Penduduk tanam Catnip untuk halau nyamuk, tapi kucing pula yang jadi lalokk

Aoshima, Jepun dikenali sebagai “Pulau Kucing”. Penduduk Aoshima kurang daripada 20 orang tetapi populasi kucingnya pula melebihi 100 ekor! Suatu hari, dalam usaha untuk menghalau nyamuk, penduduk tempatan telah menanam catnip di taman.

Keesokan harinya, kesemua kucing angau seolah-olah telah mengambil ubat terlarang. Rupa-rupanya, catnip, sejenis tumbuhan yang menyerupai pudina, mengeluarkan bau yang boleh merangsang sistem saraf kucing dan mengakibatkan halusinasi.

Sepertimana namanya, catnip mendatangkan kesan yang luar biasa kepada kucing. Namun begitu, tumbuhan ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada mereka! Seperti anda lihat di dalam gambar, banyak kucing berkerumun kerana tanaman catnip tersebut.

Kenapa catnip begitu kuat kesannya terhadap kucing? Catnip mengandungi sejenis kimia yang berfungsi sebagai bahan penarik kucing, nepetalakton. Daya geseran pada catnip, misalnya golekan kucing di atasnya, akan menyebabkannya melepaskan bahan kimia tersebut ke udara. Apabila kucing (termasuklah “kucing besar” seperti harimau, harimau bintang dan singa) menghidunya, ia akan berasa amat teruja kerana sistem saraf otaknya serta emosinya dirangsang.

Kira-kira 75% kucing dewasa bertindak balas terhadap bau catnip. Apabila kucing terhidu bau catnip, ia akan menghampiri tumbuhan tersebut dan bertindak menggeselkan kepala berulang kali padanya. Sejurus itu, ia akan menjadi lalokk dan bergolek di atas tanah atau berlegar-legar bahkan ada yang melelehkan air liur.

Apabila bau catnip mula hilang, kucing akan kembali tenang. Ajaib benar kesan catnip kepada kucing! Nampaknya kucing terlalu obses dengan bau yang ada pada tumbuhan catnip, sehingga lalok lalok dibuatnyaaa hehehe. Sekian petikan mengenai catnip dan kucing

Sumber: http://www.blogmazeer.com

Catnip : Tumbuhan Melalokkan Ibarat daun lalok manusia tetapi baik untuk kucing anda

Sekiranya anda seorang yang membela atau meminati kucing, pasti anda pernah terdengar tentang catnip. Atas sebab ianya mendatangkan kesan lalokkk, boleh dikatakan catnip ini kepada kucing adalah seperti daun lalokkkk (faham2 lah yoo) kepada manusia.

Tumbuhan catnip atau nama saintifiknya Nepeta cataria tumbuh subur di kawasan utara Eropah, New Zealand, Amerika Utara dan juga Asia Tengah. Tumbuhan renek ini mempunyai daun lembut berwarna hijau dan bunga yang berwarna putih-ungu. Ia tumbuh merimbun dan juga dikenali dengan nama catmint dan catswort.

Pada bahagian daun, batang dan bunga tumbuhan ini terdapat bahan aktif dinamakan nepetalactone yang menarik perhatian kucing. Daripada kajian yang dijalankan, kesan nepetalactone ini bukan sahaja terhad kepada kucing domestik, tetapi meliputi spesis kucing besar seperti lynx, cougar, jaguar, harimau bintang, harimau belang dan juga singa.

Kebiasannya, apabila berada berdekatan dengan tumbuhan ini, kucing akan bertindak dengan menghidu daun dan bunganya sebelum menjilat dan menggigit daun itu sambil menggoyangkan kepala. Kucing kemudiannya akan menggosokkan daun pada pipi mereka, bergolek-golek dan menggeselkan badan.

Perlakuan unik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif nepetalactone dalam tumbuhan catnip tadi. Namun begitu, ada juga kucing yang tidak menunjukkan apa-apa tindakbalas apabila berada berdekatan tumbuhan ini. Keadaan ini dikatakan akibat dari variasi faktor genetik dan keturunan kucing yang pelbagai.

Apa yang menarik, bahan aktif nepetalactone yang dikenalpasti wujud di dalam tumbuhan catnip pada tahun 1942 ini boleh diekstrak menggunakan teknik sulingan dan digunakan sebagai penghindar serangga seperti lalat, nyamuk, lipas dan anai-anai.

Antara kebaikan memberikan catnip kepada kucing, ianya akan membuatkan kucing lebih tenang, mudah bergaul, kurang tekanan, dan menghilangkan kebosanan. Pada masa yang sama, gelagat kucing yang bergolek-golek melayan catnip ini pasti membuatkan kita tertawa.

Di Malaysia, catnip boleh didapati dalam bentuk serbuk, daun yang telah dikeringkan, semburan dan juga mainan kucing yang telah diisikan dengan daun catnip. Mengikut kajian, kucing tidak akan mengalami gejala ketagihan catnip.

Kesan lalok dari catnip akan lupus selepas beberapa ketika dan kucing akan kembali berperilaku seperti normal. Jadi, tidak menjadi suatu kemudaratan sekiranya kucing anda diberi dos ‘anja kucing’ yang berpatutan sekali sekala untuk menghilangkan stress.

Sekiranya anda terfikir untuk membalut dan menghisap catnip yang telah dikeringkan, batalkan sahaja niat anda kerana kesan lalok catnip hanyalah terbatas kepada kucing sahaja dan ianya tidak membawa kesan yang sama kepada manusia.

Sumber Rujukan: Wikipedia, Pets4Homes, Reader’sDigest

Author: fafa