Penjelasan Elfira Loy yang bakal berundur dari lakonan

Bakat lakonan hebat Elfira Loy, dikatakan semakin laris walaupun sudah berumahtangga. Tidak dinafikan, dengan kecantikan dan keayuan yang seiring bakat lakonan dimiliki membuatkan pelakon ini menjadi pilihan pengarah tempatan.

Walaupun kini sudah disahkan sedang hamil, namun ia tidak menghalang Elfira Loy menerima tawaran lakonan. Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo!, Elfira, dia sudah cuba berlakon sewaktu fasa trimester pertama kehamilan.

Disoal sama ada dia sedia berundur diri daripada industri, Elfira dengan tenang memberitahu kerana bebanan komitmen tersebut terlalu memenatkan, dia mengambil keputusan untuk berehat sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.

“Saya sasarkan tahun ini untuk kembali aktif dalam dunia lakonan tetapi nampaknya hasrat itu perlu ditangguhkan dahulu memandangkan saya sedang hamil. Sebenarnya, saya sudah cuba berlakon sewaktu kandungan masih baharu tetapi sangat memenatkan.

Kehamilan memang mengubah saya daripada seorang yang sangat aktif dan lasak menjadi individu yang cepat penat. Jadi sebelum menyusahkan orang, lebih baik saya berehat sahaja dahulu.”- katanya kepada Kosmo. Elfira diijabkabulkan dengan pilihan hati, Faris Khairol Anwar, 24, pada 1 Januari lalu di Cyberjaya.

Elfira Loy hamil anak pertama

PELAKON Elfira Loy mengumumkan dia sedang hamil anak pertama. Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan.”Alhamdulillah. Memang kalau orang tanya dengan saya memang saya akan jawab.

“Pengumuman saya pada hari ini dengan keizinan daripada suami. “Kandungan saya masih baru lagi. Saya baru menjalani pemeriksaan dan bayi dalam kandungan pun sihat. “Saya sangat gembira kerana sekarang ini banyak kes wanita yang sukar untuk mendapatkan cahaya mata.

“Saya tidak menyangka rezeki saya datang awal walaupun baru empat bulan berkahwin,” katanya kepada Gempak. Elfira ditemui usai majlis pelancaran koleksi raya, ‘Elfira X McVogue’ di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini. Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri,

dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil. “Saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil. “Saya dapat tahu hamil apabila sudah lama tidak datang bulan. “Saya ada buat beberapa ujian kehamilan sendiri tetapi tidak mempercayai. Akhirnya saya pergi klinik dan doktor mengesahkan saya hamil,” katanya lagi.

Sumber : Astroawani

Author: fafa