Penting beri kebebasan bermain terutama ank perempuan, kerana bila dewasa masa mereka memang terhad. Lelaki dan perempuan berbeza.

Anak merupakan anugerah daripada tuhan yang begitu berharga. Setiap saat mereka membesar memberi seribu makna buat ibu bapa. Beri anak-anak kebebasan semasa mereka masih kecil dan didik mereka secara tidak langsung supaya mereka kenal erti kehidupan. Menerusi Facebook Muhammad Yusof, dia berkongsi cara didikan untuk anak kecil terutama perempuan.

Bagi dirinya yang merupakan seorang bapa, beri anak perempuan kebebasan bermain kerana jika mereka sudah meningkat dewasa, masa mereka terhad untuk melakukan aktiviti riadah. Lelaki dan perempuan berbeza. Aku rasa sebagai bapa aku kena kongsi benda ni. Hari tu aku pergi kursus 3 hari. Balik-balik tu anak perempuan aku ajak keluar, nak main kat shopping complex. Aku kata nanti dulu.

Last-last oleh sebab penat drive aku tertidur. Bangun-bangun aku tengok anak aku muncung dah. Aku kata esok-esoklah pergi. Bila aku jawab macam tu, dia merajuk la apa lagi. Cuma yang buat aku sedikit terkesan tiba-tiba dia kata. ‘Ala papa tu setiap minggu boleh je main badminton,

kakak nak main sekejap je takkan tak boleh pulak?’ Benda ni buat aku terfikir. Sebenarnya bila kita ada anak perempuan, waktu dia kecik inilah kita bagi dia beriadah/bersenam/bermain puas-puas sebab bila dia dah besar dan dia dah berkahwin, memang susah perempuan nak jumpa timing waktu dia beriadah

sebab komitmen terhadap waktu yang lain lebih penting daripada waktu riadah ni. Lelaki lain. Dorang dah kahwin ke bujang ke banyak aktiviti yang dorang boleh buat, main futsal, main badminton, main basikal atau paling koman berjalan guna tangan sambil kaki kat atas time nak pegi masjid.

Jangan sekat kebebasan mereka. Berbeza dengan perempuan. Bila dah dewasa banyak benda yang dorang kena fikir kalau nak libatkan diri dengan akitiviti luar ni. Soal aurat, soal komitmen, soal fasiliti yang hanya sesuai untuk lelaki dan macam-macam isu yang membataskan perempuan untuk terlibat dengan aktiviti luar.

So, bagi ibu bapa waktu anak-anak perempuan ini masih kecillah kita jaga perasaan dorang, layan dorang dan bagi peluang puas-puas untuk dorang bermain. Jangan sekat dorang untuk bermain. Sekarang ni banyak je tempat permainan kat shopping complex, bayar je RM10 boleh main puas-puas sampai balik dalam kereta terus tertidur, sebab kepenatan.

Kalau tak nak yang bayar, bawak je pergi taman permainan percuma atau kalau tak boleh jugak bawak je anak-anak perempuan ni joging depan rumah. Main kejar kejar dengan dorang. Mesti dorang happy. Selain daripada boleh keluarkan peluh, anak perempuan mesti happy sebab kita bagi perhatian khusus kat dorang.

Didik mereka sambil bermain. Di samping itu, bapa-bapa boleh selit sikit-sikit pada anak perempuan tentang adab berpakaian, jangan buang sampah merata-rata time riadah, jangan buat vandalisme time beriadah. Aku percaya dengan didikan start daripada awal ini akan tertanam dalam pemikiran anak-anak ini sampai dorang besar panjang.

Buat bapa-bapa sekelian, hargailah masa bersama anak-anak perempuan kita sementara dorang masih kecik ni sebab bila anak perempuan korang dah besar, dah kahwin pasti kita teringat-ingat ‘priceless time’ bersama ni, percayalah. Buat mak ayah yang ada anak perempuan, bagilah ruang dan peluang secukupnya untuk anak-anak bermain. Sibuk macamana pun kita, curilah sikit masa kita untuk dorang.

Sumber: oh bulan

Artikel lain: 5 cara untuk memastikan anak perempuan anda berjaya pada masa hadapan

Wanita masih perlu bersaing kuat untuk setanding lelaki lebih-lebih lagi di alam pekerjaan. Ini cara mendidik anak perempuan untuk persediaan masa hadapan. Sayangnya, pada zaman yang canggih dan berteknologi ini, ketidaksamaan jantina masih wujud.  Ada sesetengah kerja atau perkara tidak diberi pada wanita.

