejala. Antaranya ialah dengan mengambil ubat tahan sakit (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan hindari cahaya untuk elak sakit mata.

Ruam pada kulit juga tidak perlu dirawat kerana akan sembuh dengan sendirinya. Bagi penyakit cacar air pula, doktor akan sarankan ubat sapu dan ubat gatal untuk ruam. 7. Pencegahan. Dengan adanya Program Imunisasi Kebangsaan, demam campak dapat dicegah serta merta namun anak anda masih berisiko jika terdedah dengan kanak-kanak lain yang tidak disuntik atau orang asing.

Suntikan imunisasi MMR (campak, beguk dan rubella) boleh didapati oleh anak pada usia 12 bulan dan ketika 7 tahun. Cacar air juga punya vaksinnya tersendiri iaitu suntikan vaksin imun “varicella”. Namun, suntikan ini belum diwartakan oleh kerajaan dan hanya boleh didapati di klinik swasta. Dapatkan rujukan doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan suntikan untuk anak.

sumber:

Author: pyka