Pemuda tergamam selepas buah hatinya hantar whatsapp minta putus gara gara sudah ada yang lain. Warganet luahkan rasa geram terhadap perbuatan gf nya.

Kalau berbicara mengenai percintaan, orang perempuan sangat mementingkan effort yang bakal ditunjukkan oleh teman istimewa masing-masing. Bagi mereka, ia merupakan penanda aras bagi mengukur tahap kesungguhan seseorang lelaki itu dalam perhubungan mereka. Namun begitu, tidak semua perempuan mampu menghargai semua penat lelah tersebut. Bahkan setelah lama menjalinkan hubungan, ia boleh musnah dalam sekelip mata.

Saya dah ada orang lain, awak jangan beriya sangat. Beralih pula kepada kisah seorang pemuda ini di Twitternya, ternyata dia menghadapi nasib sama dalam perhubungan. Setelah berpenat-lelah menunjukkan kesungguhan, buah hatinya itu mula mengakui sesuatu yang cukup merobek jiwa menerusi mesej di aplikasi WhatsApp. Bukan sahaja mendedahkan sudah beralih hati kepada orang lain, malahan gadis ini menyifatkan kebaikan yang ditunjukkan lelaki tersebut selama ini membuatkan dia terasa jahat.

Ini yang aku dapat…Menyesal pun takde guna. Lebih mengejutkan, rupanya dia sudah berbulan-bulan bermain kayu tiga sebelum mendedahkan segalanya. Melihat kepada perbualan ini juga, lelaki tersebut benar-benar terkedu dan sukar mempercayai bahawa dirinya sudah dikhianati secara diam-diam. Walaupun pernah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun dia tetap mempercayai gadis ini atas dasar sayang. Malangnya ini pula balasan yang diterima.

Orang macam ni tak layak untuk kita yang setia. Di ruangan komen pula, warganet turut bersimpati dengan nasib pemuda berkenaan selain meluahkan geram masing-masing. Namun mereka sempat memberikan kata-kata semangat dan berharap dia menemui jodoh lebih baik kelak.

Sumber : Twitter shahhhhh7

Author: pyka