Sebagai ibu, sudah tentu kita nak anak perempuan kita boleh jadi apa saja yang mereka mahu tanpa diskriminasi, kan? Apa yang boleh kita lakukan? Kenapa masa depan anak perempuan lebih berisiko? Kita semestinya mahukan anak kita mendapat hak, kehormatan dan gaji yang sama dengan pesaing lelaki mereka.

Kita tak mahu mereka didiskriminasi hanya kerana mereka perempuan. Walau bagaimana pun, ketaksamaan jantina masih berleluasa walaupun di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Kerana ini, ramai nama-nama besar yang telah memperjuangkan hak-hak wanita seperti Michelle Obama, Emma Watson, Gal Gadot dan lain-lain.

Bagaimana pemikiran seperti ini boleh berlaku? Banyak teori bagaimana wanita menerima ketidakadilan sosial. Ada yang kata kita tak pandai berunding, dan jika kita berunding, permintaan kita selalunya tak ditunaikan atau kita dilabel sebagai agresif. Perkara ini terjadi mungkin kerana minda kita telah diprogramkan dari kecil.

Kajian yang dibuat baru-baru ini membuktikan kanak-kanak biasanya senang percaya kepercayaan tentang jantina dan ini memberi kesan pada prestasi mereka dalam hidup. Seperti contoh, jika anda beritahu anak anda tak pandai dalam matematik, mereka akan malu dan menjauhkan diri dari melibatkan diri mereka dalam pekerjaan yang melibatkan matematik.

Ini akan menghadkan pilihan kerjaya.Cara mendidik anak perempuan untuk masa depan yang lebih cerah. Anea Bogue, M.A., berkongsi cara mendidik anak perempuan supaya mereka boleh mencapai potensi penuh. Antaranya ialah pertama, Ajar mereka untuk bersuara secara berhemah

Anda sudah tentu mahu anak anda untuk sopan, tapi anda juga mahukan mereka untuk memberikan pendapat dengan yakin apabila mereka perlu bersuara. Pastikan anak anda tahu yang mereka boleh berdebat, tak setuju, berunding dan menyuarakan pendapat mereka serta mempertahankannya apabila bersama rakan.

Kedua, campurkan mainan mereka. Jangan hanya beli mainan untuk anak perempuan. Ini penting untuk masa depan mereka. Kajian pada tahun 2009 menemui 31% permainan perempuan adalah tentang penampilan seperti make-up  atau baju. Sementara permainan anak lelaki pula melibatkan reka cipta, eksplorasi, pertandingan atau penyelesaian masalah.

Semua kemahiran ini yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin.  Anda boleh belikan anak anda anak patung, tapi biarkan mereka bermain dengan permainan yang melibatkan penyelesaian masalah, eksplorasi dan kemahiran saintifik juga. LEGO adalah salah satu contoh mainan yang bagus untuk anak anda. 

Ketika, Puji pencapaian, kemahiran dan kualiti positf yang mereka tunjukkan. Pujian terhadap perkara yang mereka lakukan boleh membantu mereka menjadi lebih yakin. Fokus dan tunjukkan sokongan anda sebanyak yang mungkin. Jika anda tunjukkan yang anda bangga dengan pencapaian mereka selain dari penampilan, anda akan mengajar mereka tentang apa yang mereka lakukan lebih penting dari rupa mereka.

Keempat, Tafsir semula budaya princess. Budaya princess menggalakkan anak perempuan untuk menjadi cantik dan menunggu lelaki kacak menyelamatkan mereka dan memberikan mereka kehidupan yang bahagia. Ajar mereka tentang princess yang berjuang untuk diri mereka sendiri tanpa megharapkan bantuan dari lelaki untuk menyelamatkan mereka.

Kelima, Tunjukkan sikap “boleh buat” Tunjukkan pada anak perempuan anda, apa yang ayah boleh lakukan, ibu pun boleh lakukannya juga. Tukar kerja harian di rumah sepert ayah membasuh baju dan anak anda membuang sampah. Mereka akan belajar apa yang budak lelaki boleh lakukan dan ini akan membuatkan mereka lebih yakin untuk bersaing di masa hadapan.

Selamatkan masa depan anak anda dengan mengajar mereka tentang kekuasaan wanita dari mereka kecil supaya mereka membesar menjadi wanita yang kuat dan berdikari. Cuba cara mendidik anak perempuan ini sekarang!

Sumber: theaseanparents

Author: pyka