Pengantin lelaki cabut lari masa wedding dan biarkan isteri tanggung hutang Rm480k

Perkahwinan ni tak boleh dibuat main-main, kena pandai pilih pasangan sebab jodoh itulah yang akan berkekalan sampai bila-bila. Kalau silap pilih, memang diri kita yang akan binasa macam gadis 30 tahun yang dikenali sebagai Da ni. Disangkakan lelaki berumur 50 tahun ini pilihan tepat untuk jodohnya, rupa-rupanya lelaki yang ditemuinya itu pemusnah hidupnya apabila dirinya dihambat dengan bebenan hutang akibat majlis sanding mewah yang mereka bikin.

Dakwa diri seorang billionaire. Ketika mereka mula berkenalan lelaki yang dikenali sebagai Nat ini mengatakan dirinya merupakan seorang ‘billionaire’. Lapor WORLD OF BUZZ, mereka bersua hanya sekali sahaja, itu pun masa majlis pengebumian saudara mara. Da mula bertemu dengan Nat pada bulan Mac lalu, dari hari pertemuan tu,

Da terus dilamun cinta sehinggakan sanggup terima lamaran daripada Nat keesokan harinya untuk berkahwin. Nat yang dilihat serba mewah mendakwa dirinya seorang CEO dalam satu perniagaan di Hong Kong. Itu sebab lah mereka merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan serba mewah yang diuruskan oleh perancang majlis perkahwinan yang profesional dengan nilai 3.5 juta baht ( RM482,018). Majlis perkahwinan pasangan dari Thailand ini berlangsung pada 10 Mei lepas.

Pada hari majlis, semuanya berjalan dengan lancar, tiba-tiba pengantin lelaki ‘cabut lari’ masa pertengahan majlis, katanya dia kena pergi hong Kong dengan kadar segera. Masa majlis tu 10 orang kawan Nat yang hadir termasuk pemegang cek 1.6 juta baht (RM 220,335) yang Nat janjikan sebagai wang mas kahwin tu lesap dengan dia. Pengantin lelaki rupa-rupanya…

Setelah disiasat baru tahu yang pengantin lelaki tu sebenarnya seorang penipu. Disebabkan itu Da kena tanggung semua perbelanjaan perkahwinan yang bernilai hampir setengah juta ringgit tu. Nat pula terus hilang tanpa dikesan sambil membiarkan Da kusut memikirkan cara nak melangsaikannya. 

Pihak hotel mewah yang dijadikan tempat mereka mengadakan majlis tu memberikan peluang kepada Da untuk membayar hutang secara ansuran sementara, wedding planner pula nak saman Da. Nat sebelum ini memperkenalkan dirinya sebagai seorang billionaire dan menceritakan kepada umum

yang dia  pernah bekerja sebagai penasihat bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra. Dalam instagram dia sebelum dipadam, dia selalu show off kehidupan mewahnya, bergambar dengan kereta mahal, kapal terbang, duduk dalam private jet dan tayang lambakan duit.

Sumber: lobak merah

Artikel lain: Pengantin Baru Rugi RM18K, Katering ‘Lesap’ Sehari Sebelum Majlis Resepsi

Menurut laporan, terdapat enam mangsa di Selangor, lima di Melaka dan satu di Negeri Sembilan yang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari tersebut telah mengalami nasib yang sama. Hari perkahwinan seharusnya menjadi hari yang paling bahagia buat pasangan pengantin.

Ini kerana dua mempelai telah disatukan dan sah menjadi suami isteri. Bagaimana pula dengan majlis resepsi untuk kedua-dua belah pihak? Adakah anda menginginkan majlis untuk dilakukan dua kali atau hanya satu kali sahaja? Untuk persoalan ini, perlu dititikberatkan kerana mungkin ada keluarga yang berasal dari jauh,

jadi majlis resepsi perlu dibuat sebanyak dua kali bagi memudahkan keluarga yang jauh untuk menghadiri majlis. Jika kedua-dua belah pihak berasal dari tempat yang sama pula, lebih mudah jika anda satukan majlis resepsi sahaja. Kos tak banyak, penat pun tidak. Bercakap tentang penjimatan kos untuk majlis perkahwinan, selalunya pasangan mempelai akan melimitkan kos perbelanjaan semaksima mungkin

Majlis perkahwinan adalah hanya untuk satu hari dan tidak perlulah anda membazir wang dengan mengeluarkan ribuan ringgit. Yang penting, ianya cukup untuk menjamu setiap tetamu yang hadir. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasangan mempelai ini yang ditipu oleh sebuah syarikat katering yang telah ‘lesap’ sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Pasangan ini juga dikatakan antara puluhan individu yang telah ditipu oleh syarikat katering ini yang menggunakan artis terkenal sebagai duta. Menurut laporan Harian Metro, pasangan ini Fatin Fatihah Yusof, 26, dan Mohd Shahir Mohd Jamani, 27, mengetahui bahawa katering yang ditempah itu ‘lesap’ hanya sehari sebelum majlis berlangsung

Fatin mengatakan, “Bayangkan saya dan keluarga mengetahui pengusaha katering menghilangkan diri sehari sebelum majlis berlangsung, Jumaat, 5 Oktober, kira-kira jam 3 petang. Situasi cukup cemas apabila kami terpaksa mencari dan menggantikan katering lain saat akhir selain terpaksa mengeluarkan wang lagi,” katanya.

Menurut bapanya, Yusof Ismail, 63, beliau terpaksa merayu kepada seorang rakan yang juga ahli jawatankuasa majlis untuk menyediakan hidangan untuk 1,500 tetamu yang bakal hadir. “Walaupun terpaksa membayar lebih mahal iaitu RM15,000 kerana tempahan saat akhir itu lebih baik daripada dimalukan di majlis sendiri.

“Bapa juga menggunakan wang persaraan untuk membiayai kos katering baru demi anak bongsu yang menjadi pengantin terakhir dalam keluarga,” tambah Fatin. Fatin dan ayahnya telah pergi ke syarikat katering berkenaan dan mencuba hidangan makanan yang disediakan. Maka, mereka berpuas hati dan setuju dengan harga RM22,000 yang ditetapkan.

“Mujurlah syarikat katering itu sudah membayar wang RM4,000 kepada juruhebah majlis, pelamin dan gambar, jika tidak pasti saya akan menanggung kerugian besar lagi,” kata Fatin. Dia mengetahui dirinya telah ditipu selepas kejadian tersebut viral dan terus menghubungi kakitangan syarikat itu.

Malangnya tiada siapa yang menjawab panggilan dan akhirnya Fatin disekat daripada menghubungi kembali. Apabila sampai ke premis syarikat tersebut, Fatin mendapati premis berkenaan sudah kosong manakala lori ditarik oleh syarikat penghutang. Kos kerugian yang ditanggung pula seolah-olah membuat dua majlis perkahwinan

Pasangan ini telah membuat laporan polis dengan berpakaian pengantin selepas ditipu. Fatin juga menjelaskan mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi. Selain itu, dia juga bersyukur dengan bantuan daripada bapanya yang telah mengeluarkan sedikit wang simpanan untuk menyelesaikan masalah ini. Fatin walau bagaimanapun, ingin pihak berkuasa menangkap mereka yang bertanggungjawab supaya kejadian seperti ini tidak terkena kepada orang lain.

sumber: harian metro

Author: pyka